BAB 9

2.9K 225 2
                                    

    Aku berjalan-jalan di taman bunga itu lalu aku ternampak kakak dan adik. Aku terus pergi ke arah mereka.

"Kau buat apa kat sini?"kata Lyana padaku. Aku buat muka blurr sekejap.

"Aku jalan-jalan je kat sini, kenapa kau tanya?"kataku pada Lyana sambil berjalan dengan mereka.

"Tak ada apa pun, sajeje tanya kau...."kata Lyana sambil memetik bunga berwarna hijau lalu diletakkan di atas kepalanya. Nak tiru aku lah tu..

"Korang nak tahu tak, lelaki-lelaki misteri itu siapa?"kataku kepada mereka.

"Mestilah nak! Diorang hensem kan?"kata Lyiah teruja. Aku mengangguk sahaja.

"Diorang tu Putera tau!"kataku gembira.

"Ye ke! Macam mana kau tahu"kata Lyana nak tahu.

"Ayahanda bagi tahu kat aku. Pagi tadi diorang datang tau"kataku berlagak.

"Ye ke! Kenapa kau tak bagi tahu kat kitaorang!"kata Lyiah buat muka merajuk. Lyana pun mengangguk setuju dengan soalan Lyiah.

"Korang yang nak sangat pergi jalan-jalan dalam istana ni buat apa. Peluang korang sudah terlepas"kata aku. Mereka merajuk.

"Bila kitaorang nak jumpa mereka?"kata Lyana kepadaku.

"Kalau korang nak jumpa mereka, kau tanyalah ayahanda. Mesti Putera-putera itu datang"kataku sambil duduk di bangku yang telah di sediakan. Mereka pun duduk sama.

"Tapi..malulah.."kata Lyiah dengan muka yang merah. Lyana pun sama. Aku menjuling mata ke atas macam menyampah pulak padahal sama je.

"Kalau malu tak apa. Korang tak payah nak tengok putera tu"kataku selamba. Mereka terkejut lalu mereka memandang tajam ke arah aku. Takut pulak rasanya..

"Err..korang tanyalah ayahanda. Mesti ayahanda panggil diorang nanti"aku terus beredar dari situ sebab takut. Aku masuk ke dalam istana menuju ke bilik dengan berjalan laju.

Di istana Alexandar Two~

"Boleh tahan cantik si Laila ni. Lagi-lagi bila dia nangis, comel gile!"kata Rai dalam hati sambil tersenyum sorang-sorang di biliknya. Tiba-tiba, bilik Rai di ketuk.

"Boleh kami masuk"kata satu suara itu. Rai terus terduduk di atas katil daripada baringnya.

"Masuklah.."kata Rai sambil mengambil telefonnya di atas meja berdekatan dengan katilnya. Mereka pun masuk ke dalam bilik Rai.

"Aku minta maaf tau Rai. Aku tak sengaja nak buat kau marah pagi tadi"kata Rayyan dengan rasa bersalah sedikit.

"Tak apa. Perkara kecil je pun, bukannya besar pun"kata Rai selamba yang masih memandang telefonnya.

"Fuhh...lega kau tak marah aku. Aku ada berita baik yang nak di sampaikan kat kau ni"kata Rayyan kepada Rai. Reo yang kini diam mula bersuara..

"Kita di arahkan oleh Raja Alexandar One pergi ke istananya! Bolehlah kita tengok puteri-puteri yang cantik tu!"kata Reo dengan gembira. Rai terkejut mendengar berita daripada Reo. Rai terus menyimpan telefonnya ke dalam poket seluarnya.

"Betul ke?"kata Rai macam tak percaya. Mereka mengangguk teruja.
Dalam hati dah tergolek-golek kat lantai ni. Alexandar One dengan Alexandar Two jauh lah sikit tempatnya kira-kira setengah jam baru sampai.

Di istana Alexandar One~

"Fuhh...nasib baiklah mereka tak kejar aku"kata aku perlahan sebab penat. Aku terus berbaring di katilku. Aku melihat jam tanganku, sekarang sudah pukul 4:30 petang.

"Inilah masa yang terbaik! Aku nak berlatih dengan pedang kesayanganku ini"kataku gembira. Aku terus menukar baju yang sesuai untuk berlatih. Selepas aku tukar baju, aku hendak pergi ke ruang tamu. Tiba-tiba aku ternampak tiga Putera itu, lalu aku mahu mendekati Rai. Takut pulak rasa nak dekat dengan Rai ni. Hati berdebar-debar dah ni. Aku menarik nafas lalu hembus. Aku meletakkan pedang aku di tepi diding. Aku terus mendekati mereka.

"Korang buat apa kat sini?"soalku. Dalam hati dah berdabar-debar dah ni tinggal nak meletup je.

"Ayahanda kau yang panggil kitaorang suruh datang sini"kata topeng hijau itu. Rai memerhatikan aku lalu melambai tangannya kepadaku dengan senyumannya. Boleh pengsan aku. Aku melambainya dengan senyuman sekali, itu pun kekok sikit. Topeng merah dan topeng hijau memerhatikan kami dengan muka yang pelik.

"Psstt..kau dah lama kenal dia ke?"kata topeng merah itu kepada Rai secara berbisik. Topeng hijau pun mencuri dengar lalu mengangguk dengan soalan topeng merah. Rai mengangguk kepada mereka lalu memandangku kembali dengan senyumnya. Aku hanya senyum je, tak tahu nak buat apa.

"Err..korang duduklah kat sofa itu dulu. Saya pergi panggilkan ayahanda saya sekejap"kataku lalu aku beredar dari situ cepat-cepat. Mereka memandang pelik ke arahku. Aku tak tahu ayahanda kat mana sekarang!Aku berlari menuju ke taman bunga untuk memanggil kakak dan adikku. Nasib baik aku pakai seluar nak berlari, kalau pakai dress labuh tadi memang tak lah nak lari. Diorang masih lagi ada di situ.
Sampai sahaja aku dihadapan mereka, aku berhenti sekejap sebab penat. Tercungap-cungap pun ada. Mereka pun memandang pelik.

"Korang ke yang panggil putera-putera itu ke sini?"soal aku kepada mereka. Mereka menggeleng menandakan tidak. Mereka blurr sekejap.

"Diorang ada kat sini ke!? OMG!!"mereka menjerit hampir pekak telinga aku di buatnya. Aku mengangguk menandakan putera-putera itu ada disini sambil menutup telinga aku lalu aku menjatuhkan tanganku semula.

"Kenapa kau pakai baju t-shirt dan seluar panjang? Kenapa tak pakai dress macam kitaorang?"soal Lyana kepada aku dengan muka yang pelik.

"Adalah..."kataku, malas nak bagitahu hal yang sebenar.

"Kau ni, suka sangat nak berahsia kat kitaorang!"marah Lyiah. Aku buat tak tahu je sebab malas nak layan si minah ni.

"Mana ayahanda?"soal aku kepada mereka.

"Kenapa tiba-tiba je kau nak cari ayahanda?"soal Lyiah ingin tahu.

"Ayahanda yang panggil putera-putera tu datang ke sini"kataku. Mereka mengangguk faham.

"Aku nampak ayahanda ada kat sebelah istana yang ada padang besar itu"kata Lyana. Aku blurr sekejap sebab tak tahu tempat tu kat mana.

"Haishh....jom aku tunjukkan kat kau. Adik nak ikut?"kata Lyana kepada Lyiah. Lyiah mengangguk mahu mengikut sama.

"Cepatlah sikit jalan Kak Ana. Nanti diorang tunggu lama"kataku sambil menolak badannya kehadapan.

"Sabarlah sikit..okaylah"Lyana mengaku kalah lalu berlari anak sedikit ke arah ayahanda.

"Ayahanda, ada tiga orang kat ruang tamu. Nak Laila panggilkan diorang ke?"kata aku kepada ayahanda. Ayahanda mengangguk sambil tersenyum. Aku pun balas senyumannya. Nasib baiklah aku ada ayah yang baik macam ni.

"Tak apa angah, biar kitaorang je yang pergi panggilkan diorang. Kau tunggu sini, okay!"kata Lyana. Geram pulak aku dibuatnya. Terpaksa mengaku kalah sebab dia kakak, nak buat macam mana.

"Pergilah..."kata aku dengan muka tak puas hati tanpa memandang mereka. Mereka tersenyum gembira lalu mereka memeluk aku secara tiba-tiba. Mereka ni dah excited sangat sampai nak peluk aku. Aku pun gembira jugak lalu membalas pelukan mereka.

------------------------------------------------

Sorry sbb lambat update bab ni😅

Thanks for vote and comment guys...........

Magic Of Three GirlsOnde histórias criam vida. Descubra agora