Love Secret

1.4K 62 3
                                    

Hayoung masuk ke dalam kereta dan bersedia untuk pulang ke rumah. Hari ni baru ada masa untuk dia balik rumah. Maklumlah, kerja sebagai doktor ni memang jarang balik rumah. Kalau balik pun, balik ambil baju je. Hari hari lain kebanyakkannya dia tinggal di dorm yang agak selesa yang telah disediakan hospital.

Hayoung membelek mukanya di cermin hadapan. Rambut yang berwarna coklat itu dibetulkan. Setelah puas menilik muka sendiri, Hayoung menghidupkan kereta Audi hitamnya itu.

Tiba tiba seorang lelaki yang berbaju hitam dan berkaca mata masuk ke dalam keretanya tanpa izin. Terkejut Hayoung dibuatnya.

Siapa yang berani masuk kereta aku ni! Tak sayang nyawa ke. Ingat ni teksi ke yang boleh masuk sesuka hati. Kalau perempuan aku boleh bersabar lagi tapi ni lelaki! Apa lelaki ni nak! Kalau setakat nak culik, baik blah lah sebelum aku keluarkan semua jenis seni mempertahankan diri yang aku belajar selama ni.

Belum sempat Hayoung buka mulut, lelaki itu sudah menutup mulutnya terlebih dahulu.

Wanginya tangan dia. Minyak wangi apa yang dia pakai ni. Eh! Eh! Ke situ pula.

Hayoung melihat sekumpulan perempuan yang berlari melepasi keretanya. Lelaki tadi menarik tangannya kembali. Topi dan kacamata dibuka. Pendingin hawa dibuka tahap maximum.

Weh! Dia buat macam kereta dia pula. Hish! Ni dah melampau.

"Awak ni siapa?! Kenapa masuk kereta orang tanpa minta izin" marah Hayoung.

Lelaki itu memandang Hayoung dengan tidak percaya. Baru pertama kali dia dimarah sebegini.

"Awak tak kenal saya?" tanya lelaki itu. Hayoung menggeleng.

"Tak. Saya tak kenal"

"Betul awak tak kenal? Awak tengok betul betul" Hayoung melihat wajah lelaki itu.

"Tak. Saya betul tak kenal awak. Apa masalah awak ni?"

"Ouh! Its ok. Saya Sehun. Oh Sehun" dengan perlahan Hayoung menerima huluran tangan Sehun.

"Oh Hayoung"

"Emm...saya nak minta tolong boleh?"

"Cakap je awak nak saya tolong apa. Saya nak balik rumah ni"
kata Hayoung malas.

"Saya nak awak hantar saya balik dor..emm balik rumah saya" Sehun melihat sekumpulan perempuan di tepi jalan yang tak jauh dari tempat letak kereta Hayoung. Kalau dia keluar, memang tamat riwayatnya.

"Baiklah kalau macam tu, awak drive. Saya tak tahu rumah awak di mana"

Ha sudah! Kalau dia keluar pada kereta ni memang habis dia. Kenapa dia perlu pandu kereta. Hish! Benci betul!

Hayoung ingin keluar untuk tukar posisi tapi sempat ditahan Sehun.

"Jangan keluar please"

"Habis tu. Macam mana saya nak tukar tempat dengan awak"

Hish! Apa masalah lelaki ni. Muka macam ada orang nak datang bunuh je. Peliklah!

"Kita tak perlu keluar daripada kereta. Awak datang pada saya dulu dan saya akan pergi ke tempat sebelah"

Damn it! Dia ingat kereta ni besar macam Limousine ke. Hish! Sabar jelah!

Hayoung pergi ke sebelah tempat duduk Sehun. Mukanya sekarang ni betul betul depan Sehun. Hidungnya hampir bersentuh dengan hidung mancung Sehun. Kalau orang tengok ni, mesti dah salah anggap. Kini giliran Sehun untuk bergerak ke sebelah. Dengan tidak sengaja, Sehun tercium bibir Hayoung. Hampir tercabut jantung Hayoung dibuatnya.

[C] ONESHOT | Sehun HayoungWhere stories live. Discover now