D U A P U L U H S A T U

1.4K 171 4
                                    

Jungkook pov .

Aku terasa serba salah dengan ji hyo. Dah hampir seminggu dia diculik. Aku dah cuba cari irene tapi tetap tak jumpa juga. Report polis? Memang terlintas tu. Tapi kalau aku buat report, irene akan dipenjarakan. Walaupun aku banyak kali cakap yang aku dah tak suka dia, maki dia bagai, tapi aku tak boleh tipu perasaan aku sendiri, yes aku sayangkan dia lagi .

Aku terfikir, patut ke aku ceritakan perkara sebenar kepada ji hyo?


*****


"Kau dah bagi ji hyo makan belum?" Tanya irene sebaik saja tiba di hadapan bilik stor. Dua orang namja yang telah diupah oleh irene untuk menjaga ji hyo mengangguk.

"Patutnya tak payah bagi dia makan, biar dia mati kebulur, ikutkan hati aku memang aku nak je bunuh dia. Tapi, tunggu masa je."

Dua orang namja itu hanya terdiam mendengar kata-kata irene sebentar tadi.

"Aku ni memanglah tak pernah membunuh, takut juga nak membunuh, tapi kalau betina macam ji hyo tu, memang patut dibunuh pun. Perampas." Bebel irene lagi. Namja tadi masih diam. Suasana sunyi seketika. Wajah irene masam mencuka.

"Korang tahu tak?" Irene memandang wajah dua orang namja di hadapannya itu silih berganti.

"Er, tak tahu." jawab salah seorang namja itu. Apa yang pelik sangat dengan bos mereka hari ini? tiba - tiba aje.

"Aku tak boleh tahan diri aku dari terus tengok muka perempuan tu. Tahu tak sebab apa?" Tanya irene lagi. Namja-namja itu hanya menggeleng, seram pulak tengok si irene ni.

"Sebab, jungkook. Dia rampas jungkook dari aku, and sejak akhir-akhir ni jungkook tak habis-habis call aku, bagi amaran kat aku. Bukan setakat call, mesej pun dia tak habis-habis hantar! siap ugut aku lagi, sebab ji hyo lah! Dia tahu aku yang culik ji hyo. So aku nak korang dua beware okay?!" Kali ini irene kelihatan tegas. Agak menakutkan. Memang betul, selain jungkook irene juga berubah menjadi kasar sekarang. Tapi jungkook kasar-kasar pun bukan macam irene, macam orang gila+psycho.

"Okaylah, ketepi! aku nak masuk." Kata irene kemudian melangkah masuk ke dalam bilik stor.

Jelas, kelihatan ji hyo yang sedang terduduk di dalam stor itu, dengan rambutnya serabai. Tangan diikat kebelakang. Kakinya juga turut diikat. Muka comot. Dan, ada sedikit darah beku di pipi kirinya.

"Hello sayang. Semalam lena tak tidur? banyak nyamuk ke kat sini? panas?" Tanya irene sambil membuat-buat muka simpati terhadap ji hyo. Ji hyo memberi jelingan tajam. Menyampah dengan perangai irene yang gedikk.

"Irene," Panggil ji hyo.

"Apa?" Sahut irene dingin.

"Sampai bila kau nak kurung aku kat dalam ni?"

Irene tergelak sinis mendengar soalan ji hyo,

"Tak lama pun, tunggu suami kau datang sini.. Okay? masatu kita tengok sama ada kau selamat atau tak."

"Don't worry, i will make sure yang suami kau akan datang sini. Untuk saksikan kematian wife kesayangan dia ni. Ohya, sebelum kau mati tu, aku akan pastikan jugak yang kau akan tahu sesuatu. Sesuatu yang sememangnya akan menyakitkan hati kau." Sambung irene.

"Apa?" Tanya ji hyo ingin tahu.

"You will know it. But bukan sekarang. Aku akan pastikan yang kau takkan tenang masa nak mampus nanti. and, aku akan pastikan yang kau akan mati di tangan aku." Kata irene dengan sinisnya. Ji hyo tergelak kecil.

"Kau fikir aku bergurau ya, ji hyo? kau belum kenal aku siapa. Aku tak main-main." Irene kali ini kelihatan serius. Dia tiba-tiba rasa tercabar disebabkan ji hyo tergelak kecil selepas mendengar ayatnya tadi.

"Kau pun belum kenal aku sepenuhnya, irene." Kata ji hyo.

"Ada aku kisah?" Irene meng'flip'kan rambutnya gedik,

"Irene, kau dah rosakkan muka aku. Muka aku jadi macam ni, siap ada parut bagai ni disebabkan kau, tahu?"

"Yes. Tahu. Memang disebabkan aku pun. Aku yang buat. So what?" Irene memandang ji hyo dengan pandangan jijik.

"Tak adil lah kan kalau aku sorang je jadi macam ni. Kau pun patut ada parut jugak sama macam aku. Parut aku ni kat sebelah pipi kiri, apa kata kalau kau punya kat sebelah kanan?"

"Eh, kau fikir aku ni bodoh nak cederakan diri sendiri? nak buat parut kat muka aku sendiri? adil tak adil peduli apa aku. Cakap macam orang bodoh!" Kata irene kasar.

"Aku bukan suruh kau buat sendiri,"

"Habis? kau yang nak buat? ha buatlah kalau berani! tangan pun kena ikat ada hati nak cederakan aku!" Kata irene sinis.

"Yes. Memang aku yang nak buat!" Kata ji hyo kemudian tiba-tiba bangun dari duduknya, tangan ji hyo juga sudah tidak terikat, begitu juga dengan kakinya. Tali yang diikat pada kakinya langsung tidak diikat kemas dan longgar. Di tangan ji hyo ada serpihan kaca.

 +FLASHBACK.

                          ×Ji hyo pov×

    Aku memandang sekeliling, mencari sesuatu yang tajam supaya membolehkan aku membuka ikatan pada tangan dan kaki aku. Dan, dari jauh aku ternampak serpihan kaca. Banyak sangat serpihan kaca. Disebabkan kaki aku diikat, aku tak boleh nak berjalan ke sana. Jadi aku terpaksa mengesot macam orang gila. Jauh jugak serpihan kaca tu. Dan, susah nak diambil sebab tangan aku diikat secara kebelakang. Dan selama beberapa belas minit aku cuba nak ambil serpihan kaca tu, akhirnya berjaya juga! Masa nak try buka ikatan pada tangan tu, susah sangat! sampaikan tangan aku pun terluka dan berdarah. Well, agak lama jugak baru ikatan tu putus. Lepasni, giliran aku pulak untuk balas dendam pada kau, IRENE.

               END FLASHBACK / POV


   Irene terkejut melihat ji hyo yang tiba-tiba meluru ke arahnya dengan serpihan kaca di tangan. Ji hyo tidak teragak-agak, dia terus menoreh pipi irene menggunakan serpihan kaca itu dengan kasar. Irene menjerit kesakitan.

"Ahh! bodoh! Sakitlah!!" Irene menjerit sekuat hati.

"Sakit? rasakan apa yang aku rasa sebelum ni." Kata ji hyo sinis.

"Bos!!" Salah seorang namja yang berada di luar tadi terus meluru masuk ke arah irene yang sedang mengerang kesakitan.

"Pipi aku sakit! bawa aku pergi klinik, eh tak bawak aku pergi hospital je terus! cepat!" Arah irene.

"And, kau! Jaga ji hyo! ikat dia kemas-kemas!!" Arah irene lagi kepada seorang namja di sebelahnya. Namja itu terus menangkap ji hyo dan memegangnya kasar.

"Ji hyo, kau akan menyesal sebab buat aku macam ni!!" Irene memberi amaran. Ji hyo tergelak sinis,

"Kau yang sepatutnya menyesal sebab buat aku macam ni." Balas ji hyo.

"Really? Tengok lepasni, kau akan kena lebih teruk dari ni betina sial sebab kau dah rosakkan muka aku! tak guna!!" Jerit irene tidak puas hati.

"Oh yeke? tapi ingat, apa yang kau buat aku. Aku akan balas balik. Biar sama-sama kena, sama-sama sakit. Sama-sama terseksa." Bidas ji hyo.

"Heh, cakap besar kau eh? wait and see! Dah jom cepatlah hantar gi hospital! sakit sangat ni!" Irene dan namja itu terus berlalu dari situ. Ji hyo tersenyum puas. Puas hati sangat dapat balas dendam balik.




____________________________________________

Chap ni tak terlalu panjang sgt kan? takut kalau panjang sgt readers bosan n malas nak bace je T^T . Btw abaikan lah eh kalau ada typo tu and mian sebab baru harini author updatee !

𝙵𝙰𝙺𝙴 𝙸𝙳𝙴𝙽𝚃𝙸𝚃𝚈♡²⁰¹⁶Where stories live. Discover now