- 03 -

101 8 1
                                    

" Goodbye darling, hey you. OH my darling, hey you." Aku menggumam perlahan menyanyikan lagu favourite band aku.

Aku tersenyum mengingatkan bahawa malam ini aku akan melihat persembahan The B2ST buat kali pertama. Tak sabarnya !

Aku mendongakkan kepala memandang sisi meja apabila aku rasakan kaki meja aku disepak.

" Kenapa ?" Aku memandang lelaki yang boleh tahan hensem tengah memandangku tajam.

Tapi tak setajam dan sehensem si bidadara yang aku jumpa pagi tadi.

" Kau apa hal senyum sorang-sorang ?" Soalnya jengkel.

" T-Tak ada apa-apa." Balasku gagap.

" Aku rasa baik kau cari tempat duduk lain." Cadangnya.

" Kenapa ? Tak boleh ke saya duduk sini ? Saya suka duduk tempat ni." Balas ku sedikit degil.

Aku memang suka duduk di barisan akhir sebelah tingkap. Bukan apa. Bila berangan cikgu tak nampak. Lagipun aku memang suka tengok ke luar tingkap. Dah jadi habit aku sejak dulu lagi.

Lelaki itu hanya senyum sinis sebelum memusingkan badan duduk di meja hadapan aku.

Aku hanya menjungkitkan bahu dan duduk mendagu.

Ehem. Kita sambung balik perbincangan tadi. Sebenarnya aku tak pernah tengok The B2ST. Bestfriend aku dekat sekolah lama yang selalu share rakaman persembahan The B2ST tapi tak jelas sangatlah lagipun dia orang pakai mask. Best friend aku si Lia tu dia selalu naik bas sorang semata-mata untuk pergi cafe yang The B2ST selalu buat show.

Dan cafe tu ada dekat bandar ni. Hehe. Pss. Malam ni aku nak jadi budak jahat sikit sebab aku nak sneak out.

" Doojoon mana ? Tak hadir lagi ?"

Aku yang sedang berangan terus memandang ke hadapan.

Aku menelan liur.

Dah kenapa cikgu tu pandang aku ?!

Nak cakap apa ni ? Doojoon pun aku tak kenal. " Er-"

" Tadi pagi saya nampak dia cikgu. Tapi entah, ponteng kut." Balas lelaki yang menegur aku tadi.

" Ouh. Kamu budak baru ke ?" Soal cikgu sambil menghalakan pen ke arahku.

Aku melihat hampir satu kelas melihat ke arah aku.

Aku menelan liur. " Y-Ya. Saya."

" Ouh. Boleh perkenalkan diri ?" Soal cikgu lagi.

" B-boleh." Balas ku seraya berdiri.

" Nama saya Song Ji Hyo. Boleh panggil Jiyo. Saya dari Sekolah Tinggi C-Jes. Um. Tu jelah kot." Aku mendengar pelajar sudah mula berbisik-bisik sesama mereka.

" Sekolah Tinggi C-Jes ?, wow. Kenapa pindah ?" Soal cikgu penuh minat.

" Um. Appa kena transfer dekat sini." Jelasku senafas.

Aku bangga dengan appa. Dari anak syarikat kini appa dinaikkan pangkat dan dapat bekerja di syarikat induk. Tak sesia usaha appa selama ni.

" Ouh. Kenapa tak duduk hostel ?"

Alamak. Aku nak cakap apa ni ?

Saya anak manja cikgu.

Saya suka duduk bawah ketiak omma saya cikgu ?

Saya penakut cikgu ?

Aku mendengar budak depanku sedikit berdehem.

" Hm. Hehe. Tak biasa." Aku menjawab sambil tersengih.

" Ouh. Faham. So, saya harap kamu boleh cemerlang dekat sini ? Banggakan sekolah ?"

" Hm. Saya akan cuba cikgu." Aku senyum nipis.

" Okey. Bagus."

Fuhh. So aku rasa, hari pertama sekolah tak ada lah seteruk yang aku sangka.

INSIDE B2ST HAVE B2UTY ( MALAY )Where stories live. Discover now