BAB 3

3.5K 243 4
                                    

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki dan aku terus membuka mata. Mata aku terbeliak melihat tiga orang lelaki misteri yang entah datang dari mana dihadapan ku.

"KAU SIAPA HAH?!! PEREMPUAN TU AKU PUNYA!!"kata lelaki yang jahat tu.

"Kau tak layak nak rampas perempuan tu, perempuan tu aku punya"kata salah seorang lelaki misteri tu. Mereka memakai topeng tapi nampak mulut je, mata tak nampak. Aku terkejut. Ingatkan lelaki misteri tu baik, rupanya jahat sama dengan lelaki tu.

Lelaki itu marah mendengar kata kata lelaki misteri tu lalu menuju ke arah lelaki misteri tersebut. Aku yang tadi melihat tetus menutup mata campur takut.macam mana tu?. Aku hanya dengar bunyi jerit kerana sakit dan bertumbuk-tumbuk. Takut nak tengok siapa menang siapa kalah.

Apabila kedengaran sunyi, aku terus membuka mata. Lelaki itu dan gengnya tumbang macam dah pengsan dibuat lelaki-lelaki misteri tersebut. Salah seorang lelaki misteri itu memandang aku. Aku dah mula menggelabah.

"Ko..korang nak a..apa k..kat aku?"kataku gagap sedikit dan suara yang agak lemah kerana takut.

"Aku tak nak apa-apa pun kat kau.."jawab salah seorang dari mereka yang memakai topeng berwarna hijau.

"Habistu y..yang kau cakap t..tadi tu masa k..kau bercakap dengan sekumpulan l..lelaki tak guna tu?"kata aku gagap sedikit.

"Aku sajeje"jawab lelaki yang topeng biru tu selamba. Nasib baik lelaki ni baik sikit. Aku mahu bangun tetapi kaki kiriku terseliuh macam lebam dah sebab asyik berlari dari orang jahat tu sampai 15 minit nak cari jalan keluar.

"Aauuww!"jeritku sedikit. Aku nak pura-pura bangun tetapi tak boleh. Lelaki misteri topeng biru itu ternampak aku yang susah nak bangun.

"Kenapa dengan kau ni?"tanya lelaki topeng biru.

"Tak ada apa-apa pun"jawab aku, sebab aku boleh telefon nenek atau kembar aku yang tak guna ni. Sanggup mereka tinggalkan aku kat belakang.hhppmmmm...marah aku dalam hati.

"Meh sini aku cek kaki perempuan degil ni!"kata lelaki topeng biru tu lalu mendekati aku.

"Tak payah, nanti aku telefon kembar aku!"kata aku keras.

"Kembar kau tahu ke kau ada kat sini"kata lelaki topeng merah. Aku terdiam seketika. Lelaki topeng biru itu menarik kaki kiriku dengan kasar sikit.

"Aauww..sakitlah!"marah sikit aku.

"Tahanlah sikit, bukannya kuat sangat pun aku tarik. Aku nak balut ni dan kau duduk diam-diam"kata lelaki topeng biru. Aku terus diam. Rasa malulah sikit..hehehe. Selepas semuanya siap di balut, aku mahu berdiri tetapi susah sangat nak bangun.

"Kau boleh diri tak?"kata lelaki topeng biru. Aku hanya diam dan menggeleng sedikit sahaja. Tiba-tiba badan aku terangkat ke atas macam putera mengangkat puteri..macamtulah. Kawan-kawannya memandang dan ternganga.

"Oii!! Kenapa kau angkat aku!"jerit aku. Bingit telinga dia dibuat aku.

"Kau boleh diam boleh tak! Nanti aku turun kan kau kat bawah kang, nanti siapa nak angkat kau?!"kata dia kat aku dengan nada yang marah sikit. Aku hanya diam dan menundukkan kepala. Rasa macam nak menangis je sebab baru first time kena marah dengan lelaki.

"Jom kita keluar dari tempat ni"kata topeng hijau. Mereka mengangguk kecuali aku.

Setelah beberapa minit keluar dari tempat tu, aku nak turun tetapi tangannya tak nak lepas.

"Kenapa dengan kau ni? Nak turun ke?"aku mengangguk dengan muka yang masih memandang bawah sebab sakit hati dibuatnya.

"Tunjukkan rumah kau kat mana nanti aku hantar"katanya pada aku. Aku mengangguk dan menunjukkan arah untuk pulang ke rumah.

"Dia ni macam ambil berat je kat aku tetapi aku tak tahu siapa dia ni? Tetapi dia ni garang dengan aku dan kuat pulak dia angkat aku ni sampai rumah dia hantar aku"kata hatiku.

Di rumah~

Sampai sahaja dirumah dia turunkan aku kat atas kerusi dihadapan rumahku.

"Terima kasih sebab hantar saya balik.."kata ku dengan suara yang lemah. Aku terkejut pulak bila aku sudah panggil 'saya'.Lelaki itu dan kawan-kawannya terus pergi begitu sahaja. Geram pulak hati aku macam aku ni tunggul kayu pulak. Aku rasa dia dengar kut..

Aku masuk kedalam dengan kaki terjingkit-jingkit, terbeliak mata aku tengok diorang.

(Pembaca nak tahu apa diorang buat?

1.Tengok TV sambil goyang kaki.
2.Sambil tengok TV makan pop corn macam tengok wayang.
3.Diorang tak risaukan aku pun...aku macam nak pengsan dah.)

Yep, memamg aku dah pengsan depan pintu. Barulah diorang berlari ke arah aku sebab diorang nampak kaki kiriku berbalut.

Di bilik~

"Aku kat mana ni...gelapnya...jangan cakap aku dah mati sudah..AKU DAH MATI KE?"jerit ku.

"Kenapa kau menjerit ni angah, dah malam ni. Esok cuti sekolah, nanti kau ceritakan apa dah jadi kat kau ni esok tau"kata Lyana sambil melelapkan mata untuk sambung tidur.

"Lega aku tak mati lagi.."kata ku dalam hati dan sambung tidur.

Esok harinya~

Aku bangun awal sebab tak boleh tidur. Aku membuka balut dengan perlahan-lahan. Mandi memang pedihlah kaki kiriku. Selepas mandi dan semuanya aku duduk di atas katilku semula.

Baru pukul 8:00 pagi. Diorang tak bangun lagi, selalunya yang kejutkan aku dan Lyiah bangun adalah Lyana.
Aku masih mengingati kejadian semalam. Aku mahu tahu siapa lelaki-lelaki misteri tersebut.

Di alam lain~

"Comel jugak muka perempuan tu kan tetapi garang jugak?"kata topeng merah tu.

"Perempuan tu kan ada kembar tiga. Kau pilihlah yang lain lagipun perempuan tadi tu kan dia p..."topeng biru terus menekup mulut topeng hijau kerana ayat tadi..Mata topeng biru memandang maut kat kami.

Topeng hijau macam dah tak boleh nak bernafas dah. Tangannya memegang tangan si topeng biru. Topeng biru melepaskan dengan kasar. Tercungap-cungap nak bernafas.

-----------------------------------------------

Okay siap pun.😊😉

Magic Of Three GirlsWo Geschichten leben. Entdecke jetzt