8;Ciuman Terakhir

346 26 0
                                    

***

Seorang lelaki bernama Luke bekerja di sebuah perkilangan fabrik. 
Satu hari, kerana dia terlalu cerewet, dia mengalami kecederaan yang mengerikan. 
Tubuhnya terjatuh dan masuk kedalam mesin penggiling.

Jeritannya membuatkan rakan sekerjanya datang untuk menolong.

Mereka segera mematikan suis penggiling tersebut, namun ia sudah terlambat. 
Separuh tubuhnya sudah masuk kedalam mesin itu dari pinggang hingga ke bawah.

Kerana terkejut, dia tidak dapat merasa kesakitan lagi. 
Rakannya memandang dengan ngeri 
Separuh tubuhnya telah pun hancur.

Paramedik datang dan turut juga ngeri dengan kejadian di depan matanya. 
Luke masih lagi hidup dan sedarkan diri.

Tubuhnya makin lama makin pucat kerana kehilangan banyak darah. 
Mereka semua sepakat untuk memanggil isterinya.

Isterinya datang dan terkejut atas kejadian yang menimpa suaminya.

Namun, akhirnya dia dapat menerima hakikat. 
Dengan linangan air mata, dia mencium suaminya untuk kali terakhir.

Luke semakin lama semakin lemah. 
Dia melihat rakan sekerjanya mengelilinginya. 
Dia berfikir yang mereka akan membantu dia keluar dari mesin itu.

"Kami tak dapat biarkan kau macam ni. Kalau kami keluarkan kau, kau akan mati kehabisan darah. Jika kami biarkan kau disitu, kau akan mati dengan perlahan, dan ia amat menyeksakan. Maaf.. Kami terpaksa ambil keputusan ini.. Ini yang terbaik untuk kau, "

"Apa maksudnya? " soal isterinya.

"Maaf sekali lagi rakan.."

Dan mereka menghidupkan mesin penggiling itu

↭↭↭↭↭

Last update utk harini 😊

Next update mungkin minggu depan  😣

Vote 🎉✔
Comment 🎉✔

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Creppy PastaWhere stories live. Discover now