7200

1.2K 188 76
                                    

JUMAAT, 2603

seorang pelanggan datang memberikan pinggannya ke arah aku, "saya minta blueberry cheese cake bukan strawberry cheese cake."

aku menunduk, "mian. tunggu sebentar ye," kataku lalu mengisi kek sebenar yang pesannya di pinggan baru.

pinggan yang berisi kek keju strawberi bertukar tempat dengan pinggan berisi kek keju beri biru. sekali lagi aku meminta maaf terhadap pelanggan itu tersebut. dia pun mengucapkan terima kasih dan berjalan ke mejanya. aku mengurut dahiku berkali-kali.

serabut dan frust.

sepanjang hari ni ada je benda tak betul. sebelum ni ada tu ada tapi hari ni banyak sangat.

contohnya, macam tadi pesanan pelanggan aku dah mixed up. aku terhanguskan roti. aku hampir buat dapur terbakar. aku tertumpah air kat pelanggan dan tertuang air kat jimin.

"haih kenapa ni?" bebel aku perlahan sambil jari telunjukku dan ibu jariku mengurut kepalaku.

aku stress ke?
mana ada.

ah pape jelah.

bahuku ditepuk perlahan, "hyung."

aku menoleh dan tersenyum pahit. "jimin," balasku. "sorry eh pasal tadi. hyung tak sengaja. tak tahulah kenapa hari ni macam semua tak betul je."

jimin mengusap bahuku dan berkata, "takpe lah hyung. nasib baik namjoon hyung ada uniform spare, kalau tak dah half-naked aku. hahahaha."

"dah lah hyung pergi lap meja tu. biar aku jaga kaunter," sambungnya lagi. dia kemudian menolakku keluar dari kawasan kaunter dan mencampakkan sebotol air dan sehelai kain.

aku menarik nafas sedalamnya lalu mengambil kain buruk yang tergantung di kepalaku. teruk betul mamat ni baling, nasib aku dapat sambut botol air tu. tak pasal-pasal benjol dahi aku ni. aku menjeling tajam ke arah park jimin dan dia tersengih malu. aku mendengus lalu berjalan ke arah satu meja kotor yang terletak di sebelah tingkap.

×

jimin melambai-lambaikan tangannya macam nak tampar nyamuk ke arah aku, jieun dan namjoon sambil menjerit, "papaiiiiiiiiii!"

dia memberikan eye smilenya sebelum berjalan pergi meninggalkan kami. namjoon, jieun dan aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada satu sama lain dan berjalan mengikut haluan masing-masing.

aku menyeluk tanganku ke dalam poket sambil berjalan ke arah pondok bas. sebaik sampai di tempat tersebut, aku pun duduk dan menikmati pemadangan malam di bandar daegu.

"bAH!"

seseorang tiba-tiba mengejutkan aku dari belakang. oleh disebabkan mood aku dah hilang, aku pun tak terkejut. aku memandangnya dengan muka malasku lalu mengalihkan pandanganku ke hadapan semula.

"alah yoongi. asal kau tak jentat, " dia merungut lalu melabuhkan punggungnya di sebelahku. aku hanya buat tak tahu. hara mula menyucuk-yucuk lenganku dan aku menepis tangannya sambil menjeling ke arahnya.

hara menyengih, "jom makan lempeng sayur?" dan dia menarik tanganku ke gerai lempeng sayur yang terletak berdekatan dengan pondok bas tersebut.

aku hanya mengikut saja. takda mood meh.

×

selepas makan lempeng, aku dan hara menaiki bas bersama-sama. dia cakap nak teman aku balik, aku setuju jelah. kami pun berjalan dan berjalan dan berjalan. pastu hara tiba-tiba membelok ke arah taman permainan sambil menarik aku sekali.

"kenapa ni?" soalku selepas dia memaksa aku duduk di atas buaian. dia menyengih lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan-nekannya.

telefonnya mengeluarkan rentak ala ala retro dan hara mula menghentak-hentakkan kakinya.



"i have a pen, i have an apple," nyanyi hara sambil mengeluarkan sebatang pen dan sebiji epal dari belakangnya. whut-

"ugh- aPPLE PEN!" nyanyinya lalu meletakkan benda tu di tapak tanganku.

aku memandang 'pen' tersebut dengan muka dikerutkan. sekali lagi, aku memandang hara yang tetiba membawa keluar sebiji nenas dan sebatang pen pula.

"i have a pen. i have a pineapple. ugh pEN PINEAPPLE!"

hara merampas pen epal dari gengamanku lalu sambung menyanyi, "apple pennn pineapple pennnn ugh! pEN PINEAPPLE APPLE PEN! dutrutudutru pen pineapple apple pen."

kedua-dua pen dicampak oleh hara ke tepi dan muka sangap ditayang. aku menepuk dahiku dan ketawa kecil, "apa benda kau buat ni?"

"yey kau gelak ehe," dia terkekek ketawa. "alah tengok kau macam takde mood jadi aku nyanyilah lagu ppap tu."

aku mengelengkan kepala dan tersenyum. aku menepuk buaian kosong di sebelahku, "duduklah."

hara mengeleng, "sabarlah. ada satu lagi persembahan."

"joreujima eolma gaji anha. bureuge haejulge babyyyy. ajigeun jom illeo nae mam gatgin illeo. hajiman deo boyeojullae."

eh? jangan cakap ni lagu cheer-

"CHEER UP BABY CHEER UP BABY JOM DEO HIMEUL NAE!"

"hARAAAAAA!" aku segera bangun dan mengejar hara.

"mIN YOONGI JJANG JJANGMAN BBONG BBONG!" jeritnya lalu ketawa.

"yAAAAAAAHHHHH!"

'6006 left...'

--

tbh chapter ini terlalu mengarut.

one

10080.Where stories live. Discover now