Prolog I

251 5 1
                                    

Hasif
"Weh Sip, kau dah check UPU belom? " Hazwan . Exclassmate aku tanya memalui Whatsapps. Aku yang tadi bermalas malasan di katil ,bingkas bangun. Allah lupa pulak pasal hari ini. UPU.

Tangan ku ligat membuka laptop yang sememangnya ada di atas meja study. Portal UPU ku cari. Semakan keputusan.Masukkan I/c .

Tahniah! Anda diterima masuk ke UiTM Lendu, bagi kursus diploma sains komputer.

Akubtak tahu nak rasa apa. Bersyukur memang bersyukur. Sebab dengan result aku yang macam tu ada juga U yang nak aku. Kecewa tu, course yang aku minya ni pilihan ke-12. Yang palaing aku tak nak. Dan itulah yang aku dapat. Sebetulnya yang Allah kasi.

Lantas tangan ku ligan wasep Hazwan.

"Weh, wan kau dapat mana? Aku dapat lendu dohh. Sains komputer pulak tuh. "

"Oh ahhahaha, aku dapat asasi law Uitm. "

Shit. Memang dah agaklah, result dia lawa. Aku tanya memang sakit hati lah.

"Oh congrats, " Ringkas. Sambil off phone. Aku tahu kejap lagi mesti berpusu2 wasep masuk tak pun call tak pun group wasep yang hambar pada mulanya dah mulai memekak.

Weh kau dapat mana. Aku dapat bla bla bla. Aku tak dapat mana mana. Masuk matrik lah. Masuk form 6 lah. Form 6 dah macam U tau. Jangan pandang rendah.


Aku bosann. Itulah yang depa dok ulang2. Malam ni for sure ade sesi dengan mak bapak aku ni. Topik. Halatuju lepas SPM. Bosan.

***

Malam itu, umi ayah dah aku berkumpul di beranda luar rumah. Sunyi. Aku pun membisu. Aku menghirup teh tarik buatan sendiri. Sebagai abang yang berdedikasi. Haruslah aku yang menolong umi buat kerja kerja rumah. Nak harapkan adik perempuan aku. Hemmm pemalas. Fenomena perempuan zaman sekarang kot. Fikir cantik jer. Tapi kerja kerja rumah habuk tak tahu. So perempuan di luar sana , kalau mahu abang Hasip menyunting kalian sebagai isteri. Silalah rajin rajinkan diri.

"Ehemm, " umi mula berdehem. Sementara ayah masih sibuk dengan group wasep sekolah rendah dia. Hubungkan silaturrahim katanya.

"Abang, fokuslah. Dah nak mula ni" umi mula mencuit ayah. Mencuit perhatian ayah terhadap masalah besar baru ni. Halatuju masa depan aku. Anak sulung kan.

"Okey , macam ni abang. Mula mula sekali umi nak ucapkan tahniah dekat abang sebab berjaya dapat tawaran U. Walaupun tawaran Uitm jer. "

Aku pelik, kenapalah orang semua memandang jelik atau rendah pada Uitm. Sebab apa? S3bab semua bumiputra? Sebab second option? S3bab tak bagus? Entah. Mungkin umi terlalu bangga dengan U tempat dia mengajar mungkin. U tempat umi mengajar memang gah. Senarai dunia lagi.

"Tapi kan abang. Abang tak rasa rugi ke? Untuk diploma? Sejarang orang pandang ijazah tau. Lagipun ambil diploma lambat plus lama." Aku dah agak. Memang isu ini pun yang panas dalam group wasep . Mak aku pun terkena tempiasnya.

"Okey Umi, umi straight to the point je lah. Abang kan selalu ikut cakap umi. Umi decide lah. Abang okey."

Mak aku dah senyum lebar. Seperti kebiasaannya kalau aku menurut kehendaknya.

"Good boy anak umi ni. " umi mengusap usap kepala aku.

Apa apa je lah mi, abangkan anak umi. Huh penat. Kekadang aku wonder tentang masa depan aku. Calon bini aku nanti mak aku pilih ke? Adakah aku forever jadi mama-boy? Apa pandangan bini aku nanti.

Biarlah takdir yang menentukan.


MIMPIWhere stories live. Discover now