Save Me

1K 52 6
                                    

Hayoung keluar dari rumahnya dengan tergesa gesa. Dia melihat sekeliling. Buat masa sekarang ni dia perlu berhati hati. Kertas kecil yang diberi oleh daddy nya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir dilihatnya. Sayu hatinya. Satu persatu keluarganya diambil dengan kejam.

' Oh Jiyoung ' itulah isi kertas yang dipegangnya sekarang ini. Kalau ikutkan, tulisan yang ditulis ni nama seseorang. Tapi kalau betul ni nama orang, memang susahlah nak cari. Seoul ni bukan kecil.

Hayoung merasa ada orang mengintipnya. Dia tahu itu semestinya musuh daddy nya. Apa yang dia perlu buat sekarang ini ialah lariii!!!

Tiga orang lelaki sedang mengejar Hayoung. Dia lari sekuat hatinya. Kalau dia ditangkap, memang habis dorang kerjakan. Ni juga bukan pertama kali Hayoung kena kejar macam ni. Entah kali ke berapa. Tapi apa yang mampu dia buat? Dia sorang perempuan sebatang kara. Selagi dia mampu lari, dia akan lari.

Sedang dia berlari, tiba tiba seseorang menariknya dan menutup mulutnya. Tempat itu agak gelap. Wajah dia dan orang itu agak dekat juga. Nafas masing masing boleh rasa. Tiga orang lelaki tadi berlari melepasi mereka. Lega hati Hayoung. Lelaki itu melepaskan Hayoung.

"Terima kasih sebab selamatkan saya" kata Hayoung.

"Macam mana kalau lelaki lelaki tadi dapat tangkap awak?!" marah orang itu.

Hayoung juga terkejut. Kenapa orang ni marah tiba tiba. Betul apa dia lari. Kalau dia tak lari tadi?

"Se..sebenarnya saya tengah cari seseorang" jawab Hayoung dengan menundukkan kepalanya. Takut untuk melihat wajah orang itu.

Orang itu hanya diam. Hayoung mengeluarkan kertas tadi.

"Saya Sehun. Saya tahu mana nak cari orang ni. Awak boleh ikut saya" Hayoung senyum. Akhirnya dia akan selamat.

"Betul ke?! terima kasih awak" Hayoung memeluk Sehun.

"Ekhmm!" Sehun berdehem.

"Oups! sorry. Saya cuma happy sangat sebab lepas ni saya tak perlu hidup bersembunyi lagi" jelas Hayoung.

Sehun melihat tiga orang lelaki tadi dari jauh. Nampaknya mereka datang balik. Sehun membawa Hayoung pergi dari situ.

"Cepat naik sebelum dorang datang!" kata Sehun. Tanpa membuang masa, Hayoung terus menaiki motosikal yang berkuasa tinggi itu. Takut juga Hayoung. Tapi nak selamat, terpaksa juga dia naik.

Sebenarnya ini merupakan kali pertama Hayoung naik motosikal. Jadi malunya dibuang jauh jauh. Pinggang Sehun dipeluk dengan erat kerana takut jatuh.

Akhirnya mereka sampai di sebuah rumah besar. Mungkin rumah Sehun. Serius besar. Tak ubah macam rumahnya dulu. Muka Hayoung berubah sedih apabila teringatkan masa lalu. Dulu dia bahagia bersama dengan kedua ibu bapanya tetapi sekarang semua hilang.

"Awak okay ke tak ni?" tanya Sehun. Risau juga Sehun tengok Hayoung yang tiba tiba sedih ni.

"Emm..saya okay" jawab Hayoung. Sehun membawa Hayoung masuk ke dalam rumah besar itu.

Hayoung terkejut melihat lelaki lelaki berbadan tegap di dalam rumah itu. Siapa mereka ni? Dia terus berjalan sebelah Sehun. Mereka sampai di depan sebuah bilik. Seorang lelaki berbadan tegap mengangguk sedikit kepalanya kepada Sehun sebelum Sehun membawa Hayoung masuk ke dalam bilik itu.

Seorang lagi lelaki sedang duduk bersantai di situ. Sehun menunduk hormat. Begitu juga Hayoung.

"Jadi kamu anak Oh Taeyang? Cantik rupanya kamu. Tak tahu pula Taeyang ada anak cantik macam ni" kata lelaki itu.

Sekarang ni Hayoung rasa dia orang paling bodoh sebab ikut Sehun datang sini. Macam mana kalau mereka nak buat apa apa pada Hayoung? Macam macam dia fikir.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now