• Bab 19 •

1.2K 155 17
                                    

TENGAH-tengah malam Iphone milik Hafidz bergetar kuat disebelah kepala diikuti rentak lagu kesukaannya, Pasti dari CHERPEN band. Hafidz merengus kasar. Ya Allah, siapa pula yang call waktu-waktu macam ni? Terpaksalah dia menjawab panggilan tersebut walaupun hakikatnya dia baru sahaja terlelap selama beberapa minit setelah dia stayed up sehinggalah pukul 4 pagi tadi. Ini pun dia cuma berehat setengah jam sahaja, nanti sambung semula menelaah.

"Hello, Assalamualaikum, siapa ni?" Jawab Hafidz dalam keadaan mata tertutup. Tengah mamai pun ya.

"Wa'alaikumusalam Hafidz.. Munirah ni. Bangun dan datang ke sini cepat! "

"Datang mana?" Segar bugar Hafidz dibuatnya dek terdengar suara Munirah yang tiba-tiba panik.

"Datang blok perempuan sekarang! Syuhadah histeria" jawapan Munirah, buat Hafidz berdiri tegak. "Syuhadah mana? " Tangan Hafidz mula kesejukkan. Dia cuak.

"Syuhadah kelab awaklah! Datang sini cepat. Syuhadah dah teruk sangat saya tengok."

Suara Munirah kedengaran cemas dihujung talian. Baru dia teringat apa yang Kasyah beritahu malam semalam. 'Aku jumpa gadis tu tadi.. sorang-sorang kat tasik'. Ya Allah, tasik itu memang agak keras tempatnya. Kalau orang yang tak kuat semangat, memang akan mudah dirasuk oleh mahluk halus.

"Awak nak saya rawatkan Syuhadah? Sekarang?"

"Ye Hafidz! Sekarang!" Gesa Munirah.

"Err.. Ayah awak? Ayah awak kan boleh handle benda ni," Hafidz cari alasan lain. Entah mengapa, dia rasa dia tak boleh rawat gadis itu. Dia rasa malu.

"Saya dah call ayah saya. Dia suruh awak yang uruskan. Dia tak datang sebab jauh kalau nak bergerak dari rumah. Takut tak sempat kalau tunggu dia"

Gulp..

"Okey-okey. Sekarang ni awak kat mana?" Hafidz cuba bertenang. Nak tak nak, terpaksalah dia uruskan Syuhadah. Siapa lagi yang boleh urus kes histeria selain dia dan Ustaz Ismail. Hanya mereka berdua yang ada ilmu perubatan islam.

"Saya kat blok A3.2.5. Cepat datang ye Hafidz! Saya tunggu"

"Ha ye-ye. Munirah, sebelum saya sampai, pastikan dia tutup aurat, tau!" Ujar Hafidz, sempat dia titipkan pesanan. Dia risau jika dia terlihat aurat gadis itu dalam keadaan Syuhadah tidak sedarkan diri.

"Baik.. InshaAllah"

Sebaik talian dimatikan, Hafidz lekas bangun dan gerakkan Firdaus yang berada di bilik sebelah. Memandangkan bilik jiran sebelah itu jarang nak berkunci, mudah Hafidz dan sesiapa sahaja untuk pecah masuk.

Hafidz meluru ke katil Firdaus. "Fird, bangun Fird!" Panggil Hafidz, deras. Ditampar-tampar lembut pipi Firdaus kiri dan kanan secara bertubi-tubi, barulah kawannya itu tersedar. Nasib baik Firdaus terjaga, jika tidak habis basah tilam dan bantal akibat dijirus air oleh Hafidz ke mukanya. Tiada pilihan lain.

"Apaaa"

"Teman aku, rawat orang histeria"

"Asal aku?" Firdaus merengus.

"Kau je boleh harap. Yang lain semua tidur mati. Teman aku kejap, Fird. Aku seganlah, semuanya perempuan dalam bilik tu" Hafidz pujuk Firdaus.

"Errghh. Yelah-yelah" Dengan mata sebelah tertutup, dia sarungkan baju ke tubuh. Kelam kabut mereka bersiap. Hafidz dan Firdaus hanya menyarungkan t-shirt dan kain pelikat. Itu sahaja yang sempat dicapai dan disarung ke tubuh dalam kadar masa cepat. Pedulikan muka sememeh dengan rambut yang serabut itu, tiada masa nak fikir orang nak tengok ke tak.

"Lekas Fird!" Langkah besar mereka menuju ke blok perempuan. Segala lecak mereka redah. Sudah tidak peduli sama ada lintah atau apa jenis serangga yang mahu hingap ke tubuh.

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now