BAB 4(MADU)

335 1 0
                                    

    

Hanafi memanjat kerusi untuk mengambil beg pakaian yang diletak diatas almari. Dia ingin membawa sedikit pakaian untuk Hanis dihospital.
 'Ehh..apa pulak ni..?'
Terlihat olehnya satu bungkusan kecil  berbalut kain hitam. Terkejut dirinya apabila didalam bungkusan tu mengandungi rambut,jarum dan sejening tulang.
*********************************
   "Hanafi,aku ada sesuatu nak bagitahu kau.." Hairi,abang sulung Hanafi datang kerumahnya petang itu. Hanis masih ditahan di wad kerana belum sedar dari koma. Sudah 5 hari dia di Hospital.
   "Maaf Hanafi,ada sesuatu yang aku rahsiakan dari kau sebelum ini,pasal Hanis dan juga Mazleela,bekas isteri yang kau ceraikan 7 bulan lepas.." Dah sampai masanya untuk Hanafi tahu kebenaran.
  'Mazleela..' Hati Hanafi terusik. Akhir2 ni dia kerap teringat bekas isterinya. Sedangkan dulu dia begitu benci sehinggalah Mazleela diceraikan.
 
Mazleela dinikahi dalam perkenalan yang singkat. Dia betul2 jatuh hati dengan peribadi ceria janda tidak beranak itu. Pernikahan mereka di Narathiwat dilakukan tanpa pengetahuan Hanis  atas permintaan Mazleela kerana tidak mahu Hanis bersedih.
Hanafi yakin Mazleela menerima dirinya bukan kerana harta yang dia ada. Mazleela ikhlas menyayanginya.

  Bahagia mereka hanyalah sebulan sahaja. Sebaik saja Hanis mengetahui hal itu,berbagai bagai perkara yang terjadi hinggalah penceraian berlaku. Hanafi menjadi benci pada Mazleela. Dicerai isteri ke-2 nya ketika usia perkahwinan mereka baru sahaja mencecah 2 bulan. Sejak itu langsung terputus hubungan antara mereka berdua.

MADUWhere stories live. Discover now