SEBELAS

10.9K 343 4
                                    

15 MINIT lagi Alisha akan menutup butiknya untuk hari itu. Dia tidak sabar menanti waktu untuk pulang kerana sebentar lagi Aazad akan menghantarnya balik ke rumah. Dia sendiri sudah teruja apabila Aazad mempelawa untuk menghantarnya pulang. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Alisha terus setuju.

Dia sendiri tidak menyangka, lelaki yang diperhatikannya selama beberapa bulan ini, kini menjadi kawannya. Jika bukan kerana tayar kereta yang pancit tempoh hari, mungkin mereka tidak akan pernah bertemu muka, sekadar memerhati dari jauh.

Adakah pelawaan lelaki itu adalah titik permulaan bagi satu hubungan yang tidak dijangka? Adakah lelaki itu mempunyai perasaan terhadapnya? Dan apa pula perasaannya terhadap lelaki itu?

Baginya Aazad sangat baik. Orangnya sangat mudah untuk tersenyum. Tidak pula nampak seperti orang yang suka mengambil kesempatan ke atas perempuan lain. Sungguh, dia berasa senang dan selamat ketika bersama lelaki itu.

Cinta.. Apakah dia sudah mula jatuh cinta kepada Aazad? Benarkah perasaan itu adalah cinta? Dia tidak pernah merasakan perasaan itu kepada mana-mana lelaki, sebab itu mudah saja dia menerima perjodohan dari keluarganya.

Tetapi kini hatinya sudah mula berbelah bagi, jika benar apa yang dirasakannya terhadap Aazad adalah cinta, bagaimana pula dengan Ian, jodoh dari keluarganya? Bukankah dia sudah bertunang dengan lelaki itu. 5 bulan lagi mereka akan melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta...

Namun dia tidak mahu mudah melatah. Dia sendiri tidak pasti jika Aazad juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. Jadi biarlah waktu yang menentukan segalanya.

"SILAKAN." Aazad membukakan pintu kereta dibahagian penumpang untuk Alisha. 'How sweet.' Alisha tersenyum. "Thank you." Ucap Alisha.

Selepas menghidup enjin, Aazad sudah bersedia untuk memandu. Dia memandang Alisha. Dahinya berkerut. Alisha mengangkat kening, tanda tidak faham dengan reaksi Aazad.

"What's wrong?" Tanya Alisha.

"Awak lupa tentang ini, my lady." Jawab Aazad lalu mendekatkan dirinya dengan Alisha. Tangan kanannya menarik seatbelt di sebelah Alisha sambil tersenyum memandang gadis itu.

Dupdapdupdap...

Waktu seolah-olah terhenti apabila dia melihat tepat ke anak mata Alisha. Namun hanya hatinya saja yang terus berdegup kencang. Baru dia perasan bahawa gadis itu memiliki sepasang anak mata berwarna coklat. Cantik.

Alisha mengigit bibir atasnya. Dia malu apabila ditenung sebegitu. Dadanya juga berombak, berdegup laju tanpa henti.

Tangan kiri Aazad menyelak lembut helaian rambut yang menutup sebahagian pandangannya ke belakang telinga Alisha.

"You have such a beautiful eyes Alisha." Ucapnya lembut tanpa melepaskan pandangannya dari mata gadis itu.

Alisha dapat merasakan wajahnya sudah merona merah. Dia memejamkan matanya sekuat hati. Tidak mampu untuk bertentang mata lagi dengan lelaki itu.

Aazad yang seakan baru tersedar, cepat-cepat menarik semula seatbelt yang dipegangnya dari tadi.

"I'm sorry Alisha. Saya tak sengaja." Ucap Aazad perlahan. Sungguh dia merasa bersalah kerana berkelakuan seperti itu terhadap Alisha. Dia sendiri tidak menyangka perkara itu akan berlaku. Ia seakan magis, memukaunya untuk terus memandang mata gadis itu.

Alisha membuka mata lantas membetulkan kedudukannya. Baru sekarang terasa lenguh di pinggang kerana tidak bergerak langsung tadi.

"It's okay Aazad. Can we go now?" pinta Alisha. Aazad mengangguk dan terus memandu keretanya.

Sepanjang perjalanan, mereka hanya berdiam diri, tidak tahu bagaimana untuk menghilangkan rasa kekok selepas kejadian tadi. Masing-masing berperang dengan perasaan sendiri.
*
*
*
*
To be continue...

ALISHA ✔Where stories live. Discover now