bab40

41.6K 843 42
                                    

"Cepat, salam dan cium atok." Aku memegang bahu Andy. Andy meluru ke arah papa sebelum memeluk dan mencium pipi papa. Andy kembali kepadaku. "Lah, taknak cium paksu ke?" Aku mengusap kepala Andy. Andy menggeleng. "Kenapa taknak? Kasihan paksu. Paksu kan sayang Andy." "Taknak! Paksu nak jadi daddy Andy!" Wajahku terasa panas. Aku memandang Zairi yang kehilangan kata kata. Halkumnya turun naik, dia meneguk liur. "Paksu bergurau je. Pergi salam, cium paksu." Andy mendengus sebelum bersalaman dengan Zairi. Pipi Zairi tidak disentuhnya, malah Zairi pula yang mengucup Andy.

"Paksu nak jadi daddy Andy ke?" Soal Sofea sambil ketawa ketika kami masuk ke dalam kereta. "Uhm.. paksu tanya Andy kalau paksu jadi daddy, Andy suka tak? Mesti lah Andy tak suka! Andy dah ada daddy. Kan mommy?" Aku meneguk liur sebelum mengangguk. "Kenapa tak suka paksu jadi daddy? Paksu baik, kacak pun kacak.." Sofea ketawa kecil. "Sebab daddy Andy lagi kacak lah! Kan mommy?" Aduh. Tanya aku lagi. Aku mengangguk lagi.

"Andy sayangkan daddy?" "Mesti lah sayang. Mommy pun sayangkan daddy. Kan mommy?" Aku memberi Sofea renungan tajam sebelum Sofea ketawa. "Okay, sudah. Andy nak makan?" Aku menoleh ke belakang. "Andy nak ice cream." Andy memeluk tubuh.

**

Aku mengambil Andy dari tadika terlebih awal hari ni, kat rumah Sofea bukannya ada apa nak buat, Sofea pun masih tidur. Kerja dari petang sehingga malam. Aku pula, entah bila nak mula bekerja. Duit hasil bekerja disana masih ada tapi untuk hidup sebulan dua boleh lah. Seorang lelaki yang memakai sweater berwarna biru melintas dihadapan keretaku, masuk ke dalam kawasan tadika.

Loceng berbunyi. Aku mematikan enjin kereta sebelum keluar. Menunggu Andy dihadapan kereta. Lelaki memakai sweater biru mengangkat seorang kanak kanak lelaki. Aku mengecilkan mata untuk melihat dengan lebih jelas. Bunyi ketawa kanak kanak tu.. Andy! Aku bergegas masuk ke dalam kawasan tadika. "Andy?" Panggilku. Dan dia berhenti bergomol pipi Andy.

Dia meletakkan Andy ke bawah tanpa menoleh ke belakang, menyembunyikan wajahnya. Andy kelihatan serba salah untuk datang kepadaku. "Mom...mommy.." Aku menghulurkan tangan kepada Andy sebelum berjalan mendekatinya. Andy mendongak untuk memandang lelaki itu sebelum menyambut tanganku.

"Kan mommy dah cakap, jangan bercakap dengan stranger." Kataku ketika memasukkan Andy ke dalam kereta. "...tapi, dia baik." Gumam Andy. "Memang. Sebab dia nak culik Andy." "Tak! Kalau dia nak culik Andy, dah lama dia culik." Marah Andy. "No... dia ambil masa supaya Andy sukakan dia----- oh wait, dah lama? Dia dah pernah pergi jumpa Andy?" Aku mengerutkan dahi.

Andy mengangguk. "Dia tak cuba culik Andy dari mommy." "Wh----what are you talking about?" Aku mengerutkan dahi. "Dia daddy Andy." Mataku terbuntang luas. "Dia datang bagi goodbye kiss sebab dia cakap nak pergi China for two weeks." Aku cuba memberi fokus pada pemanduan. "Mommy? Are you okay?" Bahuku dipegang. Aku menoleh ke arah Andy sekilas. "Kenapa Andy tak bagitahu mommy?" "....daddy won't let me." Gumam Andy. "Daddy cakap kalau mommy tahu, mesti mommy marahkan daddy. Lepas tu takkan bagi Andy jumpa daddy lagi dah." Jantungku berdegup kencang.

Aku menyembamkan wajah pada bantal. Kenapa aku masih rindukan Akmar selepas apa yang dia buat pada aku? Bodoh sangat ke aku ni? "Aleisha." Pintu diketuk Sofea. "Kejap!" Aku bergegas ke arah sinki didalam bilik air untuk mencuci muka. Selesai mengeringkan muka dengan tuala, aku membuka pintu. "Yes?" "Tengok siapa yang datang." Kami menuruni tangga bersama. Entah siapa yang datang. Lepas sorang, sorang..

Wanita tua yang amat aku kenali memeluk Andy dengan linangan air mata. Aku memandang Sofea yang kelihatan keliru. Aku lagi lah keliru. Macam mana ibu boleh datang? Aku menghampiri ibu. Ibu mendongak untuk memandang aku sebelum dia berdiri, menarik aku ke dalam pelukannya. Aku tergamam. Ibu teresak esak pada bahuku. "Balik lah Al.." bisik ibu dengan esakannya.

"Ibu rindu pada Al dengan cucu ibu.." Tambahnya lagi. "...Al dah balik." Aku mengusap belakangnya. "Balik pada Akmar." Terasa seperti masa terhenti. Aku tidak dapat mendengar apa apa lagi. Diriku dibawa ke sejarah silam dimana hanya ada aku dan Akmar sedang berkongsi hati dan perasaan kami. Dan semuanya lesap ditiup angin.

"Al----- Al tak boleh." Aku melepaskan pelukannya. Dan semuanya kedengaran seperti sedia kala. "Kalau macam tu. Kahwin dengan Zairi." Zairi pula bersuara di hadapan pintu. Ibu dan aku memandang Zairi. Apa benda dia merepek ni?! Ni bukan masanya.

"Al tahu kan kami sayangkan Al macam keluarga sendiri. Kalau Al taknak abang Mar, Al terima Zairi." Zairi menghampiri kami. Aku mengerutkan dahi. "I love you." Ucapnya. "Zairi! Jangan merepek!" Marah ibu. "Al masih lagi isteri Akmar!" Tambah ibu lagi.

"Tapi Al dah taknak dengan abang Mar." Zairi menghampiri kami. "Zairi boleh gantikan abang Mar.." Zairi merenung mataku. "Siapa cakap Al dah taknak abang Mar?" Aku membalas renungannya. "You do?" Zairi mengerutkan dahi. "I----- I----- yes." Gumamku.

"Ibu nak makan apa? Al masakkan." Aku menguntumkan senyuman. Kali terakhir aku masak untuk Akmar, makanan aku kurang baik. Tapi tak bermakna aku tak belajar untuk memasak dengan baik. "Makanan apa je yang Al masak, mesti sedap." Ibu menguntumkan senyuman. Akmar pernah bagitahu ibu sukakan tomyam, kenapa lah makanan yang aku tak pernah suka.

Selesai memasak dengan sedikit bantuan dari Andy dan Sofea, aku menghidangkan diatas meja dihadapan ibu. "Mhm, sedapnya bau." Ibu mengambil bau. Aku tersengih. "Rasa lah." Aku menjadi teruja. Ibu menghirup kuah sedikit. "Sedap! Pandai menantu ibu masak." Menantu ibu. Aku tersenyum.

"Oh! Mommy, cikgu nak jumpa." Andy menggoncang bahuku ketika aku memakaikan dia seluar. "Andy ada buat masalah?" Aku mengerutkan dahi sebelum bangun dari situ. "....tak?" "Dah tu kenapa?" "Mana lah Andy tahu. Cikgu suruh Andy datang dengan parents." Jawab Andy. "Andy sure tak buat masalah?" "Rasanya.." Andy tergaru garu kepalanya.

"Waris Andy? Masuk lah." Soal wanita yang mungkin dalam lingkungan 30an dihadapan pintu menegurku. "Ya." Aku menguntumkan senyuman sebelum masuk. "Daddy Andy tak datang sekali?" Cikgu memandang dibelakangku. Aku menggeleng. "Oh. Kalau macam tu, masuk lah dulu." Aku menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam bilik guru.

"Andy ni budak baik, dengar cakap, rajin..." Klise. Cikgu akan memuji pada awalnya. "Tapi dia ada masalah dengany kawan." Cikgu kelihatan kekok. "Cara dia berkawan tu, kasar sangat." Tambahnya lagi. "Maybe sebab dia lonely dari kecil. Saya asingkan dia dari dunia luar." Gumamku. Aku yang bersalah.

Bunyi pintu diketuk. "Come in." Kata wanita dihadapanku. "Waris Andy dah sampai." Kata perempuan dibelakang pintu. Jantungku berombak. Waris Andy? Tapi aku waris Andy! Sama ada dia penyamar atau---- Akmar. Dengan kaca mata hitam, dia melabuhkan punggung disisiku. Dan aku menjadi sesak nafas.

Tak. Mungkin.

Cinta Dua Dunia ✔️Where stories live. Discover now