TIGA PULUH

8.3K 247 1
                                    

LAMA Alisha berdiri di hadapan bangunan CZI, berkira-kira untuk masuk atau tak. Dia mahu berjumpa dengan Aazad untuk meminta maaf. Dia sendiri tidak pasti sama ada Aazad ada atau tidak. Sudah lama lelaki itu tidak kelihatan.

"Nak masuk ke tak ni?" Alisha mundar mandir tidak tahu hendak masuk atau tidak ke dalam bangunan itu.

"Cik.. Cik buat apa kat sini? Cari siapa?" Tegur satu suara dari arah belakang Alisha. Alisha tersentak lalu menoleh. Pak guard rupanya.

"Err. Saya.." Alisha menggaru kepalanya.

"Saya nak cari seorang lelaki. Nama dia Aazad.. Emir Aazad." Ucap Alisha sambil tersenyum.

"Eh. Kalau tak silap saya Cik ni Cik Alisha kan? Tuan punya butik kat seberang jalan tu." Tanya Pak guard itu setelah meneliti sekejap wajah Alisha.

"Ah ye saya. Mana pakcik tahu?" Tanya Alisha sedikit terkejut kerana pak guard tu mengenalinya.

"Encik Aazad dulu suka tengok Cik Alisha dari dalam bangunan. Pakcik pernah tegur dia sekali masa dia tengah syok pandang Cik kat dalam butik,masa tulah dia bagitahu pakcik yang dia tengah tengok Cik Alisha. Bila dia dapat berbual dengan Cik, hari-hari dia tersenyum masa nak masuk pejabat." Cerita Pak guard tersebut sambil tersenyum menampakkan barisan gigi yang sudah sedikit rongak.

Alisha ikut senyum walaupun dahinya sedikit berkerut dengan kenyataan Pak Guard tersebut.

'Dia pun dulu selalu dok tengok aku macam mana aku pun dulu suka dok perhati dia.' Alisha ketawa dalam hati seakan tidak percaya dengan kebetulan tersebut.

"Haa pakcik, Aazad ada tak kat dalam? Dah lama saya tak nampak dia." Tanya Alisha setelah teringat yang Pak Guard tu masih lagi tidak menjawab pertanyaannya di awal tadi.

"Oh ye. Maaflah. Jauh pulak pakcik bercerita ye. Haa.. Encik Aazad tak ada. Dah dekat dua minggu dia tak masuk pejabat. Ke mana tu pakcik tak tahulah pulak." Jawab Pak Guard tersebut.

"Kenapa ye Cik Alisha?"

"Ohh. Tak ada apa. Cuma dah lama tak nampak dia. Ingatkan dia sakit ke apa." Jawab Alisha sambil cuba mengukir senyuman.

"Rasanya dia tak sakit. Cuma mungkin pergi bercuti." Pak guard tersebut cuba menghapuskan sangkaan Alisha.

"Err ye. Mungkin jugak. Macam tu tak apalah pakcik, saya balik butik dululah ye. Terima kasih." Pamit Alisha. Setelah Pak Guard itu mengangguk, Alisha pun mengatur langkah pulang ke butik dengan perasaan yang hampa.

"Dah dekat dua minggu? Dia pergi mana?" Alisha bermonolog sendirian.

"Dia dah tinggalkan aku ke?" Entah mengapa timbul rasa kecewa bila terfikirkan Aazad mungkin sudah berpindah ke tempat lain dan tidak lagi bekerja di situ.

"I need to know where did he go. Aku kena jumpa dia. Aku nak mintak mintak maaf. Aku nak dia jugak tahu apa perasaan aku pada dia." Alisha membulatkan tekadnya untuk mencari di mana Aazad berada.

Tapi bagaimana?

Tiba-tiba terdengar bunyi seperti ada orang membuka pintu butik. Alisha menjengah dari dalam kaunter. Alisha berdiri.

"Awak nak apa lagi Ian?" Tanya Alisha sambil berpeluk tubuh memandang Ian.

"Aku nak mintak maaf." Ucap Ian.

"Awak ingat dengan maaf awak tu boleh kembalikan keadaan kepada asal ke? You've managed to create chaos in my life. Satisfied my lord?!" marah Alisha.

"Aku tahu aku salah. Aku tahu aku tak boleh nak kembalikan keadaan sama macam dulu. Just please, bagi aku peluang untuk betulkan semuanya." Pinta Ian ikhlas.

"Awak nak betulkan apa Ian? Cuba awak bagitahu saya, nak betulkan apa?" Alisha bertanya dengan nada geram.

"Kita batalkan perkahwinan, kau boleh bersama Aazad, and aku boleh teruskan kehidupan aku macam biasa. Happily ever after." Cadang Ian dengan wajah yang beriya.

"Senangnya awak cakap.." Alisha mencapai hanger di atas kaunter lalu mencampaknya ke arah Ian.

"Aduh!" Ian menggosok-gosok kepalanya yang terkena hanger.

"Awak ingat nak batalkan perkahwinan yang tinggal lagi 3 bulan ni semudah awak makan ABC ke Encik Ian Hanafi? Atau awak memang dah tak kisah kalau mak ayah awak tahu yang awak ni GAY." duga Alisha sambil memandang tepat ke mata Ian.

Terkebil-kebil mata lelaki terkena panahan amarah Alisha. Benar juga!

"Erm.. Kita sama-sama fikirlah macam mana nak batalkan perkahwinan ni tanpa dorang tahu perkara sebenar. Pleaseee.. Aku tahu kau pun mesti tak hingin dah nak kahwin dengan aku. Kan kan.. Please Alisha.." Bersungguh-sungguh Ian memujuk Alisha.

Alisha diam, berfikir patut atau tak dia 'berkomplot' dengan lelaki dihadapannya. Dia memandang Ian mencari kepastian.

Sengaja Ian mengelip-ngelipkan matanya dan membuat senyum manis terhadap Alisha.

"Pleaseee.." Ucap Ian sambil membuat muka comel sehabis mungkin.

"Err..Saya.."

to be continue..😅
*
*
*
*
Haa. Korang rasa apa jawapan Alisha? Setuju atau tak? Komen sikit  please..

ALISHA ✔Where stories live. Discover now