BAB 1 (MADU)

374 1 2
                                    

"Mazleela Binti Hamzah,mulai hari ini saya ceraikan awak dengan talak 1..."
Mendatar sahaja suara Hanafi melafazkan ayat keramat itu. Dengan muka bersahaja dia mengambil segala pakaian didalam almari dan berlalu keluar dari rumah tanpa memandang sedikit pun wajah Mazleela. Benci benar pada bekas isterinya kini.
Bercucuran airmata Mazleela tanpa henti,merayu sudah,meratap pun sudah,apa lagi kemampuan dia untuk pertahankan rumahtangga yang baru 2 bulan dibina. Perlahan dia mengusap perutnya.
'Ayah dah buang kita syg'

Hanis tersenyum lebar sebaik membaca mesej yang diterima dari adik lelakinya,Arif. Suaminya dah ceraikan perempuan tu. Puas hatinya kini. Tak sia sia berhabis duit mendapatkan bantuan dari Pak Ngah bomoh terkenal di tempatnya.
Dia takkan berkongsi kasih dengan wanita lain walaupun suaminya berkemampuan.
Alasan untuk suaminya mendapatkan anak tak mahu diterima pakai.
Dia mengeluarkan gula dari dalam kabinet. Gula yang telah dijampi oleh Pak Ngah. Kejap lagi pasti suaminya balik,bagi minumlah....apa lagi. Itu belum lagi makanan kotor lain yang diberikan pada Hanafi. Makin mendengar kata lah suaminya nanti,Hanis tersenyum sinis.

MADUWhere stories live. Discover now