PART 11

3.7K 332 11
                                    

Jin yang sedang duduk di sebelah katil bayi di wad yang diduduki oleh woonie hanya memandang woonie yang kelihatan sangat lemah dengan badannya yang dilekatkan tiub

"Woonie-ah cepat sembuh appa rindu dengan woonie, BTS appa pun rindu dengan woonie , jinri noona pun rindu dengan woonie" jin bercakap di sebelah katil woonie walaupun dia tahu yang woonie tidak faham dan tidak dengar kerana nyenyak tidur

Jin mengusap rambut woonie yang tumbuh sedikit dan lembut dengan perlahan

Ketika jin sedang memandang woonie dengan lama dia berasa sangat mengantuk dan tidur di sebelah tubuh woonie , dengan meletakkan kepalanya diatas katil tersebut

8.50 pagi

Jin terjaga kerana terdengar suara yang bising di dalam wad woonie

"Hyung jangan lah kacau woonie " marah jungkook ketika jimin mengangkatkan tangan woonie dan bermain dengan jarinya

"Shh..jangan bising lah jin hyung tengah tidur" marah namjoon yang duduk di sebelah jungkook

"Yah maknae jangan marah jimin hyung " tegur v dan mengikuti jimin bermain dengan anak patung woonie yang mereka bawa

"Apa yang bising ni" tanya jin yang baru bangun dan menggosok matanya

"Diorang ni lah hyung bising" balas namjoon

"Bukan kookie tapi jimin dan v hyung" kata jungkook sambil menunjukkan jarinya ke arah jimin dan v yang berdiri di sebelah kiri woonie

"Hyung woonie dah bangun!" Jerit jimin dan v yang terperasan kaki woonie bergerak serta matanya dibuka

"Aigoo..anak appa dah bangun" kata suga dan berlari mendapatkan woonie

Mereka semua berkumpul mengelilingi katil woonie dan menciumnya tidak berhenti

"Anak appa dah sembuh ke belum?" Tanya namjoom dan mencubit pipi woonie yang tembam

"Appa rindu woonie" kata jungkook dan membuat muka sedih sambil memuncungkan bibirnya

Woonie ketawa ketika melihat wajah jungkook yang dibuat begitu

"Appa rindu sangat nak dengar woonie ketawa" kata jimin dan mencium kepala woonie

"Selamat pagi" kata jinri yang baru datang

"Ah jinri woonie dah bangun" kata jungkook dengan gembira

"Woonie dah bangun " jinri yang terkejut dengan berita itu menyertai mereka berkumpul di katil woonie

"Woonie-ah noona rindu sangat dengan woonie" kata jinri

"Jinri jangan cakap macam tu maknae jeles" usik v sambil ketawa

"Yah hyung kenapa suka sangat kacau kookie" kata jungkook dan membuat muka masam

Jinri hanya melihat mereka semua dengan tersenyum

"Saya ada buatkan sarapan " kata jinri dan ke meja kecil yang terletak di dalam wad itu

"Ah baguslah oppa memang dah lapar dari semalam oppa tak makan" kata jin dan pergi ke arah jinri

"Kalau macam tu oppa makan lah , jinri ada buatkan sandwich tuna " kata jinri dan menghulurkan sandwich tersebut kepada jin

"Kitaorang pun lapar " kata mereka yang lain dan menyertai jin , kecuali suga yang bermain dengan woonie di katilnya

"Oppa bila woonie boleh discharged ?" Tanya chanrae ketika jin sedang mengunyah sandwich yang dibuatnya

"Erm, nanti oppa tanya doktor" kata jin sambil senyum ke arah chanrae

"Eh! Korang ada bawa susu dan lampin woonie tak?" Tanya jin tiba2 kerana baru teringat akan woonie

"Dah kitaorang letak dalam beg tu" jawab jungkook sambil menundingkan jarinya ke arah beg yang berada di sebelah katil woonie

"Oh baguslah" jawab jin dan sambung makan

BABY BTSΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα