mateen part 6

36.7K 1K 36
                                    

Hai guys. hahaha ok enjoy this part. and saya nak tahu siapa rasa sedih sangat part nie sila comment ya 😂 saya nak tahu jugak siapa yang nangis baca part nie 😜 jangan lupa vote dan comment.
_______________________________________

Maria memulakan kerjanya. sungguh dia tidak tahu hendak mula daripada mana. Akhirnya dia bercadang akan mulakan kerja dekat tingkat 2 terlebih dahulu.

"YaAllah sepah nya bilik nie eii apa lah kau nie maria!". bebel maria sendirian. mukanya menjadi merah apabila melihat seluar kecil Haiqal mateen di atas lantai bersama sama dengan Baju kecil maria. serta merta kenangan semalam terimbas. bertambah merah mukanya.

"dah dah baik aku kemas. Maria kena ingat, banyak lagi kerja kau kena buat. lets do it". kata maria memberi semangat untuk dirinya. Setelah selesai mengemas bilik, maria muka melangkah ke tingkat bawah. tangan nya lincah (?) mengemas itu dan ini (?) sementara itu, dia tidak sedar bahawa dia sedang diperhati dengan beberapa pasang mata.

"mak som, betul ke Maria tu perempuan simpanan tuan?". tanya Tiqah. mak som mengangkat bahunya.

"entah. mak som pun tak tahu". balas mak som malas.

"kalau betul maria tu perempuan simpanan Tuan kenapa maria tu buat kerja rumah?". tanya Tiqah lagi.

"haah lah mak som biasanya mana ada perempuan yang tuan bawa baik-baik. biasanya nak tegur kita pun tak nak. lain pula dengan Maria nie. kan mak som?". tanya siti pula. Mak som mengangguk. memang tidak dinafikan.

"iya. mak som pun pelik juga. yelah, tadi mak som tengok tadi pagi tuan Mateen suruh maria tu berdiri kat sebelah dia masa breakfast tu. mak som pun pelik. kalau perempuan simpanan dia bukan main lagi makan sampai duduk satu kerusi yang sama". kata Mak som. teringat dia tentang kejadian tadi pagi apabila maria disuruh berdiri.

"tapi kan mak som, semalam saya nampak Maria tu tidur dekat bilik Tuan mateen". kata siti pula. makin pening mereka semua.

"apa hubungan diorang ye? dah lah baik sambung kerja sebelum tuan mateen pulang". kata mak som. yang lain terus sahaja menyambung kerja masing-masing. manakala maria mengeluh kasar.

"haishh banyak nya kena kemas! arghh penat". jerit maria dalam hati.

🌸🌸🌸

Maria membaringkan tubuhnya di sofa yang berada di tingkat dua. penat tidak terkata. perlahan lahan matanya tertutup akhirnya dia terlelap.

Haiqal Mateen melihat maria yang telahpun terlelap. perlahan lahan dia berjalan mendekati tubuh kecil itu. tangan haiqal mateen memegang pipi mulus milik Maria. dia tersenyum sendiri tetapi tiba tiba sahaja wajahnya berubah menjadi Bengis semula apabila teringat kejadian lalu.

"No mateen! kau kena ingat apa yang bapak dia nie dah buat dekat papa! sebab bapak dia nie lah Papa kau mati!". desis hati haiqal mateen. lalu sahaja tangannya diangkat lalu di tolak perlahan tubuh Maria yang baring di sofa itu menggunakan kaki nya. Cis tak guna punya Haiqal mateen! author pulak yang bengang.

"woi bangun!".kejut haiqal mateen menggunakan kaki nya. Maria yang terasa dirinya seperti digoyang pantas sahaja membuka matanya perlahan lahan. sungguh dia penat.

"eh awak dah balik?". tanya Maria apabila menyedari orang yang membangunnya itu ialah Haiqal mateen.

"hmm". jawab haiqal mateen acuh tak acuh dan terus sahaja berlalu. Maria terkedu. dah kenapa mamat tu? sewel punya lelaki!

🌸🌸🌸

Maria melangkah masuk ke dalam bilik haiqal mateen. perlahan lahan pintu bilik tersebut dibuka. almaklum lah, itu bilik haiqal mateen. bukan biliknya. baru sahaja dia hendak melangkah masuk serta merta dia menutup matanya. aishhh dato muda nie tak reti malu ke?

MATEEN (COMPLETE)Where stories live. Discover now