• Bab 3 •

1.9K 212 37
                                    

BAG berlogo 'Arsenal' aku pakai disebelah bahu kiri. Kaki dihayung semakin pantas menuju ke bilik. Aku harus segera pulang untuk tunaikan solat zuhur. Dapat tidur walaupun hanya 30 minit pun jadilah. Jam ditangan bercorak hello kitty itu aku lihat semula.

Ya Allah, dah 2.30? Cepatnya masa berlalu..

Dalam pada dia bergerak pantas, ada satu pengumuman penting yang disampaikan oleh Ketua ANC melalui speaker surau. Ini adalah pertama kali aku dapat mendengar suaranya.

"Perhatian, saya selaku Ketua ANC ingin sampaikan berita penting. Malam ini akan diadakan satu perjumpaan MEMORI anjuran kelab ANC. Jadi semua ahli ANC dan AFC serta sesiapa yang sukarela untuk menyertai program MEMORI, sila hadirkan diri pada pukul 8.30 malam ini di Dewan Besar Pelajar. Ahli ANC dan AFC digalakkan hadir. Saya ulang," diulangnya sebanyak dua kali.

Sebaik menerima berita penting tadi, aku dah mengeluh kecil. Penatlah hari-hari begini. Tiada masa untuk berehat puas-puas macam dulu-dulu.

"Syud.. ini kan yang kau nak? Padanlah muka~" Aku mengomel pada diri aku sendiri.

Tiba dibilik, terus aku ambil wudhuk dan tunaikan solat zuhur. Selesai solat, mulut berkumat-kamit berdoa dengan ala kadar. Mata ini hanya tahu nak terlelap sahaja. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang sangat-sangat memenatkan. Aku terbaring di atas tikar sejadah bersama-sama telekung yang belum aku tanggalkan. Nikmat sungguh tidur bersama telekung. Mata hampir terlelap.

"Hey Syud.. Malam ni tahu tak ada meeting?"

Celik mata aku. Terus aku dongakkan kepala. Syira? Eh bila masa pula minah ni balik? Tak dengar pun bunyi pintu bilik dibuka. Letih sangat agaknya aku hari ini sampai tak sedar Syira dah balik.

"Tahu. Kalau aku tak pergi, takpe kan?" Sengihku. Aku mula tayang muka malas kepada Syira.

"Kenapa tak nak pergi? Tak sihat ke?" Soal Syira, prihatin.

Aku geleng lemah dan senyum senget. "Taklah, Aku cuma penat sikit je"

"Aku pun penat juga. Tapi sebab fikir itu dah jadi tanggungjawab kita, nak tak nak kena pergi juga. Kau rehatlah dulu. Perjumpaan tu malam ni kan? Banyak lagi masa nak kumpul tenaga" Pujuk Syira.

"Tapi homework banyak" Aku mucung bibir.

"Ala, kau stay up lah. Macam tak biasa.."

Ada betulnya kata Syira. Aku masih diam. Entahlah nak beri alasan apa. Mungkin sebab aku terlalu risau kalau kalau aku terserempak lagi dengan mamat semalam. Kalau terserempak dengan ketua ANC itu, tak apalah sangat. Tapi kalau aku terserempak dengan mamat semalam, mintak simpang. Aku tak sanggup! Malu yang kelmarin pun masih bersisa lagi. Ya Allah... Tak senang duduk aku dibuatnya.

"Tengoklah macam mana" Aku masih berkira-kira buat keputusan.

❇ ❇ ❇

HANYA mengenakan tudung bawal coklat dan berbaju t-muslimah untuk ke program malam ini. Last minute baru aku putus untuk hadiri perjumpaan tersebut. Aku dan Mira tiba sedikit lewat disebabkan kami tunggu azan isyak masuk terlebih dahulu, kemudian solat isyak dan barulah berangkat pergi.

Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam dewan, aku terpegun melihat lautan manusia yang turut serta dalam perjumpaan malam ini sempena program MEMORI. Ramai juga ahli ANC dan AFC rupanya! Terujanya aku jumpa keluarga baru! Aku dan Mira duduk bersila mengadap pentas yang besar.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now