E M P A T

1.4K 191 1
                                    

Jungkook merebahkan dirinya ke atas katil. Baru saja selesai menghantar irene pulang ke rumahnya tadi. Kalau puan jeon tahu pasal ni, mati jungkook dikerjakan. Fikirannya bercelaru.

'Macam mana dengan Ji hyo?' Getus hati jungkook. Dia tiba-tiba terasa bersalah pula.

"Ah lantaklah perempuan tu!" Suaranya meninggi. Dia menserabaikan rambutnya. Masalahnya sekarang adalah, irene.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Tingggg

Bunyi loceng rumah puan jeon kedengaran. Seorang makcik ataupun lebih dikenali sebagai, bibik terkedek kedek berlari membuka pintu rumah.

"Ah, cik ji hyo? jemput masuk." Pelawa makcik itu. Ji hyo hanya tersenyum.

"Duduklah dulu. Nak saya panggilkan siapa? jung- err jihyun ke puan jeon?" Tanya nya.

"Eh? Ji Hyo, kenapa datang tak bagitahu dulu ni?" Tiba-tiba puan jeon muncul entah dari mana. Ji hyo segera bangun dari tempat duduknya.

"Saja,kenapa? tak selesa ke kalau Ji hyo datang?" Tanya ji hyo sedikit serba salah. Entah kenapa dia fikir semua ahli keluarga jungkook mula membencinya. Ni semua sebab peristiwa semalam. Dia perlu jumpa jungkook untuk dapatkan penjelasan.

"Eh mana ada! ahjumma seronok sangat kamu datang. Cuma kalau kamu bagitahu dulu, boleh lah ahjumma masak sedap-sedap untuk kamu." Jelas puan jeon. Takut berlaku salah faham pula.

"Eomma jungkook nak ke-" Langkah jungkook terhenti di separuh tangga apabila terpandang ji hyo. Puan jeon dan ji hyo juga turut memandang ke arah jungkook.

'Apa perempuan ni buat kat sini? mampuslah kalau dia cerita pasal benda semalam kat eomma aku!'  Jungkook mengetap bibirnya.

Dahi ji hyo berkerut. Jungkook? Dia terdengar perkataan jungkook tadi. ataupun dia tersalah dengar? lantaklah malas dia mahu fikir.

"Kamu berdua berborak lah ya? eomma nak pergi tandas kejap nae?" Puan jeon meminta diri. Ji hyo mengangguk sambil tersenyum. Jungkook pula hanya mendiamkan diri sambil menunjukkan wajah yang dingin.

"Kenapa datang tak bagitau?" Tanya jungkook.

"Er, saja." Jawab ji hyo gugup.

"Hmm."

"Pasal semalam tu, Awak lupakan jelah eh?" Kata jungkook tiba-tiba. Ji hyo tersentak.

"Kenapa? kenapa nak lupakan? saya nak penjelasan daripada awak pasal semalam." Ji hyo memberanikan dirinya untuk meminta penjelasan. Jungkook mengeluh.

"Sebenarnya, perempuan semalam tu, Em dia cuma kawan lama saya je. Dia suka saya tapi saya....T-tak suka dia pun." Kata jungkook perlahan. Dia terpaksa.

"Hah? saya tak pernah tahu pun? lagi satu, awak cakap awak tak suka dia tapi kenapa semalam awak halang saya dari tampar dia?" Ji hyo tidak puas hati. Bila teringatkan peristiwa semalam, sakit hati pula. Rasa nak mengamuk pun ada.

"Saya minta maaf. Saya tahu tu salah saya." Jungkook terpaksa mengalah. Tak ada jawapan untuk soalan itu.

"Ada apa-apa ke yang awak rahsiakan dengan saya?" Ji hyo cuba mengorek rahsia. Jungkook sekali lagi mengeluh. Banyak tanya pula dia ni.

"Tak ada pun. Dah lah, takyah cakap pasal benda lagi boleh tak?" Jungkook mula hilang sabar. Elok-elok dia nak layan ji hyo baik, mengamuk pula kang.

"Hm." Ji hyo juga sudah tidak berani menanya soalan kepada jungkook lagi.

"Awak dah tak sayang saya ke?" Soal ji hyo tiba-tiba. Jungkook tergamam.

"Sayanglah." Jawab jungkook ringkas.


•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Mian pendek and dh lama tak update. Author tkde ideaaa TT ~

𝙵𝙰𝙺𝙴 𝙸𝙳𝙴𝙽𝚃𝙸𝚃𝚈♡²⁰¹⁶Where stories live. Discover now