T I G A B E L A S

1.3K 170 2
                                    

Jungkook pov

Manalah aku letak handphone aku ni! dah sampai satu rumah aku geledah, tak jumpa-jumpa jugak! Hah ye, aku lupa nak cari kat dalam bilik.

Semua barang yang ada dalam bilik tu aku sepahkan, peliklah. Macam mana handphone aku boleh hilang? Ji hyo ni pun satu, lambat sangat balik asal, baru nak suruh dia tolong cari sekali. Semua tempat yang ada dalam bilik tu aku tengok. Sebaik saja laci milik ji hyo dibuka, aku ternampak sebuah kotak besar bewarna pink. Cantik. Disebabkan kotak tu nampak cantik, aku rasa tertarik untuk tahu apa isi dalamnya .

Yang ada hanyalah

berpuluh-puluh keping gambar? wah bukan main banyak lagi gambar dia dengan jihyun hyung! Gila selfie mereka ni. Tapi gambar tu semua cantik-cantik. Ji hyo nampak cantik dalam tu, jihyun hyung nampak handsome gila, yelah muka dia kan sama macam aku.

"Jihyun, tengok apa tu?"

Aku terus menoleh, ji hyo dah datang dah! Aku cepat-cepat menutup kotak tersebut dan simpan semula. Dia berjalan ke arah aku dan berhenti betul-betul di hadapan aku. Dia membuka semula laci dan mengambil kotak tadi.

"Awak tengok ni ke? ingat tak awak yang bagi saya benda ni tahun lepas sempena hari jadi saya." Kata ji hyo sambil merenungku. Aku hanya mengangguk.

"Tak rindu ke masa ni? Masa ni kita bahagia sangat, kan?"

Aku membuat menggulingkan biji mata aku.

"Jadi kau nak cakap yang sekarang ni kau tak bahagia lah?" Perliku.

"Eh mana ada. Cuma awak sekarang ni macam.."

"Macam apa?" Tanya aku selepas melihat dia tidak meneruskan ayatnya.

"Dah berubah." Katanya perlahan.

"Ouh yeke? mana ada aku dah berubah. Merepek!" Aku menidakkan.

"Awak memang dah berubah, buktinya awak layan saya nak tak nak aje, awak suruh saya tidur atas lantai, awak guna 'aku-kau' bila cakap dengan saya, bila saya masak, awak taknak makan, awak langsung tak kisah pasal saya."

Aku mengeluh perlahan, dia ni nak buat drama ke? Okay kook, tahan geram kau tu.

"Sorry kalau kau rasa aku dah berubah. Cuma sejak akhir-akhir ni aku ada masalah sikit. sebab tu aku jadi macam ni." Bohongku. Biarpun tak logik jawapan tu.

"Kalau awak ada masalah, kongsilah dengan saya." Ujarnya perlahan.

"Lain kali lah." Balasku acuh tak acuh.

"Ouh ya, kalau kau nampak phone aku, bagi kat aku balik tau? phone aku hilang. Kalau boleh tolong carikkan untuk aku." Kata aku lalu terus keluar dari situ. Tapi aku sempat nampak ji hyo angguk, tanda ok lahtu.

__________________________________________


"Betul ke semua maklumat yang korang bagi kat aku ni?" Tanya irene sambil dahinya berkerut, Dua orang namja yang berada di depannya mengangguk.

"Kalau macamtu, maknanya jihyun tu dah mati dan jungkook tu dah kahwin?" Mata irene membuntang, sekali lagi dua orang namja di depannya mengangguk tanda ya.

"Jahanam!" Irene memukul meja dengan kuat.

"Apa motif jungkook kahwin dengan perempuan tu? perempuan tu kan yeochin jihyun. Kenapa aku langsung tak tahu apa-apa pasal ni?!" Suara irene semakin meninggi.

"Kami pun taktahu kenapa jungkook kahwin dengan perempuan tu. Kami cuma tahu yang jihyun dah mati dan jungkook pula berkahwin dengan yeochin jihyun." Kata salah seorang daripada dua namja itu.

"Eh bodoh lah korang ni, aku upah korang untuk cari maklumat, last-last maklumat yang tak lengkap korang bagi kat aku? Sia-sia je aku bayar!" Bentak irene, tidak puas hati.

"Tapi pada pandangan kitorang, mungkin jungkook menyamar jadi jihyun kot. Sebab, ji hyo kan panggil jungkook dengan nama jihyun."

Irene terdiam seketika.

"Ada betulnya juga.." Irene teringat kembali sewaktu dia pergi ke rumah jungkook dan ji hyo, waktu tu jungkook mengaku-ngaku dirinya sebagai jihyun.

"Okaylah, kamu berdua boleh pergi." Kata irene. Dua orang namja itu menunduk tanda hormat sebelum berlalu dari situ.

"Eh kejap, kejap!" Arah irene tiba-tiba.

"Ada apa?" Tanya namja itu.

"Aku ada tugas untuk korang berdua ni. Pastikan rancangan aku ni berjaya. Kalau rancangan ni jadi, aku akan bayar korang dua kali ganda." Kata irene.

"Setuju! Apa rancanganya?"

"Nanti aku bagitahu." Irene tersenyum senget.



_________________________________________

TBC! setiap chap akan diupdate pendek-pendek, boleh ya? Tapi author akan habiskan cerita ni secepat mungkin ~

𝙵𝙰𝙺𝙴 𝙸𝙳𝙴𝙽𝚃𝙸𝚃𝚈♡²⁰¹⁶Donde viven las historias. Descúbrelo ahora