Tangkap

61 2 0
                                    


Hasif


Arghh, serius serabut. Mujur awal2 ni subject tak susah sangat. Boleh handle lagi lah. Seb baik aku dah deal dengan Fahmi dulu pasal hal ni. Memanglah, kami berkongsi mimpi yang sama. Dah berape hari aku stay up dgn dia pasal bende ni je. Lepak corridor sampi lewat pagi. Esokknya menggantuk. Huh. 
Sekarang ni problem besar dia, Hannan. Dah bila pulak kitaorang nak jumpa dia. Dia pun satu effort lah sikit. Tengok gaya dia ,macam dia tak ada feeling apa apa pun. Macam tak kena apa yang kita orang kena

Pagi ni,pagi Jumaat. Aku mengemaskan lipatan sampin aku. Pagi2 dah senget. Spoil mood betul. Kalau perempuan mood spoiled kalau tudung senget. Ni laki sampin senget pun aku dah moody. Dah lah tak cukup tidur. Those dreams are keep repeating.  Aku pening. Tak cukup tido. Lebih kepada tido tak lena sebenarnya. Aku bukak locker dalam kelas nak ambil Quran. Biasalah assembly kitaorg ada bacaan Tahsin Al quran.

Aku ternampak kertas kecik yang dilipat. Macam surat. Aku dah lambat dah beratur, so dengan malasnya aku amik kertas tu selit dalam Quran.

"Weh, aku tak tahu kenapa dan aku rasa korang pun macam aku jugak,kan? Mimpi yang kerap berulang. Dan mimpi tu ada kita! Tu yang korang selalu pandang aku pelik kan?
-HANNAN-"

Dengan riak terkejut aku segera dapatkan Fahmi.

"Weh, Fahmi. Betullah apa yang kita rasa selama ni. Dia pun doh. Tenggok ni " aku hulur note tu dekat Fahmi. Muka dia jelas terkejut.

"Aku rasa kita memang kena jumpa dia. Cakap pasal mendeni tapi bukan sekarang lahh. Tuu" Fahmi muncungkan mulut dia arah belakang aku.

Pengawas  dah suruh senyap, dan masa tu memang suasana dah senyap pun. Haishh.

Hannan

Aku tak tahu lah apa yang aku buat tu betul ke tidak. Harap2 betul kalau tak naya aku. Sanggup aku pergi sekolah di subuh hari semata nak letak note tu kat locker dia. Semalaman aku tak tido. Tido pun , tido ayam je. Mimpi tu serabut weh. Sebabtu nak tak nak aku hantar juga note tu. Aku dah tak tahan. Serabut dah otak aku ni.

Masa rehat aku duduk di kelas, masih kenyang. Sarapan tadi aku dah makan . Banyak pulak tu. Seorang, rata2 kawan kawan aku tak sarapan tadi. Tak sedap kata mereka. Bagi aku sedap jer. Jimat duit. Tak payah rehat. Sedang aku selak selak buku. Ye lah dah berapa hati tak focus dalam kelas. Sekarang, kena belajar balik.

Tiba tiba, ada orang menyapa aku. Lelaki, dan aku dah haggak dah siapa.

"Erm, Hannan. Pasal note tu, kitaorang nak bincang sikit." Pergh straight to the point betul mamat ni. Aku dah terkebelakang sikit. Terkejut kot. Dah lah sorang 2 dalam kelas. Datang pulak mamat duaorang ni.

"Bincang apa? " serius aku kekok, dah lah baru kenal. Aku tak pernah cakap dengan diaorang lagi. Tiba tiba, sergah macam gangster.

"Sorry lah kacau kau, tapi kitaorag pun dah tak tahan weh. Mimpi tu, mimpi kita tiga orang macam tengah buat sesuatu. Diarahkan buat sesuatu tugasan. Apa tu weh? "
Fahmi dah jelaskan apa yang aku, Hasif, dan dia rasa.

"Ha, yang tu kita diarahkan seseorang. Siapa tu? Aku rasa.. kita..." belum sempat Hasif abiskan ayat dia. Kami mendengar ada orang bagi salam di depan kelas. Cikgu rupanya. Cikgu lower form.

"Assalamualaikum, kamu tak rehat ke? Buat apa ni borak lelaki perempuan. "

Argh, sudah.

"Cikgu salah faham ni, kami tengah bincang. "

"Kalau nak berbincang, dekat tempat terbuka. Semua orang nampak. Ini kelas yang tak de orang. Takpe sambung bincang dekat bilik cikgu. Lepas solat jumaat. Pukul 3.Bilik IT. Kamu tahukan kat mana. Cikgu ada hal dengan kamu. I'm got you. Don't try to escape! " jelas cikgu tu tegas.

We're now  in the big trouble!  Hadap je lah, bukan buat salah pun. Aku dah mulai cuak.

Fahmi dan Hasif dah berlalu pergi, mujur tak de orang nampak. Kalau tak malu besar aku. Kenapa nasib aku agak tidak memberangsangkan pada hari yang barokah ini. Semoga takdeapa apalah.

MIMPIWhere stories live. Discover now