BAB : 20

7.5K 234 0
                                    

Seperti yg dirancang . Aku mengemas baju untuk pulang ke rumah Dato Syahril . Semuanya aku masukkan dalam beg . Now , wait for Asy pulak .

Asy pulak tengah bersiap . Itu pun dah penat aku pujuk supaya Asy balik . Kalau ikutkan hati dia , dia memang tak nak balik . Sebab abang dia lah kot . Hampir bergaduh kitorang dua hari lepas . Mujurlah Asy mengalah . Macam macam .

kan papa ada cakap , mama Asy , Datin Maria pon balik sekali . Tak sabar rasa nak meet mak mertua aku yg sporting habis tu . Kalau aku balik , tak lah bosan sangat kan ? Boleh spend time ngan mama . Huhu .

Abang dia ? Aku tak kenal pulak . Handsome tak ? Baik ke beku macam Asy ? Kalau beku jugak , aku tak boleh kata apa lah .

Tapi kan , asal dia tak suka abang dia ? Maybe ada something kot antara dia dgn abang dia tuh . Entah lah mak nak . Haha !

Eh dahlah pikir pasal abang dia . Nak tengok mamat beku ni dah siap ke belum .

**************

Perjalanan untuk kerumah papa mengambil masa 45 minit je . Aku dah  lali dengar pesanan Asy jangan layan abg dia . Cakap sekali pon aku dah paham . Tak letih ke ulang benda yg sama ?

Aku sebagai isteri mithali , mithali ke ? Haha !

Tiap kali dia cakap , aku anggukkan je . Nak je aku cakap aku faham bahasa . Tapi , nanti kang tak pasal2 dia tak nak balik pulak . Baik aku simpan je dalam hati .

Akhirnya sampai jugak rumah papa . Dari jauh dah nampak papa dgn mama tengah tunggu kitorang depan pintu . Tak sabar nak jumpa menantu ke ? okay , perasan jap .

Keluar dari kereta , beg aku dgn Asy dah selamat maid papa letak dalam bilik .

Yang tak selamatnya , aku kena tidur sebilik dgn Asy.

Oh no !!

Aku menyalam tangan papa , begitu juga Asy . Pipi mama aku kucup . Serious aku cakap , aku dah anggap mama macam ibu kandung aku walaupun dia cuma mak mertua aku .

Tapi , layanan dia kat aku sebijik macam aku ni anak dia . Maklumlah , family Asy kan cuma 4 orang je . Lagipun mama takde anak perempuan . 

Syukurlah . Sekurang nya aku dapat rasa kasih sayang seorang ibu .

" Menantu mama ni sihat tak ? Ada Asy buli ke apa ke ? Kalau ada cakap . Mama nak smackdown Asy "

Soal mama memeluk bahu aku semasa melangkah masuk menuju ke ruang tamu .

Aku tergelak kecil dgn pertanyaan mama .

" Takde lah mama . Asy layan Qis okay je . Tapi ada lah sikit2 dia buli Qis suruh masakkan untuk dia . Dia goyang kaki je . Macam lah dia boss . "

Sempat aku kenakan Asy . Mama dah tergelak . Asy pulak buat muka nak ajak gaduh .

" Macam2 lah Qis ni . Nanti tau lah mama nak buat apa kat Asy tu . Berani buli menantu mama yg cantik ni "

Asy dah buat muka menyampah bila mama puji aku . Dengki lah tu .

" Apa ni ma ? Asy tak buli minah ni okay ? Alah , masak tu kan memang dia kena buat pon sebagai isteri "

Asy membela diri serta memerli aku  dengan menekankan perkataan ' isteri ' . Mamat ni dgn aku pon nak jealous bagai .

" Apa kamu panggil isteri kamu Asy ? Minah ? Ya Allah budak ni , panggil lah elok2 sikit ."

Papa yg jadi pemerhati seakan terkejut dgn panggilan 'minah 'yg Asy berikan pada aku .

" Alah pa , chill lah der ! Biasalah tu panggil minah . "

Asy yg duduk sebelah papa , menepuk lembut bahu papanya sambil tersengih mempamirkan barisan giginya yg tersusun kemas .

Satu lagi yg aku dapat tau perangai family Asy ni .

Nampak nya , bapak mertua aku ni memang sporting giler dowh . Asy cakap macam tu pon dia buat muka tak kisah . Best siaaa dapat bapak mertua macam Dato Shahril ni . Haha !

" Yelah tu Asy . Dia tu isteri kamu , tak elok kalau orang lain dengar kamu panggil isteri kamu macam tu Asy "

Mama memandang Asy yg dah buat muka takde perasaan bila kena dengar ceramah free dengan mama .

Padan muka kau mamat beku ! Panggil lagi aku ' minah ' kan dah kena bebel dgn mama and papa . Wuu !

Aku tersengih lalu menjongket sebelah kening bila Asy tengok aku . Saja nak bagi dia naik angin bila mama and papa back up aku . Haha !

Asy dah tunjuk penumbuk dia kat aku . Aku buat tak nampak .

Tiba2 aku dapat satu idea nak kenakan dia . Siap kau Asy !

" Mama , tengok Asy tuh . Dia nak tumbuk Qis . Sampai hati "

adu ku pada mama dgn suara yg sengaja dimanjakan . Tangan mama aku goncang perlahan .

Mama menjegilkan mata pada Asy , tanda memarahi kelakuan Asy .

" Eh minah ! menyampah lah aku tengok kau saja buat manja dgn mama . Aku tumbuk betul2 kang baru tau . Dah lah ! baik aku naik atas daripada tengok manja kau tu !! Menyampah dowh ! "

' Aish mamat beku ni ! Ada yg kena lempang jap lagi . Ada ke patut cakap camtu depan papa mama . Eeii !! ' gerutuku dalam hati. 

Asy yg dah berasap pasal aku kenakan dia , dgn muka tak puas hati terus blah naik atas . Sempat dia tunjuk lagi sekali penumbuk dia kat aku .

Aik ? agak2 dia marah ke merajuk ? Alah , nantilah aku pujukkan dia .

Aku kisah apa ? Mama kan ada . Okay , gedik sikit . Jangan kecam .

Aku , mama , papa terus ketawa terbahak bahak bila Asy dah naik atas . Kadang lawak lah jugak mamat beku ni . Pasal macam ni pon nak merajuk . Tak paham aku !

" Apa yg seronok sangat tu ? Sampai kat luar dengar ? "

Kitorang yg tengah sedap gelakkan Asy terus berpaling ke arah pintu masuk bila dengar suara yg asing bagi aku .

' Aik ? Ni bukan mamat hensem yg aku jumpa kat market masa beli barang dapur haritu ke ? ' soalku dalam hati .

#okay , sis rase chapter ni panjang sangat . so , sis continue to next chapter ye . tak tahu lagi nak sambung or flashback . nanti lah sis pikir dulu . selamat membaca and jgn lupa vote .


BADBOYZ Itu Aku Punya !Where stories live. Discover now