Part 9 : First....

225 13 1
                                    

Hai guys. Im back now. Sori sbb buat korg trtnggu. Tapi author perasan yg skang ni readers dh makin kurg. Sbb x best ke?

Well. Author baru nk brjinak dlm dunia penulisan. Klau ad yg x enjoy tu drop comment korg tu ya.

Enjoy your day. Bye✌✌✌✌






**********

Jiyu tersedar dari tidur apabila cahaya matahari yang masuk melalui tingkap menyilaukan matanya. Dia menukar posisi baring kepada duduk lalu kepalanya disandarkan pada kepala katil. Bawah matanya yang kebiru-biruan seperti baru lepas dipukul itu diusap perlahan. Dia mendecit perlahan apabila terasa pedih. Serta merta apa yang terjadi semalam terus bermain di dalam kepalanya.


>flashback<

Jiyu baru pulang dari sekolah. Pada mulanya Jimin sudah menawarkan diri untuk menghantarnya pulang, tapi dia menolak kerana tidak mahu encik Gae melihat dia keluar bersama lelaki. Kalau tidak pasti ayah tirinya itu akan mengamuk. Nak tak nak, terpaksalah Jimin akur. Perasaan risaunya diketepikan untuk gadis itu.

Pintu rumah dibuka lalu ditutup. Jiyu yang baru masuk itu terkejut apabila seseorang menarik bahunya kasar. Wajah encik Gae, ayah tirinya itu ditatap terkejut. Lelaki berusia pertengahan tahun kelihatan terhuyung-hayang seperti mabuk. Jiyu menelan air liurnya perit.

"Ap...appa. Appa..minum..ke?" Soal Jiyu dengan suaranya yang terketar-ketar. Encik Gae tersenyum sinis lalu merentap beg silang yang dipakai Jiyu sehingga tali beg itu terputus. Zip beg dibuka. Segala isi di dalamnya dikeluarkan dan dibiarkan berterabur atas lantai. Jiyu pantas menghalang lelaki itu.
"Appa..jangan. Apa yang appa buat ni? Jangan appa."

"Diamlah!!!" Tengking encik Gae lalu menolak tubuh Jiyu hingga tersungkur atas lantai.

"Ackk.." Jiyu mengadu sakit apabila dahinya terhantuk pada bucu meja. Bawah bibirnya digigit menahan sakit yang kian mencengkam. Dengan sisa tenaga yang masih ada, Jiyu bangun.
"Appa. Jangan..apa appa nak buat dengan beg duit Jiyu?" Jiyu cuba mengambil beg duitnya dari encik Gae.

'Bukkk!' Kerana tidak tahan, encik Gae bertindak menumbuk wajah Jiyu sehingga gadis itu kembali jatuh. Air mata Jiyu mengalir. Rasa sakit yang dirasanya saat itu tak setanding rasa sakit hatinya. Cepat² encik Gae mengambil semua wang kertas dalam beg duit anak tirinya lalu melangkah ke pintu utama. Namun langkah terhenti apabila kakinya dipegang kuat oleh Jiyu.

"Jangan appa. Pulangkan balik duit tu. Hisk..jangan ambil. Tolong appa. Jangan ambil duit tu. Hisk. Jangan ambil duit tu." rayu Jiyu sambil menangis teresak-esar. Encik Gae mengetap rahangnya geram.

"Tepilah si*l." tanpa rasa belas, tubuh Jiyu ditendang menyebankan pegangan gadis itu pada kakinya terlepas. Pantas lelaki itu keluar meninggalkan Jiyu yang terbaring atas lantai dalam keadaan yang lemah. Semakin lebat air mata yang mengalir di pipi gebu Jiyu. Perlahan-lahan dia bangun dan mencapai beg sekolaj yang telah koyak akibat rentapan kuat itu. Beg itu dipeluk erat dan esakannya semakin kuat.

>end flashback<

'Drtt..Drtt'

Bunyi nada dering pemanggil menyedarkan Jiyu yang sedang mengelamun itu. Telefon yang terletak atas laci kecil tepi katilnya di ambil. Tertera nama Mingyu di skrin telefon. Ikon hijau di 'slide' ke kanan, kemudian skrin telefon di tekap pada telinga kirinya.

-otp-

"Hello Gyu. Apahal call aku pepagi ni?" Soal Jiyu dengan suaranya yang cuba di kawal. Bukan dia tidak kenal Mingyu. Kalau ada yang tak kena, cepat sahaja dapat dihidu oleh lelaki itu. Tak hairanlah sebab mereka berkawan pun dah lama. Di hujung talian, Mingyu tersenyum suka tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS FanfictionWhere stories live. Discover now