- 13 -

35 2 2
                                    

Aku melangkah ke cafeteria dengan penuh berhati-hati supaya tidak membuat kesilapan. Kepala pula dah macam robot yang disetkan untuk menoleh kiri dan kanan tanpa henti.

Seluruh kawasan cafeteria aku scan untuk memastikan aku selamat. Nampaknya line clear, tak sia-sia aku turun ke cafeteria lambat sikit. Aku tersenyum riang lalu membeli makanan.

" Terima kasih ajumma." Aku berterima kasih kepada ajumma yang telah menyediakan makanan yang nampak menyelerakan ini.

Tray makanan aku angkat lalu badan aku pusingkan untuk beredar. Namun, pergerakkan aku terhenti kerana ada yang menghalang laluanku.

" Hi noona." Sapa Yoseob ceria seraya tangan kanannya melambai kepadaku.

Aku mengetap bibir. Aku dah turun lambat pun masih terjumpa lagi dengan dia ni ke ? Aigoo.

"H-hi Yoseob." Aku ketawa terpaksa.

" Jom noona duduk dengan kita orang." Ajak Yoseob seraya tangan kanannya menunjukkan meja yang tidak jauh dari sini.

Aku lihat semua kawan Yoseob berada disana. Keluhan kecil aku lepaskan. Baru nak mengelak dari dia orang.

" Kenapa noona ? Macam ada masalah je."

" Y-Yoseob ? Boleh tak aku tak nak makan dengan kau orang ?" Soalku gementar.

Aku takut je kalau-kalau Yoseob tiba-tiba sahaja membuat drama disini. Yoseob ni bukan boleh percaya sangat. Kebudak-budakkannya sangat jelas.

" Mana boleh. Kan Doojoon sendiri dah setuju untuk kita makan sama-sama waktu rehat. Ingat senang ke nak pujuk Doojoon tu." Yoseob sudah memuncung panjang sedepa.

Ingat comel ke ?

" Kan aku dah bagitahu aku tak nak pun makan dengan kau orang. Aku tak biasalah." Luah ku jujur.

Semalam waktu mereka datang ke kelas 2602 Yoseob ada memberi tahu aku bahawa mulai hari ini aku kena makan bersama mereka. Aku sudah pun menolak namun Yoseob tidak mengendahkannya.

" Sebab tak biasalah kena biasakan. Takkan noona nak makan sorang-sorang. Lagi pun sanggup ke noona nak hampakan perasaan Yoseob ?" Yoseob buat muka kesian. Matanya dikedipkan beberapa kali.

" Tapi aku tak-."

" Tak ada tapi-tapi lagi. Noona kena makan dengan kita orang. Titik." Yoseob masih berdegil.

Budak ini aku cakap apa pun bukan nak dengar. Buang air liur aku aje.

" Hm. Okeylah okeylah." Aku mengalah.

****

Kenapa aku rasa Dongwoon yang duduk bertentangan dengan aku memandang aku semacam ya ? Nak makan pun tak senang.

" Noona. Kenapa macam tak ada selera je ? Tak sihat ke ?" Soal Yoseob yang berada disebelahku dengan kuat.

Ish, budak ni pun. Ingat aku pekak ke ?

" Eh. Tak adalah. Okey je." Aku sudah tersipu malu apabila semua mata yang ada di meja ini memandang aku.

" Okey. Tapi kalau noona ada masalah jangan segan-segan untuk kongsi dengan kita orang. Dalam group ni ada bakal profesor tau." Ujar Yoseob dengan bangga.

" Siapa ?"

" Dongwoon."

" Wah. Daebak." Aku sudah memandang Dongwoon penuh keterujaan.

Dongwoon pula hanya memandang bukunya tanpa menghiraukan pujian dari Yoseob. Patutlah buku tak lepas dari tangan, nak jadi profesor rupanya.

" Kalau noona ada masalah cinta boleh tanya Junhyung. Dia memang pakar pasal perempuan." Ujar Yoseob sedikit jengkel.

Junhyung pula aku lihat hanya tersenyum sinis. Mungkin bangga dengan gelaran pakar perempuan yang diterimanya itu.

" Oh yeke." Aku sedikit canggung. Bercinta pun tak pernah, macam mana nak ada masalah.

" Kalau bab sukan pula boleh cari Doojoon."

Aku hanya senyum plastik lalu mata meleret memandang Doojoon yang fokus memakan hamburgernya. Sepertinya tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Yoseob itu.

Aku sedikit mencebik. Memang tak lah aku nak cari Doojoon.

" Kalau nak cari kerja separuh masa, nak tip survive boleh cari Gikwang." Mata Yoseob memandang Gikwang yang sedang membeli air.

Sepertinya ada rasa sedih diwajah Yoseob bila bercakap tentang Gikwang. Kenapa agaknya ya.

" Oh." Itu sahaja aku mampu respon. Tidak berani bertanya lebih.

" Kalau nak cari badut untuk buat lawak boleh cari Yoseob. Dia memang pakar buat lawak bodoh." Ujar Junhyung tiba-tiba dengan nada jengkel.

" Hei ! Kau memang kawan tak guna kan ?!" Marah Yoseob lalu menumbuk bahu Junhyung.

Junhyung sudah ketawa besar seraya membiarkan sahaja Yoseob menumbuk bahunya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

INSIDE B2ST HAVE B2UTY ( MALAY )Where stories live. Discover now