1440

910 157 134
                                    

SELASA, 3003

⟪ 60 ⟫

"yoongi!"

satu suara memanggilku sebaik sahaja aku sampai di depan taman permainan. aku menoleh dan berjalan ke arahnya.

"awal kau sampai hara," tegurku lalu melabuhkan punggungku di sebelahnya.

aku membetulkan skraf hitam pemberian hara yang membaluti leher aku supaya aku tak kesejukan. sejuk betul malam ni.

"biasalah. aku memang punctual," ujarnya sambil mengeflipkan rambutnya.

aku mengulingkan mataku dan pamerkan muka menyampah. hara mencebik bila tengok reaction aku tapi aku kisah apa~ hohoho.

"ok dah kelaut."

aku menjeling manusia di sebelah aku, "siapa yang sebenarnya kelaut ni?"

dia tersengih. hara kemudian melihat ke arah rantainya dan berkata, "aku ajak kau keluar tengah-tengah malam ni sebab nak bagitahu kat kau pasal nombor yang aku bisik-bisik sebelum ni."

"haa baguslah. aku baru teringat. explain, juseyo," kataku lalu menghalakan penumbukku ke arah dagunya, acah-acah mikrofon.

hara kemudian berdehem, "terima kasih kerana memberi saya kesempatan untuk berucap pada malam yang sejuk lagi mendamaikan ini. baiklah seperti yang sudah kita maklum-"

aku menolak dagunya ke atas, "mukadimah tu jangan panjang sangat."

hara berdecit, "aku baru nak acah."

aku memberikan muka judging aku. ei minah ni.

"tak baiklah judge. aku saja je," ujarnya lalu menghulurkan tapak tangannya ke arah aku.

aku menepuk tangannya, "guna tangan sendiri."

"fineenuhhh."

ew bersembur halp.

dia pun memegang mikrofon halimunan lalu menyambung ucapannya, "maaf terdapat masalah teknikal-"

"hara," potongku.

"ye ye. haish aku baru nak berangan ni."

"orang tengah serius ni," aku merungut.

hara mengangkat kedua-dua tapak tangannya ke atas sampai paras bahunya, "maaf maaf."

"baiklah-"

"jung hara."

dia tersengih, "sorry sorry. aku ni jenis susah nak jadi serius. hehe."

dia menyelit sebahagian rambutnya ke belakang telinga sebelum menyambung, "sebenarnya nombor-nombor tu minit."

"10080 minit sama dengan berapa lama?"

"7 hari mencintaimu," balasnya.

"y-yAH!" muka aku tetiba memerah. asal tetiba ni-

"gurau je. halah yoongi takkan kau tak layan drama. best kut," dia menarik hujung skraf aku berkali-kali. "lek lah. nombor tu dah tak penting sebab nak tamat dah pun."

bibirnya mengukirkan senyuman lebar. aku pun turut tersenyum. hara kemudian bangun lalu menepuk bahuku, "kau jadi."

aku mengerutkan dahiku manakala mata aku mengekori langkah hara yang semakin jauh dari aku. hara melambai-lambai ke arah aku sambil menjerit, "yOONGI-AH, CUBALAH KEJARRRR!"

aku terkebil tengok hara yang tiba-tiba terjelir lidah sambil menayang muka buruk kat aku.

aku menggeleng, "taknakk. malas."

10080.Where stories live. Discover now