8640

1.3K 191 27
                                    

KHAMIS, 2503

aku baru sahaja selesai mengutip pinggan dan cawan-cawan kotor, tiba-tiba poketku bergetar. aku meletakkan dulang yang berisi pinggan dan cawan tersebut di sebuah meja kosong lalu mengeluarkan telefon bimbitku.

oh mesej dari hara.

semalam sebelum naik bas, aku sempat minta nombor dia ehehehe. aku pun membuka inbox dan membaca mesejnya.

hara: petang nanti, jom jalan-jalan pergi akuarium
hara: aku teringin nak tengok nemo dan kawan-kawan
hara: puhleaseee

agxst_: tak boleh
agxst_: aku tak habis kerja lagi

hara: ala nanti pepandailah aku minta dengan namjoon.
hara: jomlahhhhh
hara: jomlahhh yoongi
hara: min yoongiiii leggo!
hara: oh min yoongiku sayang~~

agxst_: eii geli
agxst_: aku dah cakap tak boleh, haze.
agxst_: hara
agxst_: autocorrect buat hal mian

hara: siapa haze
hara: tak sangka nama baru aku jerebu rupanya
hara: hello, nama saya jerebu. nice to meet you.

agxst_: hara, aku tengah kerja ni.
agxst_: talk to you later

hara: orait boss

aku menyimpan semula telefonku ke dalam poket seluar dan menyambung kerjaku yang tergendala tadi.

akuarium tutup pukul 5. sempat ke?

×

sedang aku khusyuk mengelap pinggan sampai berkilat-kilat bling bling tiba-tiba namjoon memanggilku. aku hanya menjongketkan kening ke arahnya.

"apa hyung ingat aku tergoda ke bila hyung buat macam tu?" namjoon menyilangkan tangannya sambil menyandarkan belakangnya ke pintu.

"ei geli aku. aku lurus, excuse me. ha nak apa?"

dia menunding keluar dapur dengan menggunakan ibu jarinya, "ada orang nak jumpa."

"nugu?"

"hyung pergilah tengok sendiri," ujarnya. aku pun meletakkan pinggan serta kain buruk di atas rak dan mengikuti namjoon berjalan ke kaunter.

sebaik sahaja aku sampai di kaunter, satu suara menegurku, "yoongi!"

"yo," balasku lalu memberikan lambaian malas kepadanya.

dia menarik tanganku sambil mengerdipkan matanya acah comel, "kaja~?"

"tak boleh," aku melepuk tangannya dan dia melepaskannya lalu mencebik. aku tersenyum kemenangan walaupun dalam hati aku teringin pergi.

"pergilah," suara garau milik namjoon yang kedengaran daripada belakangku, membuat aku terlompat.

hara tergelak kecil, namjoon pun. aku menjeling ke arah namjoon dan hara. ei dua ketul ni.

"yey! boss sudah bagi lampu hijau. let's go!" katanya, riang.

aku menyengih dan mengenyitkan mataku ke arah namjoon lalu berjalan ke tempat pekerja untuk menyalin baju.

×

namjoon: date tu date juga, hyung
namjoon: nanti hyung kena kerja overtime sebagai ganti.
namjoon: have fun 😘

agxst_: heh

aku mengeluh lalu menyimpan telefon bimbitku ke dalam poket seluarku. ada udang di sebalik kek rupanya. sekali lagi aku mengeluh sebelum mengalihkan perhatianku kepada hara. jakun bebenor minah ni. tengok ikan batu pun mata dia bersinar-sinar.

hara ketawa, "ikan tu macam kaulah, yoongi."

"jinjja," aku mengulingkan kedua-dua bebola mataku. ada ke patut dia samakan aku dengan ikan batu. aku tak tahu nama betul dia tapi aku panggil ikan batu sebab dia suka sorok celah-celah batu. hah min yoongi's logic.

"eh betul ok. tengok dia duduk diam-diam celah batu besar tu. macam kau, duduk diam kat kaunter kafe tu," ujar hara, selamba.

tak guna. nak kata aku pemalas lah tu. eii- aku terpandang seekor ikan badut berenang-renang berdekatan dengan anemone laut warna ungu pucat.

aku menuding ke arah ikan tersebut sambil menyengih, "ha tu kau."

"muka aku berbelang sangat ke sampai kau nak bandingkan aku dengan ikan badut?" hara mencebik.

"aku tak bandingkan ikan tu dengan muka kau lah. aku bandingkan dengan perangai kau," jelas aku.

"mm," gumam hara sambil mengerakkan kepala mengikut lambaian rumpai laut dan anemone laut.

haha comel.

apa tak salah nak puji pengarang hati kan?

ehe-

aku menarik tangan hara untuk beredar dari situ kerana dia mula buat perangai pelik dia.

"alah yoongi. aku tengah sembang dengan gwangie tu," rungut hara setelah kami jauh dari kawasan ikan tersebut.

"gwangie?" aku memberi muka judgingku. "dari gwangdae mulgogi*?"

"yep," balas hara dan memusingkan badannya.

sebelum dia melangkah lagi setapak, aku cepat-cepat gengam kolarnya dan mengheret hara ke tempat lain.

dia cuba untuk melepaskan diri dengan mengundur ke belakang sambil mengoyang-goyangkan badannya, "alahh gwangie tunggu tu."

"ah takda takda." pegangan dikemaskan dan kami beredar ke bahagian ikan tawar.

×

aku dan hara duduk di pondok bas sambil menunggu bas aku datang. angin malam yang tenang dan mendamaikan bertiup untuk menyejukkan malam yang masih muda. aku sekali-sekala mencuri pandangan ke arah hara yang sedang memanaskan dirinya.

aku mengosokkan kedua-dua belah tapak tanganku lalu melekapkan(?) mereka di pipi hara. matanya terbeliak dan tangannya cuba untuk meleraikan 'heater' dari pipinya.

"shush, jangan," bisikku.

dia hanya menurut dan memandangku. aku pandang dia balik.

dugundugundugundugundugungdugun-

"a-a yoongi. bas kau dah sampai," hara memutuskan eye contact tersebut dan tanganku terus dimasukkan ke dalam poket.

sebaik bas aku berhenti, aku terus bangun dan memandang hara dengan muka memerah.

"bye." ucapku pendek. aku pun berjalan ke arah pintu masuk bas tanpa menunggu apa-apa balasan dari hara. aku pun masuk dan mengambil tempat yang berdekatan dengan tingkap.

nasib tak ramai sangat.

aku memandang ke luar sambil tersenyum. hara melambai-lambai ke arah aku sebaik sahaja bas meluncur pergi di atas jalan raya daegu yang tak begitu sesak.

--
*gwangdae mulgogi - ikan badut
saya cuba untuk tak mengelirukan kalian dan diri sendiri. enjoy!

one

10080.Where stories live. Discover now