PART 15

3.4K 309 1
                                    

"Hyung...erm..kookie ada benda nak bagitau hyung" kata jungkook dengan gagap

"Cakaplah" jawab jin yang sedang mengusap kepala woonie

"Kemarin dekat homestay kookie ada nampak seorang yeoja ni...dia..

"Yah..jungkook kau jangan nak mainkan perasaan jinri, kalau aku dapat tahu yang kau sakitkan hati dia siap kau" kata jin yang memotong ayat jungkook tadi

"Aish...hyung mana ada kookie bukan nak cakap yang kookie suka yeoja tu...tapi kookie rasa yeoja tu sama dengan yeoja yang hyung cerita hari tu" terang jungkook

"Yeoja yang mana?" Tanya jin pelik

"Yeoja yang hyung cakap dia tengok hyung tu" kata jungkook lag

"Jinja mana kau nampak dia? Dia memang stalker ke ape" kata jin yang mula risau,

"Kookie rasa dia bukan stalker tapi dia ada kaitan dengan woonie" teka jungkook

Jin tidak menjawab dan hanya melihat ke arah woonie

"Kookie dapat rasa yang dia tu omma woonie" kata jungkook

Suga yang berada di hadapan pintu bilik jin terlepas cawan yang dipegangnya

"Jinja hyung" tanya suga

"Ani kita belum siasat lagi" kata jin yang cuba cover keresahannya

"Walau siapa pun dia aku tak akan bagi woonie dekat dia" kata suga dengan tegas dan mengutip kaca dilantai

"Hyung pun tak akan bagi woonie dekat sesiapa , kita pun dah sayang dia macam anak sendiri" kata jin pula

"Korang borak apa ni?" Tanya jimin yang baru datang

Suga memberitahu kepada jimin ,v, jhope, dan rapmon perkara yang sedang mereka bincangkan

Jimin , v , rapmon dan jhope juga tidak ingin memulangkan woonie kepada keluarganya jika benar perempuan itu ialah ibu kepada woonie

Keesokan nya BTS mempunyai konsert di mcountdown , dan mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap latihan kerana memikirkan perkara semalam

"Boys kenapa ni? Cuba korang semua fokus terhadap latihan lagi 2 jam korang dah nak naik stage" tegas manager mereka

"Mianhae" kata mereka semua dan kembali fokus

"Setelah tamat show mereka semua balik ke dorm dan melihat yeoja kemarin berada di belakang pokok yang berdekatan dengan dorm mereka

Suga tidak dapat bersabar dan terus menuju ke arah perempuan itu

"Maafkan saya tapi apa yang cik buat dekat kawasan ni?" Tanya suga dengan serius

"Arh..erm.." perempuan itu tidak dapat menjawab dan menundukkan wajahnya ke lantai

"Cik ni bukan yang dekat tempat parking tu ke ?" Tanya jin pula yang baru tiba dengan yang lain

"Kenapa cik ikut kami ke mana2" tanya jungkook pula sebelum sempat perempuan itu membuka mulutnya

"Are you stalker?" Tanya rapmon dan membuatkan perempuan itu terkejut

"Tak...bukan macam tu..saya..erm..saya sebenarnya ...ibu kepada anak yang awak semua jaga" kata perempuan tersebut dan membuatkan mereka semua tergamam kerana apa yang mereka fikirkan adalah benar

Mereka semua berbincang di sebuah cafe yang berdekatan

"Kenapa awak tinggalkan woonie dekat kami"  tanya jin yang memulakan perbincangan

"Woonie?" Tanya perempun tadi

"Ha'ah kami yang bubuh nama tu , sebab tak ada nama dengan dia" jawab jin selamba

"Oh..sebenarnya nama dia hyunjoo" kata perempuan tadi

"Kami cuma nak tahu kenapa awak tinggal kan hyunjoo dengan kami ?dan kenapa awak datang nak ambik dia semula?" Tanya jin lagi

"Sebenarnya saya letak hyunjoo dekat depan dorm korang malam tu bukan atas niat nak tinggalkan dia tapi saya tengah lari daripada bekas suami saya dia nak bunuh hyunjoo, jadi malam tu waktu saya tengah lari saya nampak depan dorm awak tu adalah tempat yang paling selamat saya tinggalkan kejap dan datang ambil balik selepas saya lari dari suami saya, tapi malangnya waktu saya datang nak ambik hyunjoo saya nampak korang dah pegang dia jadi saya fikir daripada dia duduk dengan saya dia akan lagi tak selamat sampailah suami saya kena tangkap dengan polis, dan saya datang nak ambik dia balik dan tinggal dengan saya dekat gangnam" terang perempuan tadi dan membuatkan semua ahli bts percaya dan sedih pada masa yang sama

"Tapi kami dah sayang dekat dia , kami dah anggap dia macam anak kami sendiri" kata suga

"Saya faham, lagipun dia pun dah tinggal lama dengan korangkan mesti lah korang sayang kan dia" kata perempuan itu lagi

"Baiklah macam ni saya janji saya akan benarkan korang jumpa hyunjoo walaupun saya dah tinggal jauh nanti" kata perempuan itu lagi

"Hyung macam mana ni?" Bisik jungkook

"Kita nak buat macam mana dah dia ni omma kepada woonie kita terpaksa juga serahkan dia" kata jin yang menahan perasaan sedihnya

"Baiklah awak boleh datang ambik dia esok pagi" kata jin lagi dan berdiri untuk balik ke dorm

"Tak apa saya akan benarkan awak semua main dengan dia satu hari lagi, lusa saya akan ambik dia" kata perempuan itu sambil tersenyum manis

"Terima kasih cik" balas mereka semua dan berlari keluar

'Beruntungnya hyunjoo kalau dapat kasih sayang appa macam tu' bisik hati perempuan itu


BABY BTSWhere stories live. Discover now