Bab 8

8.4K 220 9
                                    

PAGI tu masa aku sampai homestay, aku disambut dengan bebelan Adibah. Jarang Adibah buat perangai macam tu. Ini mesti ada yang tak kena. Aku syak Kak Ema saja. Sebab Kak Ema yang selalu cari pasal.

"Apa hal?" Aku beranikan diri bertanya.

"Mamat tu la. Tadi dia sarapan. Ada saja yang tak kena. Air tak sedaplah. Itu tak sedaplah. Sakit jiwa aku."

Aku ingatkan Kak Ema. Rupanya orang lain. Tak terfikir pun orang tu buat perangai pagi-pagi buta.

"Dia dah habis sarapan ke?" soalku.

"Dah," jawab Adibah dengan agak kasar. Tu tandanya dia benar-benar marah. Tak boleh tanya lebih-lebih. Nanti dengan aku sekali kena. Jadi, baik aku sambung kerja aku.

Aku bawa penyapu untuk bersihkan sekeliling kawasan homestay. Malam tadi hujan turun dengan lebat, pasti ada daun-daun yang berguguran.

Kabus masih kelihatan di sana sini. Dingin pasti saja terasa namun aku sudah biasa dengan cuaca dingin begini.

Bertemankan haruman dari kuntuman bunga-bunga ros yang mekar, aku terasa sangat segar. Sesuatu yang jarang-jarang sekali aku dapat semasa tinggal di KL. Sungguh, aku tak boleh berpisah dari semua ini.

Aku pusing dan terpandang lelaki tu sedang tongkat dagu di tingkap. Sejak bila pula dia perhatikan aku? Pelik ni.

Aku sambung buat kerja. Tapi hati tak berapa nak sedap. Seperti sedang diperhatikan. Aku toleh lagi. Yalah, dia masih pandang aku dengan menongkat dagu. Apa salah aku pada dia sampai nak perhatikan aku macam tu?

Aduhai...

Telefon bimbit berbunyi. Pak Saad telefon.

"Nak minta tolong Rissa hantar bunga. Kak Yan suruh Rissa hantarkan. Orang KL ada hal. Tak boleh naik Cameron."

"Okey, tak ada hal. Bila nak hantar?" soalku.

"Dah Pak Saad telefon hari ni, hari ni la hantar. Kalau tahun depan, tahun depanlah Pak Saad telefon."

Loyar buruk pula Pak Saad ni.

"Okey, saya datang sekarang juga." Cepat-cepat aku jawab. Karang macam-macam pula Pak Saad perli aku.

Aku toleh pandang tingkap. Lelaki tu masih dalam keadaan begitu. Tak apa. Lepas ni aku nak turun KL. Dia takkan dapat tengok aku lagi. Segera aku masuk lobi. Nak beritahu Adibah.

"Wei, aku nak turun KL."

"Apa hal pula?" soal Adibah. Saki-baki marah Adibah masih kelihatan. Dengar aku nak turun KL, lagilah kawan tu angin.

"Orang KL tak dapat datang ambil bunga, jadi Kak Yan suruh aku turun."

"Mengada-adalah orang KL ni," rungut Adibah.

"Aku pergi dulu..."

"Nanti kalau kau nak pergi, singgah kejap. Aku nak kirim kek strawberry untuk Kak Yan dan Kak Olin," kata Adibah sebelum aku beredar.

"Nanti aku singgah." Cepat-cepat aku tinggalkan Adibah. Takut aku pun kena sembur nanti.

Aku hidupkan motosikal dan terus menuju kebun bunga. Masa tu Pak Saad dan Azrai sedang lakukan kerja memasukkan bunga ke dalam van. Jadi aku ingat aku balik dulu. Nak ambil barang keperluanku.

Aku masukkan motosikal ke dalam rumah sebelum ambil barang-barangku. Kemudian terus ke kebun bunga dengan berjalan kaki selepas itu. Bukan jauh pun.

"Hati-hati," pesan Pak Saad sambil hulurkan kunci van kepadaku.

"Jangan nak rempit sangat," pesannya lagi.

"Tak payahlah nak nasihat bagai. Dia kalau dah dapat pegang stereng, memang menurunlah perangai tak sedar diri dia." Azrai pula menyindir.

Aku balas dengan senyuman. Aku yang bawa van, tahulah aku tanggung.

"Pergi dulu," kataku selepas itu. Terus pandu van. Tapi sebelum tu aku singgah sekejap di homestay. Masa tu Adibah sudah tunggu dengan bekas makanan.

"Hati-hati," pesan Adibah.

Aku angguk dan sambung memandu. Masa nak belok keluar dari kawasan homestay, aku pandang cermin sisi kiri. Nampak Adibah sedang berbual dengan lelaki tu. Lepas tu lelaki tersebut pandang aku. Kenapa? Nak suruh aku tukar cadar lagi? Jangan haraplah. Aku mahu makan angin ke KL. Esok baru aku balik. Petang-petang sikit kut. Dia takkan jumpa aku lagi. Takkan buat pasal dengan aku lagi. Aman.

LEPAS hantar bunga, aku telefon pak ngah. Nak belanja pak ngah minum. Itu pun kalau pak ngah ada masa. Tapi pak ngah cakap pak ngah ada di hospital. Mak lang dimasukkan ke hospital.

Bergegas aku ke hospital. Masa tu mak lang masih tidak sedarkan diri. Jadi, aku tak boleh melawat mak lang.

"Kenapa?" Aku tanya pak ngah di ruang menunggu. Mak ngah pun ada sama. Pak lang dan Hafiz nampak muram.

"Tunang Hafiz lari dengan jantan lain."

Rasa nak tepuk tangan. Tapi tak patut sangat.

"Majlis minggu depan. Semua sudah siap diatur. Tu yang mak lang terus pengsan bila dengar tunang Hafiz lari," beritahu pak ngah.

Aku angguk. Tunjuk muka simpati. Rasanya Hafiz dah dapat balasan. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Dulu masa dia minta putus tunang, macam-macam dia kata aku, tapi aku diam saja. Sebab aku pun seronok putus tunang. Tak sangka kejap sangat dia dapat balasan.

"Habis, majlis kahwin tu macam mana?" Aku menyoal. Yalah, majlis kahwinnya minggu depan.

"Yang sibuk sangat majlis orang tu kenapa? Nak tepuk tangan sebab tak jadi?!" Mak ngah tengking aku.

"Boleh ke nak tepuk tangan?" Aku soal mak ngah dengan selamba. Menyindir mak ngah sama sebab mak ngah pun teruk kutuk aku masa lepas putus tunang hari tu. Macam-macam mak ngah tuduh aku. Pembawa nasib malanglah, tak pandai jaga tunanglah. Seolah-olah mak ngah tak percaya langsung dengan takdir Tuhan.

"Padan muka Hafiz, kan?" ujarku lagi.

Mak ngah tarik muka masam. Mak ngah seperti tak tahu nak cakap apa lagi. Aku cakap yang betul pun. Sekarang Hafiz rasalah apa yang aku rasa.

Lama juga aku berada di ruang menunggu. Bila merasakan aku tidak membantu apa-apa, aku minta diri. Aku harap mak lang segera sembuh dan semangatnya kembali pulih. Apa pun yang terjadi, mak lang kena hadapi. Tapi kalau mak lang minta aku terima semula Hafiz, aku minta maaf. Tak mungkin aku terima sama sekali. Aku tak mahu cari penyakit.

Nampaknya malam ni aku tidur kedai bungalah jawabnya. Tak apa, boleh kawan dengan Kak Olin.

"Putus tunang?" Bulat mata Kak Olin sebaik sahaja aku khabarkan berita tersebut.

"Yup!" Sepatah aku jawab.

"Tak tahu nak cakap padan muka ke tidak. Kalau cakap padan muka karang, tak baik pula sebabnya kalau dia tak bertunang dengan perempuan tu, sah-sah minggu depan Rissa jadi isteri dia."

Betul juga kata Kak Olin tu. Mana boleh aku cakap padan muka pada Hafiz. Kalau Hafiz tidak jatuh cinta dengan perempuan tu, sah-sah sekarang ni aku tunggu majlis nak nikah saja lagi.

"Kita cakap ajelah kesian." Kak Olin ketawa. Ketawa ada makna.

"Kesiannn..." Aku balas dengan ketawa sama. Jodoh tu rahsia Tuhan. Kalau sudah tiada jodoh hendak diapakan lagi? Cuma aku tumpang kasihan sama dengan apa yang menimpa mak lang sekeluarga.

Cik Sederhana Dan Encik SegakWhere stories live. Discover now