bab24

57.2K 892 13
                                    

Aku masuk ke dalam rumah kembali selepas mereka yang papa mengupah untuk mencuci rumah sudah berlalu pergi dari situ. "Akmar dan Zairi tolong keluarkan ayam dari peti ais." Papa bersuara, lebih kepada memberi arahan. Aku memerhatikan Akmar yang sedang mengeluarkan dua plastik ayam yang sudah dipotong..

Aku mengambil tempat duduk dibelakang meja bar. "Awak nak buat apa dengan ayam? Masak?" Aku menongkat dagu sambil memerhatikannya. "BBQ." Jawab Akmar sambil tersenyum.

Aku terasa seperti diperhatikan. Lantas aku menoleh ke kiri untuk melihat wajah Sofea yang menyeramkan. Senyuman sumbingnya membuat bulu romaku tegak berdiri.

"Kau kenapa!" Aku mencubit pipinya. Sofea ketawa kecil sambil menepis tanganku. "Malam ni.." matanya merenung aku dan Akmar silih berganti.

Aku memandang Akmar yang sedang mengerutkan kening. "Kenapa dengan malam ni?" Soal Akmar sambil memandangku. "Entah.." jawabku sebelum turun dari kerusi.

"Kau jangan macam macam, Sofea." Aku mencubit tangannya. "Sakitlah.." Sofea menggosok tangannya menggunakan tangan yang sebelah lagi sebelum kami berlalu pergi dari situ.

"Aku nak usha juga.. tak kira" senyuman jahat kembali terukir dibibir Sofea. Aku merenung Sofea tajam.

**

"Sejak bila ada orang kat situ?" Soal papa ketika kami sedang membakar arang. "Petang tadi lagi." Jawabku tanpa memandang mereka. "Tu bukan Haikal ke?" Soal papa lagi. Jantungku berombak kencang.

Jangan lah pelawa dia datang sini. Jangan la-- "Haikal!" Laung papa. Aku menarik lutut ke dada sebelum memeluk kaki dan menyembamkan kepala di lutut.

Bahuku dirangkul.. aku menoleh ke arah Sofea. "Weh.. macam mana kalau dia bagitahu papa kau pasal kita kurang ajar dalam kelas dia?" Bisik Sofea. Mataku terbuntang luas. Alamak...

Semakin risau pula aku dibuatnya. Bunyi gelak tawa beberapa orang lelaki yang sedang menghampiri kami membuatkan jantung aku mahu meletup.

Mereka bersalaman dengan papa. "Eh.. Akmar?" Aku mendongak untuk melihat Adib yang juga turut berada disini. "Akmar?" Suara Haikal. Mata Haikal tertancap padaku.

Aku meneguk liur. "Uncle bawa pekerja datang bercuti ke apa ni?" Soal Adib sambil ketawa kecil. "Apa pula bawa pekerja datang bercuti.." papa turut ketawa.

"Uncle bawa family menantu uncle je lah." Jawab papa, jujur. Aku memandang Akmar yang sedang menjeling Haikal ketika dia bersembang dengan Adib.

"Menan-- what? Whoa.. Haikal tak tahu pun? Siapa yang berkahwin?" Haikal tergaru garu kepalanya sambil merenungku.

"Siapa lagi.. Al lah." Jawab papa sambil tersenyum. "Oh.." Haikal tergamam. "Al-- dah kahwin? Dengan Akmar?" Soal Haikal, masih tak berpuas hati dengan jawapan papa.

"Ye lah.. siapa lagi." Papa merenung aku yang sedang memeluk kaki sebelum aku melepaskan kaki dari pelukanku dan kembali bersila.

Aku cuba sedaya upaya mengelak dari bertentang mata dengan Haikal...

Akmar melabuhkan punggung disebelahku sebelum wajahnya dirapatkan ke telingaku. "Ex awak pun ada kat sini juga." Bisik Akmar. "Excuse me..." aku merenung Akmar tajam. "Haih.. cemburunya." Bisik Akmar lagi. "Kenapa?" Aku mengerutkan kening. "Dia dapat tengok awak." "Are you kidding me?" Aku mencebik sambil menjeling Akmar yang sedang tersengih.

Akmar membantu papa membakar pinggan kertas yang telah kami gunakan sebentar tadi.. aku terhidu wangian yang melintasi aku. Aku mendongak untuk memandang Haikal yang sedang berdiri disebelahku.

Aduh..

"So.." Haikal melabuhkan punggung diatas kayu kecil tidak jauh dariku. "Dia ke penyebab you reject I?" Soal Haikal tanpa memandangku. Air didalam cawan plastik yang berada ditangannya dikocak perlahan.

Aku turut memandang dihadapan.. "entah." Jawabku acuh tak acuh. "Dah berapa lama berkahwin?" Soal Haikal lagi. "7.." jawabku, sepatah. "Seven what?" Soal Haikal, separuh mendesak. "Months." Jawabku sambil memejamkan mata.

Haikal terdiam seketika..

"Bila you cakap dia cuma kawan.. sebenarnya dia lebih dari kawan, kan?" Haikal memandangku. Aku turut memandangnya sebelum membuka mulut,

"Ya.. he's my husband." Jawabku sambil mengangkat kedua belah kening. "Wow.." Haikal tertawa kecil. "I hampir jadi bodoh sebab main permainan bodoh you tu." Kata Haikal, sinis sebelum bangun dari situ. "Haikal.." panggilku sambil mendongak untuk memandangnya. Haikal menunduk untuk memandangku dengan pandangan yang tajam.

"Nothing." Aku menggeleng sambil menundukkan kepala. Entah kenapa aku panggil dia. Bunyi tapak Haikal semakin jauh.

Sedang aku bangun, satu suara berbunyi dibelakang. "Hey.." aku lantas menoleh ke arah suara tersebut. Adib. Lepas sorang, sorang.

"Hai." Aku memeluk tubuh sambil mencari kelibat Akmar. Tak ada.. aku dah lah malas bersembang dengan dia ni.

"Kita jumpa lagi." Adib tersenyum nipis. "Tu lah." Aku tersenyum hambar. "Itu kakak or adik awak?" Soal Adib sambil menjeling Sofea yang sedang selfie diatas rumput. Aku ketawa kecil sambil menggeleng. "My girl friend." Jawabku. "Ah.. wish I could be your boy friend." Adib turut memeluk tubuhnya. Aku mendiamkan diri.

"Sejuk kan kat sini?" Soal Adib, cuba menghilangkan rasa kekok diantara kami. Aku mengangguk. "Akmar bertuah.. dapat bantal peluk yang selesa untuk dipeluk. Lagi untung bila masa sejuk.." Adib tertawa hambar. "Kahwin lah kalau nak peluk orang." Jawabku sambil mengangkat kedua belah kening. Adib tersenyum sehingga ternampak lesung pipitnya dipipi sebelah kiri. "Tak ada calon lagi. Hm.." Adib menarik muncung.

"Tak ada calon ke memilih?" Aku tertawa kecil. "Serious lah tak ada calon." Adib turut ketawa. "Um.. saya recommend Sofea, nak?" Soalku sambil menjeling Sofea. Risau pula kalau Sofea dengar, mau bunuh aku malam ni juga sebab suka hati je nak bagi dia kat orang.

"No, thanks.. saya ada taste saya sendiri." Adib menggeleng. "Taste awak macam mana? Mana tahu ada salah sorang kawan saya macam tu." Aku merenungnya.

"Macam awak." Jawabnya sambil membalas renunganku. "Ha?" Aku mengerutkan dahi. "Maksud saya.. baik." Adib tergaru garu kepalanya.

"Sofea baik." Aku mengangkat kening sebelum Adib ketawa. "Muka——.. macam awak." Adib merenungku. "Sofea lagi can--" "tak, cerita sekarang. Ini taste saya ke taste awak?" Adib memotong cakapku sebelum kami ketawa.

"Lepas tu.. tinggi." Katanya sambil memejamkan mata. "Maksud saya.. tinggi sebagai orang perempuan lah. Kalau tinggi macam lelaki, baik kahwin dengan galah." Adib ketawa sementara aku hanya tersengih.

"And.. dia suka senyum like nothing is wrong with her. Ada?" Soal Adib sambil mengangkat kening.

"Hm.. Macam saya je..." Sengaja aku mengusiknya sambil mengecilkan mata. "Al! Jom lah!" Bahuku dipegang sebelum aku menoleh ke belakang untuk memandang Sofea.

"Sebab memang awak." Bulu romaku menegak. Sama ada aku betul betul dengar apa yang Adib katakan atau aku tersalah dengar. "Saya pergi dulu.. jumpa lagi nanti." Adib menguntumkan senyuman sebelum melarikan pandangan ke arah lain dan berlalu pergi dari situ.

Mataku masih tak lekang darinya. Aku memandang Sofea. "Kau dengar tak apa ayat last dia tadi?" Soalku kepada Sofea. "Jumpa lagi nanti?" Sofea mengerutkan dahi.

"Sebelum tu!" "Saya pergi dulu?" Sofea meneka lagi. "Sebelum tu!" "Dia cakap apa? Ada ke?" Sofea mengusap dagunya. "Tak ada apa lah Sofea.. jom aku dodoikan kau." Aku menarik tangan Sofea masuk ke dalam.

Ibu yang sedang meneguk air memandangku. "Ibu tak tidur lagi?" Soalku sambil menghampirinya. "Belum.. ibu haus." Kata ibu sambil meletakkan gelas yang sudah pun kosong diatas meja. "Sekejap ya." Aku mencapai botol air untuk mengisi air mineral untuk ibu.

"Ibu tidur sorang ke?" Soalku sementara menunggu air memenuhi botol. "Tidur sorang je lah. Takkan nak tidur dengan Al pula? Akmar nak campak ke mana?" Seloroh ibu. Aku ketawa kecil. "Campak ke dalam hati Al lah." Entah dari mana Akmar datang. Dia merangkul lengannya pada leherku.

Aku memandang Akmar sambil menguntumkan senyuman.

Senyumanku mati ketika mataku bertembung dengan Sofea.. Sofea mengangkat kening beberapa kali, bibirnya menguntumkan senyuman sinis.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now