The Rain

4.6K 146 6
                                    


Hujan lebat sedang melanda Bandar Seoul. Seorang perempuan sedang meminum hot chocolate di sebuah cafe sambil melihat hujan. Perempuan yang bernama Oh Hayoung itu seorang pengusaha cafe yang berjaya dan cafe yang dia duduki sekarang ialah cafe nya sendiri. BlackSnow Cafe. Itulah nama yang diberi kepada cafe nya. Dia seorang perempuan yang simple dan sederhana.

Hujan semakin lebat. Dia juga leka melihat butiran air hujan yang jatuh dan mengalir di dinding kaca kafe nya. Semakin lama, semakin ramai orang masuk ke kafe nya sehingga tempat duduk habis diisi oleh pelanggan.

Matanya terhenti kepada pasangan yang sedang berjalan di luar dengan memegang payung. Sejujurnya, Hayoung berharap dia akan berjalan bersama pasangannya di tengah hujan sambil dipayung oleh pasangannya. Tetapi dia takut untuk bercinta kerana dia ada mendengar berita bahawa lelaki akan bercinta dengan perempuan tidak lebih dari dua tahun dan setelah itu lelaki itu akan tinggal pasangannya. Banyak lagi berita yang telah sampai ke telinganya. Dia tidak percaya cinta. Sebab itulah, sampai sekarang dia tidak mempunyai teman lelaki.

Pukul 7 malam. Hujan masih belum berhenti. Pelanggannya semakin berkurang. Masing masing sudah pulang ke rumah mereka sendiri. Hayoung juga bangun untuk pulang. Untung dia membawa payung untuk berjalan ke apartment nya yang tidak jauh dari cafe nya. Dia meninggalkan cafe nya kepada pekerjanya.

Hayoung berdiri di tepi jalan sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau untuk para pejalan kaki. Cuaca semakin sejuk. Setelah beberapa minit, akhirnya lampu merah bertukar kepada hijau. Dia mula berjalan. Apabila sampai di pertengahan jalan, seorang lelaki menarik payungnya. Kini, dia satu payung dengan lelaki itu. Lelaki itu tidak mengeluarkan sepatah kata. Dia juga memilih untuk diam. Entah kenapa, jantungnya tidak berdegup seperti biasa. Jantungnya dua kali lebih laju daripada biasa. Mungkin dia terlalu dekat dengan lelaki itu.

Mereka berjalan hampir sampai di apartment Hayoung. Hayoung hanya mengikut kemana lelaki itu pergi. Sampai di bangunan apartment Hayoung, lelaki itu mengembalikan payungnya. Hayoung mengambil lalu berjalan pergi. Tetapi dia pelik, kenapa lelaki itu mengikutinya. Dia mula berasa takut. Lif berhenti di tingkat 11. Hayoung melangkah cepat keluar tetapi lelaki itu masih mengikutinya. Sampai di depan pintu yang bernombor 1111, dia terus menekan password apartment nya.

"Awak" lelaki itu memanggilnya. Dia beralih ke arah lelaki itu.

"Y-ya"

"Thanks sebab sudi kongsi payung dengan saya tadi" lelaki itu tidak senyum kepadanya. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam apartment nya yang bernombor 1110. So, mereka berdua berjiran tetapi Hayoung tidak tahu bahawa mereka berjiran. Mungkin Hayoung tidak selalu keluar dari rumahnya. Dia hanya akan keluar apabila musim hujan tiba kerana dia sangat suka hujan.

🌷🌷🌷

Hujan lebat membasahi Bandar Seoul pada waktu pagi dan itu membuatkan Hayoung sangat gembira. Tapi malangnya, dia tidak boleh keluar kerana dia demam panas. Mungkin semalam dia terkena hujan semasa dalam perjalanan pulang bersama lelaki yang tidak dikenalinya.

Setelah berkali kali berfikir, akhirnya dia memutuskan untuk pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan ubat demam. Dia melangkah keluar dari apartment nya. Tidak lupa juga payung yang berwarna biru muda itu dibawanya. Kebetulan juga, lelaki semalam juga keluar dari apartment nya.

"Awak ok?" Tanya lelaki itu.

"Saya ok. Just demam sikit je ni. Maybe terkena hujan semalam. Jangan risau lah. Saya pergi beli ubat dulu. Bye" lelaki itu juga ikut turun bersama Hayoung.

Lif sudah sampai di tingkat 1. Hayoung berjalan keluar lalu membuka payungnya. Belum sempat dia berjalan, lelaki tadi sudah menariknya masuk ke dalam kereta mewah milik lelaki itu.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now