Bab 6

15.4K 723 7
                                    

Fun fact tentang Leonelle Nor Azzahra

• 19 December 2000
• Keturunan Perancis belah ibu
• Anak terakhir daripada 3 orang adik beradik
• Friendly, Blur, Suka main pelbagai jenis game, Menepati masa

♡•♡•♡

"Woah!"

Seminggu selepas makan malam bersama, ibubapa girls dan jejaka bertungkus-lumus mencari rumah yang mampu memuatkan empat belas remaja selama hampir setahun.

Alhamdulillah ada rumah yang sesuai untuk mereka empat-belas.

"Boleh tahan rumah ni." Kata Ezact, matanya sibuk memandang atas bawah rumah banglo yang akan mereka tinggal.

Rumah banglo tersebut terletak 15 minit dari pantai, sekolah mereka dan bandar. Lokasi yang sangat bagus untuk remaja seperti mereka!

"Mon dieu! Awesome gila!" Kata Zahra dengan teruja.

"Apa maksud 'mon dieu'?" Tanya Zach yang berdiri di sebelah Zahra "Aku teringin nak tau maksud dia."

"Oh my God tapi dalam Bahasa Perancis."

"Macam mana diaorang mampu cari rumah banglo secepat ni?" Tanya Lili.

"Entah." Jawab Aidan.

"Ergh kalau wifi slow, aku nak balik rumah semula!" Rungut Ezact.

"Aik awal nak balik. Aku belum sempat kacau kau pun lagi." Kata Daniel.

Ezact mengepal-ngepal penumbuknya sambil tersenyum. "Tunggu eh kau. Nanti kau yang menangis ke parents, kata nak balik sebab takut dengan aku."

"Aku sebenarnya pernah datang sini so aku tahu layout rumah ni." Kata Is. "Umi aku suruh bagi tour rumah ni."

"No need." Kata Eve lalu dia masuk ke dalam rumah dengan penuh selamba.

Yang lain ikut juga.

Masuk-masuk je, mereka nampak tangga besar menuju ke tingkat dua. Ke kanan mereka, ada dapur dan ruang makan. Di kiri pula ada ruang tamu utama dan pintu untuk ke halaman luar.

"Ana." Panggil Lynn sambil menyenggol siku Ana.

Ana dan Lynn senyum.

"Kitaorang cop dulu bilik paling cantik!" Jerit mereka berdua sebelum mereka pecut menaiki ke atas.

"Eh suka hati korang je!" Jerit Adam lalu dia mengejar mereka. "Aku cop bilik paling besar!"

Yang lain menggeleng kepala mereka.

"Ada bilik tidur bawah tak?" Tanya Ezact kepada Is.

"Ada dua. Kau orang nak satu bilik bawah?"

Ezact mengangguk kepalanya. "Aku malas nak naik tangga, so aku ngan Lili cop satu bilik bawah."

"Wow, tak sangka kita berfikiran serupa." Kata Daniel.

Ezact memandang ke arah Daniel dengan muka kosong. "Kisah pulak aku." Dia mengheret beg rodanya ke dalam dan mencari bilik.

"Pastu kita tiga dapat leftover? Tak guna punya kawan." Kata Fa Ra.

Eve menjongketkan bahunya. "Tak kisah la, asalkan tak tidur kat lantai." Eve mula mengambil begnya. "Jom, naik."

Zahra dan Fa Ra mengikut Eve naik.

Jejaka juga mencari bilik masing-masing untuk mengemas barang.

°■°■°

"Oh."

"My."

"God." Kata Lynn dan Ana dengan serentak apabila memasuki bilik mereka.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now