FINAL

285 16 4
                                    

*****¹

6 tahun selepas itu..

Aku berpeluk tubuh sambil berjalan menyusuri gigi pantai. Kakiku  yang berkaki ayam itu sekali sekala akan dipukul air ombak sehingga menenggelamkan separuh pergelangan kakiku. Aku tersenyum sendiri sambil membuang pandangan ke arah laut. Suasana kat sini sangat tenang. Sepanjang dua hari kat sini, aku rasa sangat tenang. Rambutnya yang telah panjang itu aku biarkan lepas ditiup angin. Dah enam tahun sejak kemalangan tu. Dan aku masih tak boleh lupakannya. Setiap hari, setiap masa aku sentiasa salahkan diri aku. Kalau tak kerana ego aku, Jimin tak akan menjadi mangsanya. Kini aku telah pun tamat belajar dalam bidang perubatan. Tujuan aku hanya satu. Ingin menebus silapku yang dulu.

"Huhhh.." Aku melepaskan keluhan pendek. Rambut yang menutup mata, aku selitkan ke belakang telinga. Sedang aku ralat melihat pemandangan pada waktu senja, mataku diutup dari belakang.

"Teka..siapa?" Soalnya dengan suara yang dikecilkan. Aku tersenyum suka dan mendapat idea untuk kenakan dia balik.

"Hmmm..siapa ya? Rasanya orang yang paling hodoh kat muka bumi ni..." Balasku selamba dan dapat aku dengar rungutannya yang panjang berjela itu.

"What? Yaaaaa...oppa dah hensem² macam ni, dia boleh kata kita hodoh pulak. Eeee..tak nak lah kawannn.." Rajuk Seungcheol lalu memusingkan tubuhnya membelakangiku. Tangannya disilang paras dada manakala mulutnya muncung sedepa.  Aku ketawa suka.

"Laa..merajuk? Isy³. Anak siapalah ni yang buruk sangat ni..." Makin galak aku mengusiknya. Tawaku meletus apabila mata Seungcheol mencerlung tajam ke arahku. Wuuu..takutnya iteww..

"Sukalah ea Jiyu kenakan oppa. Mentang² lah kita selalu bagi dia muka. Kepala lututnya dia balas."

Makin kuat aku ketawa mendengar ayat Seungcheol. Adoiii..tak boleh blah siott. Haih..malang betul siapa yang dapat Seungcheol ni. Ayat jiwang karat kata ko.

"Amboii Jiyu. Apa yang suka sangat. Dari jauh unnie boleh dengar ni." Tegur satu suara. Aku menarik senyuman manis melihat Dani yang berjalan ke arah kami dengan perutnya yang sudah memboyot itu.

"Hey sayang. Buat apa ke sini? Kenapa tak duduk je dengan Gyu dan Sena? Ingat sikit, awak tu tengah sarat." Bebel Seungcheol seraya merangkul bahu Dani. Cemburu aku melihat kemesraan mereka. Mesti korang pelik kan. Macam mana diorang ni boleh berkawin.

Lepas habis je graduate, Seungcheol sambung belajar di German. Nak dipendekkan cerita, Dani pun belajar dekat situ. So, terus jatuh cinta. Tau², bila balik korea dah nak kawin. Hebat kan.

"Tak naklah duduk sana. Menyampah tengok diorang tu bermadu asmara. Mentang² la masih pengantin baru. Saja je nak tunjuk² depan kita." Giliran Dani pula meluahkan rasa tidak puas hati. Mukanya cemberut tanda menyampah. Tapi betul lah tu. Kalau aku pun rasa nak muntah.

Mingyu dan Sena. Sebut je nama budak berdua tu, meremang bulu roma aku. Tak boleh berpisah lansung. Asyik nak melekat je. Mengalahkan belangkas. Lepastu sengaja nak bermesra depan orang. Haih..sabar jelah. Maklumlah, masih ada aura pengantin. Diorang baru je melansungkan perkahwinan minggu lepas. Ini kira honeymoon diorang la ni. Erkk..rasanya hari² dah honeymoon. Ye dak. Hehehe..

"Haa Jiyu. Berangan pulak." Kata Dani sambil menepuk perlahan bahuku. Aku hanya tersengih menayan gigi yang putih lagi bersih ni.

"Hee..sori unnie. Unnie ada cakap apa² ke tadi?" Tanyaku semula. Takut pulak Dani ada cakap sesuatu, tapi aku tak dengar.

"Haih..dia ni. Unnie nak bagitau, dia cari awak tadi. Nampak macam dah rindu sangat tu. Padahal baru je berapa minit tak jumpa."

Aku dan Seungcheol hanya mampu tersenyum melihat Dani yang semakin kuat membebel sejak mengandung ni. Mungkin kesan pembawakan anak. Macam manalah kalau aku yang mengandung nanti. Entah² lagi teruk. Haih. Aku menggeleng kecil, menghapuskan angan siangku.

COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS FanfictionHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin