Pertemuan ,

88 3 0
                                    

Hasif.

Okey , aku  intake pertama rupanya. Kau tahu. Termasuk aku 8 orang semuanya. Like seriously?  Ni sekolah ke pusat tusyen bhai. Tusyen aku pun ade lah 40 orang dulu satu kelas. Tadika pun tak macam ni. 8 orang tu 3 lelaki 5 perempuan. Biasalah perempuan mendomisasi. Biasa dah.

Aku rasa sekolah ni lain macam sebab. Start sebelum masuk sini lagi. Aku dah mimpi pasal sekolah ni. Takde lah pasal sekolah ni, tapi suasana dia. Macam ada suara suara yang tengah cakap pasal aku dan lagi dua orang. Sape diaorang. Mimpi tu macam ni.
***

Aku berada di satu tempat yang sangat terpencil. Aku tak cam aku kat mana. Rumput dia. Luass aku kira memandangkan suara jeritan aku bergema dengan keadaan yang gelap lagi. Masa masa nilah aku teringat akan teori gelombang bunyi. Aduhh fizik C+ SPM, memang habuk lah. Mujur aku ingat sikit sikit.

Belum sempat aku membetulkan dirian aku. Aku ditarik oleh dua orang yang tidak jelas rupanya. Keadaan terlalu gelap untuk aku tafsirkan wajah mereka.

Aku dibawa duduk di ayas sebuah kerusi. Lebih tepat aku dibawa ke sebuah bilik mesyuarat yang kecik. Aku duduk berdepankan meja bulat yang ada dua kerusi  kosong depan aku. Aku jerit lah minta tolong. Ajaib. Suara aku tidak kedengaran. Beberapa minit. Mungkin minit aku tak tahu. Datang pula seorang perempuan. Sebaya aku mungkin. Pakai spec bingkai penuh. Wajahnya jelas . Aku ingat muka dia.Meronta ronta macam aku. Aku dapat lihat name tag dia. Cuma tulisan dia agak kabur untuk aku baca.

Perempuan tu perasan aku. Dia dongakkan wajah nya. Seolah menanyakan akusiapa.

"Hasif, kau?"

Belum sempat dia menjawab. Aku sudah tersedar dari lena. Shit dah pukul 6.00. Aku dah dikira lewat bagi lewat budak baru macam aku. Padahal yang lain terbongkang lagi.

**,
Aku ingat life aku katsini dengan 8 orang ni jugalah , namun hujan di tengahari. Dari 8 orang tinggal 3. Lagi lima tu dah masuk U ,masuk matrik. Adalah dalam 3 minggu lepas tu, masuk lah sikit sikit.

Harini second intake. Dalam 20 orang. Sekejap pan je kelas aku tu dah penuh, sekali lagi. Perempuan lebih ramai.

Dalam pada itu, budak budak yang acah senior beberapa harini. Suruh lah budah doploh orang ni perkenalkan diri. Senangnya. Semua sekali lah sebab diaorang pun x kenal kitaorang lagi.

Kedudukan aku yang berada di hadapan sekali membolehkan aku mendengar dan melihat wajah mereka dengan jelas. Notbad. Ramai gak lah perempuan lawa. Man always be a man. 

Namun ada satu perempuan ni. Menarik perhatian aku. Perempuan tuu...
**

Hannan

Lepas settle semua dorm lah apalah. Aku pergi ke kelas semula. 28 orang. Betterlah dari apa yang jiran aku cakap dalam Facebook tu. Aku ambil tempat belakang sekali. Tempat standard budak perempuanlah. Sebelah Piqa dan Aida. Masing muka cuak. Dorang first time masuk sekolah agama. SBP lagi tu. Peraturan pun agak ketat berbanding sekolah lama aku.

Sedang aku termenung tu, tiba tiba dah ada orang yang perkenalkan diri dekat depan. Alamak aku dah la pemalu. Mau tercirit aku. Act cool Hannan. Perut dah tak bagi kerjesama ni. Memulas mulas. Bencinya.

Aku malas ambil pusing siapa mereka.  Alah nanti dah lama lama kenallah. Sampai giliran aku. Aku terketar ketar mencapub base rempit dia kenalkan diri aku ni. Takde siapa yang ambil kisah macam aku tadi. Kecuali mamat kat depan ni eh jap! Macam pernah tengok.

***

Hasif

Hannan nama dia. Bingo. Budak dalam mimpi aku. Alamak dia perasan pulak aku terkejut pandang dia. Kang perasan lawa kang minah ni. Perempuan kan semua sama. Asal pandang je, ingat dorang lawa. Huh.

Budak tu alihkan pandangan dia ke arah lain. Agak agak dia mimpi yang sama tak?
Ke dia jodoh aku sebenarnya. Astaghfirullah. Ya Allah aku memohon petunjukmu. Dia jodoh aku ke?

*

Malam itu aku mimpi lagi. Sambungan dia. Selepas Hannan muncul dan habiskan ayat dia. Ala yang dia kenalkan dia siapa. Realiti aku pantas lagi. Lepas aku dan Hannan berbalas pandang macam tu, tiba tiba muncul pulak mamat sorang ni. Dia tinggi putih putih pakai spec. Agak tinggilah .

Dah siapa pulak mamat ni. Mamat tu lebih tenang. Dia duduk denganmuka blur.

"Siapa korang ni,? "
Alah poyo mamat ni. First impression aku.
"Kau siapa? Kai pun terperangkap dalam mimpi ni?" Ya mimpi kami sama. Tapi kenapa Hannan macam buat relex je. Ke dia ni jenis tak ambil kisah. Atau aku dalam real life yang nampak lagi kacak. Entah.  So nama budak tu Fahmi. Macam kitaorang juga.

***
Malas bhai orentasi. Kami dilayan macam budak budak. Tapi seronok jugak sebenarnya. Dah lama tak layan game yang tak tension. Beria jugak lah aku main. Sebab tu boleh dapat pserta terbaik. Kelakar. Dan masa game tu aku perhati jesi Hannan ni. Aku perasan dia pun perhatikan aku. Mungkin kami berkongsikan perasaan yang sama.

Aku menggambil langkah ke kelas bersama Muaz,Tamim, Fakh dan beberapa teman baru lain setelah tamat majlis penutup orentasi tu. A

Hannan

Perasaan tertanya tanya, kenapa mamat tu boleh muncul dalam mimpi aku. Curiosity aku melonjak lonjak. Dia pun macam pandang pandang aku. Nak kataaku lawa dan dia suka aku memang nonsense lah. Ramai lagi lawa kot kat sini. Aku tasa dia pun bermimpikan perkara yang sama. Aduh susah lah macam ni. Takkan lah tiba tiba aku pergi kat dia ,tanya macam orang apa. Sekali andain aku salah.

Sah sah kena cop perempuan murah. Cakap dengan laki kat sini agak tak patut sangat. Ye lah ikhtilatkan. Lagipun aku nak cakap dengan orang pun susah sejak masuk sini apatahlagi dengan lelaki. Memang tak lah. Kalau betul lah andaian aku. Sah sah dia yang akan cari aku nanti. Termasuklah budak Fahmi tu. Mesti dia masuk juga nanti.

"Hannan, jom masuk kelas"  ajak Aida. Aida dah makin selesa dekat sini. Ramai orang suka dia. Dia friendly kot. Piqa pon. Walaupun aku agak tertinggal sikit untuk bersosial di sini disebabkan mimpi tu lah. Dah macam schizo dah aku. Namun aku follow je lah mana Aida dan Piqa pergi. Tambahan blok dorm aku jauh daridorang yang sama aras. Mudahlah.

***
"Chard, kau follow up budak budak ni. Pastikan mereka kenal satu sama lain. Bagi hint sikit."

"Baik tuan, saya akan arahkan mereka".

Fahmi

Dengan bantuan budak nama Ibtisam tu, dapatlah aku tahu serba sikitpasal sekolah ni. Aku budak third intake bersama 20 orang lagi. Okey jelas aku paling hensem disini. Bapak perasan.

"Assalamualaikum, nama saya ke aku? Saya lah baru baru ni kan? Haha
Nama Muhammad Fahmi bin Kamarudin, asal Kelantan. Tinggal KL. SPM takyah lah tahu. Tapi boleh boleh lah. Korang tahu tak MidValley?"

Krik...krikk...krik...
Aduh sekolah ni hambarkan aku pulak.
"Ha , kalau nak turun Mid call2 lah. Boleh saya join hahahhaha"
Bila lawak kau gone wrong. Budak budak ni terkebil kebil pandang aku. Yang senyum sorang duaorang. Aku gelak hambar sambil tutup mulut menahan muka aku yang dah merah menahan malu.
"Weh muka dia merah siot hahahah"
Finally ada orang gelak dengan beria. Tapi bukan sebab lawak aku. Harey.

Dalam pada itu mission pertama aku nak cari Ibtisam. Second, nak cari budak dalam mimpi aku. Third,  aku nak belajar dengan aman.

MIMPIWhere stories live. Discover now