"Baik cikgu-cikgu, anda semua boleh kembali ke tugas masing-masing. Terima kasih", ujar pengetua sekolah menyuraikan mesyuarat bulanan para warga guru.
Mesyuarat yang diadakan setiap awal bulan itu adalah untuk membincangkan hal ehwal sekolah dari aktiviti sehingga disiplin murid.
Kesemua guru yang hadir sudah mula berangkat ke kelas masing-masing, tetapi Suraya kelihatan sugul berjalan ke bilik guru. Di situ beliau terserempak dengan Mona yang sedang memeriksa buku latihan murid kelasnya.
"Uih.. Kau ni dah kenapa? Muka tak bermaya je..."
Suraya cuma mampu tersenyum tawar. Beliau tidak menjawab soalan itu. Lalu, beliau terus duduk di kerusi sebelah Mona. Satu nafas panjang ditariknya.
"Kau period eh?", Mona cuba mengagak.
Suraya memandang wajah Mona dan menggeleng perlahan.
"Habis tu apa dia? Macam orang sakit je kau ni.."
Setelah beberapa ketika, Suraya bersuara.
"Bukan apalah Mona. Ni ha.. Dari pagi tadi aku cuba call Zain tapi tak berangkat. Mesej pun tak balas. Dia tak sihat tu. Aku risau la.."
"Lahh kau ni. Aku ingatkan apa tadi.. Hm.. Mungkin dia tengah tidur kut. Dia tak sihat kan?"
Tangan Suraya bermain-main dengan telefonnya. Tak tahu samaada cuba menghubungi Zain kembali atau tidak.
"Dah..dah. Bukan ke kau ada kelas ke kena ngajar sekarang? Baik kau cepat. Nanti lambat, tak habis cover topik kau nak ajar nanti.."
"Tapi..."
"Alah.. Pasal Zain tu kau jangan risau la.. Nanti kau dah free, kau cuba call lagi. Aku pasti dia ada tu kat rumah tengah rehat.."
Wajah Suraya menjadi sedikit tenang. Memang benar apa yang rakannya katakan. Tiada gunanya berasa risau. Jika ada pun, apalah yang dapat dibuat Suraya di dalam waktu bekerjanya. Peperiksaan pertengahan tahun sekolah akan berlangsung tidak lama lagi. Lebih baik beliau mempersiapkan murid-muridnya bagi menghadapi ujian itu.
"Hm.. Baiklah Mona. Aku gerak dulu. Nanti lepas habis sekolah aku try contact dia balik.."
"Haa.. macam tu la. Dah.. Aku pun ada kelas ni. Nanti kita jumpa balik,ok?"
Mereka berdua berdiri dan menuju ke kelas masing-masing.
Suraya mengajar di kelasnya seperti biasa. Namun, tidak seceria selalunya. Entah kenapa beliau merasakan hatinya tidak tenteram. Puas beliau cuba fokus terhadap kelas tetapi hatinya terasa berat. Seolah ada sesuatu yang tidak kena. Ia membuatkan kepalanya sesak.
Sesudah sesi persekolahan tamat, Suraya tidak mengambil masa lama untuk kembali cuba menghubungi Zain.
Percubaan pertama gagal. Zain masih lagi tidak menjawabnya. Suraya mengeluh.
"Haish.. mana dia ni?", rungut Suraya di dalam hati.
Dicubanya kali kedua.
Masih jua tidak berjawab. Suraya semakin tidak keruan. Takkanlah tidur sehingga tidak dengar telefon? Lagipun, takkan tidak cukup tidur sampai ke tengahari?
Suraya yang ketika itu sendirian di tepi bangunan sekolah itu kelihatan seolah seorang mati akal. Beliau berjalan ke depan belakang melayani benak fikiran sendiri. Tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
Namun beliau tidak berputus asa. Suraya ingin cuba sekali lagi. Kali ini beliau nekad. Jika Zain tidak jawab, beliau akan terus ke rumah Zain. Suraya pasti Zain berada di rumah. Sudah beliau hubungi pejabat Zain sebelum ini, dan salah seorang staff di situ mengatakan Zain tidak masuk kerja.

DU LIEST GERADE
Suraya! I Love You
HorrorKehidupan Suraya indah semenjak bercinta dengan kekasihnya, Zain. Namun, kebahagiaan itu musnah apabila bekas kekasihnya, Ishak hadir semula menuntut cintanya kembali. Namun, Suraya yang telah mengenali diri sebenar Ishak, terpaksa menolak. Semenja...