- 07 -

82 6 0
                                    

Aku melepas keluhan berat seraya tersenyum. Sepanjang waktu kelas tadi tak adalah teruk sangat. Doojoon pun sama macam semalam, tidur je. Jadi aku tak ada masalah untuk fokus apa yang di ajar dan aku juga tak payah rasa malu bila teringatkan hal pagi tadi.

Aku berjalan ke cafeteria dengan senang hati. Aku membeli makanan dan melilau mencari tempat duduk kosong. Mata aku terpandang meja di tengah-tengah cafeteria.

Doojoon. Dia duduk situ dengan empat orang kawannya. Aku lihat budak form 1 yang aku kenakan juga ada disitu tengah gelak akan sesuatu sebelum matanya bertemu mataku. Aku terus memusingkan badan dengan harapan dia tak ingat wajah aku.

Baru setapak melangkah pergi aku mendengar suara seseorang bergema satu cafeteria. Tak boleh jadi ni, aku kena pergi dari sini.

" Noona feisty !"

Aku sudah berhenti melangkah.

Air liur ku telan terasa berpasir.

" Hei. Noona. Nak join lunch sama tak ?" Soal si budak form 1 itu saat dia sudah berdiri di sisi aku.

" T-tak apa lah."

Memang tak lah aku nak lunch dengan dia. I means him.

" Ala. Jom lah." Rayunya sedikit ke budak-budakkan.

Aku lihat kebanyakkan mata di cafeteria ini sedang tertumpu pada aku. Mungkin sebab sahabat Doojoon ini menegur aku atau ada sebab lain. Tapi aku tak kisah sangat pun sebab memang dari aku start masuk sekolah ni lagi dia orang dah pandang aku semacam.

" Tak apa lah segan." Jawab ku lancar.

" No. Come." Dia sudah mencapai pinggan makanan dan juga minuman aku seraya berlalu pergi.

Ish budak ni degil betul.

Aku masih berkira-kira mahu ikut dia atau tak. Kalau ikut nanti aku kena hadap him. Kalau tak ikut nanti membazir lah aku beli makanan tu, dah lah mahal. Lagipun aku lapar sangat ni.

" Noona kenapa berdiri dekat situ lagi ? Come."

Dengan langkah terpaksa aku melangkah jua ke meja Doojoon. Doojoon hanya memandang ku tajam. Namun pandangannya tidak aku hiraukan.

" Sini. Noona duduk sini." Arah budak form 1 itu sambil menunjukkan kerusi di sebelahnya.

Aku senyum nipis pada budak form 1 tersebut lalu terus duduk. Malang nasib aku kerana aku sedang duduk bertentangan dengan Doojoon.

Makanan yang ku beli aku sua ke mulut dengan penuh keterpaksaan. Ikutkan hati aku segan nak makan, nak-nak bila lima orang lelaki duduk semeja dengan aku tapi peduli apa aku lapar sangat ni.

" Kau panggil dia apa tadi Yoseob ?" Soal Doojoon apabila meja hanya sunyi tanpa perbualan.

Jadi nama budak form 1 ni Yoseob.

" Noona ?" Jawab Yoseob tidak pasti.

" No. The first one." Dari nada Doojoon aku tahu dia tengah geli hati sekarang ni.

" Noona feisty ?" Tanya Yoseob sedikit kuat.

" Yep." Balas Doojoon berpuas hati apabila mendapat jawapan yang dia nak. " Dia ni feisty ?" Tanya dia tidak percaya.

Aku sudah mengetap bibir menahan malu.

Yoseob mengangguk " Tadi pagi dia sound aku." Balas Yoseob lancar.

Satu meja telah gelakkan Yoseob.

" Dia ? Dia sound kau ?" Soal Doojoon masih lagi tidak percaya.

Yoseob sekali lagi mengangguk

" Dia sound kau apa ?" Soal Doojoon lagi.

" Um. Ehem. Kau ni memang selalu jalan pakai lututkan ?" Yoseob sudah meniru gaya aku bercakap.

Kali ini satu meja gelakkan Yoseob kecuali Doojoon. Aku hanya tersengih kecil memandang Doojoon sambil membuat peace no war. Doojoon hanya menjeling aku tajam seraya meneguk minumannya rakus.

Aku juga sudah menunduk makan makanan yang aku beli.

" Noona."

" Hm ?" Balas aku malas.

" Noona kelas mana ?" Soal Yoseob ingin tahu.

Aku mengerling arah Doojoon dan melihat dia sedikit tegang. " Hm. Er.. 26-"

" Yoseob belikan aku air." Arah Doojoon tegas.

" Ala. Kejap lah. Noona kelas mana ?"

" Er.. 2-"

" Yoseob phone kau berbunyi." Beritahu Doojoon tegas.

Aku tak ada dengar apa-apa pun ?

" Ouh. Ya ke ?" Soal Yoseob lalu mencapai telefon di dalam poket seluarnya.

Macam mana dia boleh bawa telefon ke sekolah ? Dan macam mana dia boleh selamba je keluarkan telefon dia di cafeteria yang penuh dengan pelajar ni ?

" Tak ada pun."

" Kau ni kenapa Doojoon ? Pelik semacam je." Kata lelaki yang duduk di sebelah Yoseob.

" A'ah lah Gikwang. Aku pun perasan juga." Setuju si dia yang duduk di tengah-tengah antara Doojoon dan juga si dia yang membaca buku.

" Betul." Kata si dia seraya makan sambil membaca buku.

Aku tak pasti macam mana dia boleh buat macam tu. Sumpah kalau aku memang tertinggal lah buku tu sebab nak menikmati makanan.

" Noona ? Noona kelas mana ?" Desak Yoseob lagi.

" Yo-"

" 2602." Balas aku lancar.

" WHAT ?!" Jerit mereka bersama.

Aku lihat semua sudah tergelak dan Doojoon hanya menepuk dahi.

Kenapa ni ? Aku ada salah sebut nama kelas aku ke ?

INSIDE B2ST HAVE B2UTY ( MALAY )Where stories live. Discover now