PART 2

5.6K 494 80
                                    

"Hyung malam ni baby ni nak tidur dengan siapa?" Tanya jimin yang sedang mendukung bayi tersebut

"Hyung bagi baby tu tidur dengan jungkook malam ni " kata jungkook yang beria -ia ingin tidur dengan bayi tersebut

"Jangan , nanti kalau kau tertindih bayi tu macam mana " kata taehyung yang memang tahu bahawa jungkook ialah heavy sleeper

"Ah hyung..." kata jungkook dengan muka comel

"Ish jangan gaduh la . Malam ni baby ni tidur dengan hyung aje " kata jin dan mengambil baby tersebut dari jimin lalu masuk ke biliknya

"Fair" kata jimin yang juga masuk ke biliknya

PAGI*

"Uwek..uwek.."  bunyi baby tersebut menangis mengejutkan semua ahli bts pada pagi tersebut .

"Hyung kenapa ni?" Tanya rapmon yang masuk ke bilik jin

"Aku rasa baby ni lapar la" kata jin sambil menepuk perlahan badan baby tersebut

"Oh..jadi kita nak bagi dia makan apa?" Tanya rapmon yang memang blur tentang baby

"Ish..baby mana boleh makan. Dia minum susu aje" kata jin

"Tapi rumah kita mana ada susu bayi" kata jhope yang baru masuk ke bilik jin

"Korang tolong pergi beli boleh" kata jin lagi

"Erm..boleh" jawab jhope dengan malas

"Cepat sikit " kata jin yang menghulurkan wang kepada rapmon

Rapmon dan jhope keluar untuk membeli susu bayi dengan memakai mask pada muka mereka

Ketika tiba di kedai supermarket yang agak dekat dengan dorm mereka , mereka mencari tempat susu kanak2

"Hyung kita nak ambil yang mana?" Tanya jhope

"Aku pun tak tahu" balas rapmon

"Habis macam mana kita nak beli" kata jhope lagi

"Kau cuba tanya ahjuma sebelah tu " kata rapmon sambil menunjukkan ahjuma yang berdiri sebelah jhope yang sedang memilih susu

"Annyeong..erm ahjuma boleh saya tumpang tanya?" Tanya jhope yang agak ganjal

"Oh annyeong , boleh" balas ahjuma tersebut

"Erm kalau susu untuk baby yang mana sesuai?" Tanya jhope dengan malu

Ahjuma tersebut melihat jhope lalu rapmon silih berganti dengan pandangan agak pelik

"Ahjuma bukan macam tu, sebenarnya omma kitaorang mintak tolong belikan susu untuk adik kitaorang" terang rapmon yang tahu maksud pandangan ahjuma tersebut

Ahjuma tersebut tersenyum

"Ah mianhaeyo , ahjuma ingatkan korang ni .....gay" kata ahjuma tersebut dan membuatkan jhope terkejut

"Ah bukan ni untuk adik" kata jhope yang malu

"Tadi kamu tanya susu untuk bayi kan"

"Ye"

"Kalau susu untuk bayi . Adik kamu berapa bulan?" Tanya ahjuma tersebut

"Ah..." jhope yang tidak tahu melihat ke arah rapmon

"Erm lebih kurang 1 tahun ...kot" balas rapmon yang tidak pasti

"Oh kalau macam tu susu ni sesuai la" kata ahjuma tersebut sambil menghulurkan kotak susu tersebut kepada jhope

"Gumawo ahjuma" kata jhope dan rapmon serentak

"Ah gwenchana" balas ahjuma tersebut dan berlalu pergi

"Kalau macam tu kau ambik 4 kotak" arah rapmon

Jhope memgambil 4 kotak susu tersebut dan 2 botol susu diletakkan ke dalam bakul .

"Apa lagi hyung?" Tanya jhope

"Aku rasa kita kena ambil lampin sekali kot" kata rapmon yang berhenti di bahagian lampin

"Saiz?" Tanya jhope lagi

"Untuk baby mesti la S" jawab rapmon

Jhope mengambil 2 lampin bersaiz S dan diletakkan ke dalam bakul

Ketika di kaunter jhope ternampak sebuah anak patung iron man yang sederhana . Jhope mengambil patung tersebut dan membayarnya .

"Tadi kenapa kau ambil iron man , untuk jungkook ke?" Tanya rap mon ketika mereka dalam perjalanan pulang

"Taklah ni untuk baby tu" balas jhope dengan gembira

"Kau macam sayang aje baby tu" kata rapmon

"Entahlah baby tu comel sangat. Jadi aku beli lah" kata jhope yang sedang mendukung patung tersebut

DORM*

"Shh.." pujuk jin sambil melambumg baby tersebut dengan perlahan lahan kerana dari tadi baby tersebut menangis

"Ah hyung bisinglah" kata suga yang tidak dapat tidur kerana bunyi tangisan baby tersebut

"Mana rapmon dengan jhope ni kenapa lama sangat" kata jin yang tidak tahu macam mana ingin menghentikan tangisan baby tersebut

"Kami dah balik" kata jhope

"Kenapa lama sangat" bebel jin

"Mianhae hyung tadi kitaorang tak tahu nak pilih susu baby" terang rapmon

"Hyung...tu untuk kookie ke" kata jungkook dan berlari ke arah jhope

"Mianhae maknae tapi ni untuk baby tu. Nanti hyung beli yang lain" pujuk jhope

Jungkook membuat muka sedih

"Haih , maknae nanti hyung belikan untuk kau" pujuk rapmon pulak

"Yelah" kata jungkook

"Ni pegang dia aku nak pergi bancuh susu" kata jin sambil menghulurkan baby tersebut kepada jungkook

"Baby ..tengok ni hyung belikan iron man . Jangan lah nangis" kata jhope sambil bermain dengan tangan anak patung tersebut dihadapan baby yang sedang menangis.

Mereka berlima bermain dengan baby tersebut ketika jin membancuh susu, manakala suga hanya duduk dan memerhatikan mereka dengan muka yang malas

"Baby tengok ni susu dah siap" kata jin lalu mendukung baby tersebut dan menyuapkan putin botol susu tersebut kepada baby itu

Baby tersebut terus diam ketika jin menyumbat botol susu ke mulutnya

"Hah...akhirnya" kata jimin sambil membuat drama

"Hyung apa kita nak panggil baby ni" tanya taehyung

"Jom bagi nama" cadang jhope

"Ah panggil dia kookie" kata jungkook

"Kenapa pulak" tanya jin

"Sebab dia comel macam kookie" kata jungkook sambil membuat muka comel

"Ha..kita panggil di woonie. Senang nak ingat"kata rapmon

"Ha nama tu bagus" balas jin

Jungkook hanya membuat muka pout dan setuju dengan cadangan rapmon

"Woonie-ya " panggil jin sambil melihat mata woonie yang sedang melihatnya

Continue....

Ok x chapter ni?😑

BABY BTSWhere stories live. Discover now