Bab 19

11.1K 524 18
                                    

Random facts about girls dan jejaka:

1. Fa Ra dan Ana tidak suka makan ubat pil. Jikalau tidak dipaksa oleh girls, mereka akan meludahkan balik ubat pil.

2. Antara girls, Lili yang paling cemerkap. Dia pernah menjatuhkan lauk ayam ke lantai, menumpahkan air pada baju, duduk di atas cermin mata Lynn, Fa Ra dan Ana dan banyak lagilah.

3. Sejak girls dan jejaka bermain paintball, Eve tiba-tiba ketagih bermain game berunsur tembak-menembak. Bezanya ialah Eve tahu untuk me'limit'kan dirinya sementara Zahra terlalu ketagih sehingga sanggup tidur lewat untuk bermain game.

Beep, beep, beep.

Kedengaran bunyi degupan jantung Lili dapat didengari dalam biliknya.

Alhamdulillah terdapat orang-orang awam di sekitar kawasan untuk menolong Lili dan Aidan. Seseorang telah menelefon ambulans, seseorang telah menolong menenangkan Aidan dan memastikan dia tidak cedera teruk.

Oleh kerana kemalangan tersebut berlaku berdekatan dengan restoran di mana mama-mama mereka berjumpa, tidak perlulah Aidan menceritakan apa yang berlaku... Cuma peritlah untuk lihat anak sendiri terbaing di atas jalan dengan darah berlumuran di kepala dan sedikit di badannya.

Nasib baiklah mama Zahra dan Zach ada untuk menenangkan mama Lili. Mama Aidan pula terus berlari untuk memastikan anak lelakinya selamat.

Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi siren ambulans. Semasa ambulans sampai, Aidan dan mama Lili menaiki ambulans tersebut, untuk memastikan Aidan tidak cedera dan untuk menemani Lili.

Sepanjang perjalanan Aidan diam sahaja sambil merenung Lili yang tidak sedarkan diri. Sampai sahaja di hospital, dia dibawa ke bilik rawatan untuk dirawat manakala Lili dibawa pergi ke bilik kecemasan diikuti mamanya.

Habis dirawat, dia dibenarkan untuk pulang. Sewaktu dia keluar dari bilik rawatan, mamanya sedang menunggu bersama dengan Zach, Zahra dan mama mereka berdua.

Aidan dipeluk oleh mamanya yang sedang menangis.

'Lili... Lili selamatkan aku?' Air mata mula bergenang di matanya. Dia memandang tepat ke arah mamanya. "Ma, Lili selamatkan Aidan ma." Air matanya mula mencurahi pipinya.

Mamanya mengesat air mata lalu mengusap pipinya. "Baik hati Lili. Sebab tu, kamu doakan dia ye? Dia masih belum keluar dari wad kecemasan."

Aidan mengangguk kepalanya. Memandangkan sudah masuk Asar, dia mengajak Zach untuk ke surau hospital untuk menunaikan solat Asar.

Habis sahaja, dia terus ke lobi wad kecemasan. Di situ, dia terjumpa mama Lili, ayah Lili dan adik lelaki Lili, Mad.

"Cikgu... saya minta maaf. Patutnya saya yang protect dia, bukan dia yang protect saya." Kata Aidan dengan sayu.

Mama Lili menggeleng kepalanya. "Dah ditulis takdir Lili macam ni, kita hamba Allah yang lemah mampu redho je."

"Betul tu." Setuju ayah Lili. "Kamu pun, jangan salahkan diri sendiri." Ayah Lili menepuk belakang Aidan.

"Lagipun, Lili kuat." Tambah Mad. "Bang tak yah risau ah."

Mereka berempat senyum.

Bunyi tapak kaki yang banyak membuatkan mereka menoleh ke belakang. Semua girls kecuali Lynn dan jejaka berlari kea rah mereka, muka penuh dengan risau. Terutama sekali Ezact.

Sewaktu ke hospital, Zahra dan Zach telah memberitahu berita buruk tersebut. Hanya Lynn sahaja yang tidak dapat terus bergegas ke hospital kerana berada di tempat lain.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now