BAB 2(MADU)

412 2 0
                                    

BAB 2(MADU)
Tekun Hanis memerhati wajah bayi lelaki yang berusia seminggu dipangkuannya. Bayi yang dibeli dari kenalannya di Johor,Zaiton. Kata Zaiton bayi itu adalah anak kepada seorang remaja yang hamil luar nikah. 5 bulan dia menunggu saat ini selepas bersetuju untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Semua urusan pendaftaran sijil lahir diuruskan oleh Zaiton.

"Abang,comel kan anak lelaki kita.
Bila dah besar nanti,bolehlah wafy temankan abang pergi mana2.."
"Ye sayang,comel sangat..harap wafy membesar dengan sihat.."Hanafi senyum,tapi lebih kepada terpaksa. Dia sebenarnya inginkan anak dari benihnya,bukan anak angkat. Tapi apa dayanya,Hanis mandul. Tiba2 hati kecilnya teringat bekas isteri ke-2 nya. Sebak.

Perkahwinan dia dan Hanis sudah hampir mencecah 17 tahun. Sunyi benar hidupnya tanpa gelak tawa anak2. Teringin rasanya dipanggil ayah.
Apa erti hidupnya,yang dia ada cuma kemewahan,kerja yang bagus tapi.....tiada pewaris.

MADUWhere stories live. Discover now