BAB 18

334 12 2
                                    

TERSUKA TANPA SENGAJA

BAB 18 : PAIN

Nizam meninggal dunia dua hari selepas aku pergi rumah dia. Kanser bodoh tu membuatkan jantung dia berhenti berfungsi, semua anggota badan dia to be precisely. Dia dengan Hafiz waktu tu. Sebelum dia tinggalkan semuanya, aku ada berbual dengan Nizam.

"Mungkin malam ni." kata Nizam. Aku tak cakap apa-apa. Macam apa yang dia cakap mungkin akan terjadi. Macam apa yang dia cakap tu betul.

Bila Hafiz telefon malam tu, jantung aku mula berdegup kencang. Oh, dia dah takda. Semua dalam diri aku macam dah mati. Hafiz nangis waktu aku jawab telefon dia. Ni pertama kali, aku dengar dia menangis.

Hafiz ; "I'm sorry."

Me ; "I'm sorry too."

Hafiz menamatkan panggilan. Mungkin dia rasa sedih untuk bercakap pasal Nizam. Aku menelefon Airah. She's the only one I can talk to right now. She's like my mum. I tell her all of my secrets.

Airah ; "Fany..."

Me ; "Dia dah takda... He left me...."

Akhirnya aku menangis. Airah tak menamatkan panggilan dan hanya mendengar aku nangis. Air mata tak berhenti keluar daripada mata. Hati aku sakit. Sakit sangat-sangat. Takda penawar baginya.

Airah ; "I'm sorry. Aku akan bagitahu yang lain."

Me ; "Okay..."

Akhirnya Airah menamatkan panggilan kami dua.

Aku tak dapat tahan. Semua benda ni. Setiap saat rasa sakit bila fikir tentang dia. Aku asyik fikir nak telefon dia. Nak cakap pasal kesakitan ini. Tapi baru aku sedar, dia yang menyebabkan kesakitan ini. Kami tak meluangkan saat terakhir kami supaya perpisahan ni kurang menyakitkan. Tapi walau apa-apa pun, it still hurts.

Aku hanya baring dan pandang siling yang kosong. Tapi akhirnya, aku menelefon dia. Aku tahu takda orang akan jawab. But still, I miss how we used to talk until the next morning. Telefon dia berbunyi lima kali dan ada orang jawab.

"Hello, ni Nizam. Saya dalam misi menyelamatkan dunia, sila tinggalkan mesej anda selepas bunyi beep," Selepas dua saat, "Beep!"

Rindunya dengan suara dia.

"I'm sorry."

Tu jak yang aku cakap dan aku terus menamatkan panggilan.

-

Hafiz telefon waktu petang tu dan cakap yang pengebumian dia akan diadakan dua hari yang akan datang. Aku mengambarkan rumah Nizam yang hanya ada dua orang tinggal di situ tetapi akhirnya dipenuhi dengan ramai orang

Aku turun ke ruang tamu dengan muka yang tak bersemangat. Aku pergi ke dapur untuk minum air. Orang cakap kalau minum air lepas nangis, kau akan rasa lega.

Satu cawan air.

Dua cawan air.

Tiga cawan air.

tersuka tanpa sengaja || bfts√Where stories live. Discover now