BAB 5(MADU)

368 0 0
                                    

BAB 5(MADU)
 
   Hanafi hanya mampu melihat keadaan Hanis. Isterinya kini tidak lagi seperti dulu. Sebaik sedar dari koma dia hanya meracau,menjerit seolah ternampak sesuatu yang menyeramkan. Nama Mazleela sentiasa keluar dari mulut Hanis. Sudah habis ikhtiar Hanafi untuk menyembuhkan isterinya selama 9 bulan ni. Kata doktor Hanis mengalami gangguan jiwa. Perlukan masa untuk pulih.
*****************************
  "....Aminn.." diraup wajahnya dengan kedua tapak tangan usai berdoa dikuburan. Hanafi mengusap batu nesan, air mata lelakinya tumpah lagi.
Mazleela Binti Hamzah(15.11.1987- 16.3.2016)
Hanafi Ilham Bin Abdullah(16.3.2016-16.3.2016)
Bekas isterinya meninggal ketika melahirkan anak mereka. Kedua duanya tidak dapat diselamatkan.

  " Abang Long,Ila mintak sangat,bantulah Hanafi,dia sakit..jangan biarkan dia..Ila dah tak boleh jumpa dia,kalau tidak pasti Ila tolong Hanafi bang..."
Perjumpaan mereka berdua malam itu atas permintaan Mazleela selepas 3 bulan diceraikan Hanafi.
"Maksud Ila?abang Long kurang faham.."
" Bawalah Hanafi berubat bang, jumpa mana2 ustaz. Ila dah selesai bahagian Ila,kami terkena sihir pemisah. Alhamdulillah Ila dah pulih..tapi Hanafi belum diubatkan, cubalah bawak berubat..nanti abang akan faham sendiri.."
 Ada benar kata bekas iparnya,memang berbeza betul sikap Hanafi sekarang.
Dulu bukan main paksa dirinya untuk meminang Mazleela,bila dah sah jadi isteri,senang2 dibuang.

"Lagi satu bang,Ila mengandung, Ila nak abang Long rahsiakan hal ni dari sesiapa pun,termasuklah Hanafi..." Mazleela takut dia dan kandungannya akan  diapa2 kan oleh bekas madunya. Sudah cukup pelbagai dugaan yang dilaluinya. Hampir mati dia dibuat oleh Hanis.

  "Bila Mazleela dituduh mengahwini kau kerana harta,dia memilih untuk menyelamatkan harta yang kau tinggalkan pada dia. Kata dia anak dalam kandungan itu adalah  harta dan saham akhiratnya.. Dia berpindah jauh untuk menjaga 'hartanya'..Dalam diam,aku perlahan lahan ubatkan kau dengan bantuan ustaz Din.." Hairi menyesal kerana tidak mengambil berat masalah adiknya dahulu. Dia tahu pun bila dah terlewat.

Mazleela meninggal ketika melahirkan anaknya. Sempat dia  berpesan pada jururawat untuk menamakan anak nya Hanafi Ilham, kerana anaknya perlu berbinkan Abdullah memandangkan perkahwinan mereka berdua tidak sempat didaftarkan di sini. Setidaknya nama Hanafi tetap ada dalam sijil kelahiran anaknya. Begitu besar cinta Mazleela pada Hanafi.
  
  Berlegar legar cerita dari Abang Long Hairi didalam kepalanya. Sungguh dia tidak menyangka isterinya Hanis sanggup berbuat demikian. Tapi salah dirinya juga, tidak berterus terang dari awal untuk berkahwin lagi.
 
   Hanafi meninggalkan tanah perkuburan. Kalaulah masa tu boleh diundur.
'Ila, maafkan abang'
'Ilham,maafkan ayah'

Dihujung sana,kelihatan seorang perempuan memangku anaknya sambil tersenyum. Cinta ikhlas terhadap Hanafi dibawa hingga kehujung nyawa.
               TAMAT

 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MADUWhere stories live. Discover now