4;PERAMAL

550 40 4
                                    

Seorang pemuda pergi ke sebuah pasar malam bersama teman-temannya. Pemuda itu mabuk setelah berpesta sehari suntuk. Dia hendak pulang seorang diri setelah berpisah dengan kawan-kawannya, namun dia tertarik dengan sebuah tenda. Berbeza dengan tenda-tenda lainnya di pasar malam, tenda itu tampak kosong dan sunyi. Pemuda itu melihat kearah papan yang mempunyai tulisan itu. Pemuda itu membacanya

"Peramal, "

Menarik juga. Fikir pemuda itu.

Dia membatalkan niatnya untuk pulang dan masuk ke dalam tenda. Dia tahu sangat bahawa peramal ini semestinya seorang penipu. Kerana itu, dia nak memperdajalkan si peramal itu.

...

Ketika masuk, dia melihat si peramal itu sedang duduk di depan meja dengan sebuah bola kristal di atasnya. Peramal itu seorang Wanita berusia sekitar 40-an.

"Kalau aku memberikan beberapa informasi tentang kakakku, bolehkah kamu meramalkan masa depannya untukku?"

"Boleh saja, " jawab si peramal itu.

Kemudian aku memberikan nama dan tarikh lahir seorang pemuda. Dalam hati, aku tertawa. Aku tidak mempunyai seorang kakak. Nama dan tarikh lahir yang aku berikan untuk peramal itu adalah nama dan tarikh lahirku sendiri.

Bahkan, untuk menipui si peramal itu, aku memberi tahu umur "kakaknya" itu adalah 28 tahun, padahal aku baru berumur 23 tahun.

"Jadi, umur kakak anda 28 tahun? Dan nama serta tarikh lahir yang anda berikan adalah benar?" si peramal itu ingin memastikan.

Pemuda itu mengangguk. Kemudian si peramal itu meletakkan tangannya di atas bola kristal itu dan mulut terkumat-kamit.

"Cuba lihat apa yang pembohong ini akan katakan, " desis pemuda itu dalam hati.

Tiba-tiba nampak sesuatu telah memecah konsentrasi peramal itu. Wajahnya tampak pucat dan dia menatap pemuda itu dengan wajah ketakutan.

"Ad... Adakah kakak anda dalam keadaan yang sihat sekarang? " kata peramal itu dengan gugup.

"Ya, semestinya dia sihat. Apa maksud kamu?"

"Saya benar-benar tak faham, tapi tolong beritahu pada kakak anda untuk menjaga dirinya baik-baik. Dia...dia seharusnya sudah meninggal lima tahun yang lalu, "

Creppy PastaWhere stories live. Discover now