Aku tersedar dari tidur bila terdengar Asy memanggil nama aku . Dah malam rupanya . Mata ku gosok perlahan lahan .
Aku tengok Asy dah keluar dari kereta dan membawa beg pakaian daripada bonet kereta .
Aku membetulkan sedikit shawl merah lembut dikepala . Seatbelt aku buka kemudian keluar dan menutup pintu kereta BMW biru tua milik Asy .
Aku terpegun bila melihat rumah banglo dua tingkat yg dihiasi ala ala rumah Inggeris . Warna yg dicat dgn warna biru lembut dapat melembutkan hati sesiapa yg melihatnya .
Rumah ini cukup lengkap dan mewah . Terdapat taman bunga dihadapan rumah sebelah kiri , manakala swimming pool disebelah kanan . Gazebo yg terdapat di taman bunga itu juga besar dan terdapat beberapa kemudahan untuk berehat .
Bagi aku yg sukakan keadaan yg simple , sesuai lah banglo ni dgn aku .
" Beg kau aku dah simpan kat atas . Kau jalan2 lah dulu tengok rumah ni . Aku nak keluar jap . Jangan keluar daripada rumah ni . Faham ?! " Asy berkata tanpa memandang aku lalu terus menuju ke kereta .
Aku yg tak perasan bila Asy dah turun . Mungkin aku tengah mengelamun kot . Haish ! Qis ! Qis !
Aku berlalu ke dapur . Perut aku dah berbunyi . Aku cuba cari makanan untuk dimakan .
Dalam peti ? Kosong !
Kabinet dapur ? Kosong !
Habis aku nak makan apa ? Kalau aku ni wolf , jiran kat sebelah rumah ni dah lama aku makan . Rumah je besar , makanan takde . Opss ! macam mana aku boleh lupa pulak !
Ni kan rumah baru , memang lah takde satu pun makanan . Apa yg bengap sangat aku ni !
" Hoi ! " suara lantang Asy mengejutkan aku di dapur . Terus aku pandang dia dgn pandangan -kau-tak-boleh-panggil-elok-elok-ke
' Nasib lah aku takut dgn kau . Kalau tak dah lama kuali kat dapur ni aku hempuk atas kepala kau ' gumamku dalam hati .
" Kau tak payah nak semak kat dapur ni . Ni , aku beli makanan dekat luar . Ambik " Asy mengulurkan makan yg berada ditangannya pada aku .
Aku mengambil makanan ditangannya lalu berlalu ke dapur . Asy sudahpun berada di meja makan . Makanan yg dibeli aku hidangkan diatas meja .
Kami menjamu selera bersama tanpa bersuara . Suasana makan malam hanya berbunyi sudu berlaga .
Setelah siap melantak , aku membasuh pinggan kotor dan sebagainya . Asy pulak tengah sedap tengok tv .
Aku mendekati Asy , " Awak . Bilik saya kat mana ? " soalku pada Asy .
Asy memandang aku sekilas sebelum beralih semula ke kaca tv .
' Mamat ni harap muka je hensem . Perangai kalah orang kalah judi . Dingin je . Hati batu ke apa ? Tak paham aku . '
" Bilik kau kat atas paling hujung sekali depan bilik aku . " jawab Asy tanpa memandang aku .
Aku tak tunggu lama . Lepas je dia bagitau bilik aku kat mana , terus aku blah naik atas . Dengan tak mandi lagi lepas hantar papa kat airport . Dah macam apa je melekit badan ni . Huh !
Dalam setengah jam aku dah bersiap dgn pakaian tidur . Sempat aku pakai losyen sebelum tidur .
Rambut yg separas pinggang aku lepaskan dan berbaring . Fuh ! Nikmatnya boleh tidur .
Jap !
Asy mana ? Dia tak tidur ke ?
Lantak lah ! Dah besar , pandai lah dia jaga diri !
Nak tengok dia ke tak payah ?
Tak payah lah . Nanti dia cakap aku busybody pulak . Then cakap aku saja nak pikat dia lah apa lah . Haish !
Hello ! Tak kuasa aku nak pikat orang ! Banyak lagi aku boleh buat okay ? Erghhh !
Akhirnya . Setelah beberapa minit aku berguling kekiri dan kekanan , aku tertidur . Entah bila aku tidur pon aku tak tau .
*bersambung ...
![](https://img.wattpad.com/cover/90355906-288-k370097.jpg)
YOU ARE READING
BADBOYZ Itu Aku Punya !
RomanceQistina Aisyah . gadis yg cantik dan perangai yg agak gila gila . Sikapnya yang mudah mesra dan peramah membuatkan dia disenangi pelajar lain . Khairul Asyraf Dato Syahril . Orangnya kacak bergaya dan dia jugak ' TOP ' disekolah itu . Sekali keluar...