Part 1

3.1K 151 0
                                    

"Jeon jungkook! Datang office mama. Mama tahu sekarang kookie tengah membongkang kat atas katil kan? Hurry up. 9 sharp!" Puan jeon meletakkan telefon bimbitnya di atas meja setelah anaknya menjawab 'okay' .

"Aduh mama ni nak apa pagi2. Tak boleh nak tunggu balik rumah ke baru cakap. Penting sangat ke lahai." Jungkook mengomel perlahan. Jungkook melihat jam di telefon bimbit. Oh my! Dah pukul 8.32. Jungkook berlari anak untuk ke bilik air setelah mengambil tuala di penyidai.

Setelah jungkook sampai ke Jeon Sdn.Bhd milik arwah papanya jungkook terus berlari macam orang gila sebab kesuntukan masa. Yela mamanya tu tak boleh orang lambat. Nanti mulalah membebel.

"Lambat! Pukul berapa sekarang kookie?" Kata puan jeon. Jungkook duduk di depan mamanya sambil melihat jam tangannya. "Ala mama ni lambat 5 minit je" jungkook buat roll eyes. "Ha kenapa mama nak jumpa kookie? Kookie baru nak rehat tadi" tanya jungkook taknak membuang masa. 

"Eh kamu ni nak rehat apanya? Dah okay mama kasi cuti 2 months lepas kamu habis belajar. Kalau tak jangan harap lah. Yang kamu lambat tadi kenapa? Kamu ni cubalah set alarm, bangun awal sikit. Kamu tahu tak oran..." belum sempat puan jeon hendak menghabiskan ayatnya yang macam esei terus jungkook mencelah "Ha yela mama, im sorry, mama nak apa ni? Tak boleh nak balik rumah ke baru boleh cakap?" Jungkook malas nak mendengar celoteh mamanya. Boleh menanah telinga woo. 

"Sebenarnya boleh mama cakap masa mama balik nanti, tapi mama sengaja nak cakap sekarang sebab nak suruh kookie bangun awal. Padan muka" puan jeon membuat 'good' kat kookie. Jungkook mengeluh. Sabar jela dapat mama macam ni. Haiyaa mama ni pun perangai macam childish jugak. Geng. Yeah. 

"Mama nak kamu kahwin" kata puan jeon straight. Terbeliak mata jungkook mendengar perkataan 'kahwin'. "Wait what ma? Kahwin? No way ma. Kookie nak rest dulu." Cakap jungkook. 

"No" ujar puan jeon.

"Yes"

"I said no kookie"

"And i said yes mama" 

"Jungkook pls. Sebelum ni mama kasi apa yang kookie nak. Takkan 1 permintaan mama ni kookie taknak tunaikan? Lagipun arwah ayah ada cakap dengan mama dulu pasal ni. Macam mana kalau mama tak sempat tengok anak mama naik pelamin?" Puan jeon membuat muka sedih. Jungkook mengeluh. 

"Kalau jungkook tunaikan permintaan mama ni. Mama kasi jawatan CEO ni kat kookie. Kalau tak, mama kasi jawatan ni kat orang lain jelah jawabnya" ujar puan jeon. Ni je cara nak memancing jungkook kerana dia tahu jungkook memang nak sangat jawatan CEO ni. Lagipun dia dah penat nak pegang jawatan ni dan ni turn dia pulak nak rest kat rumah.

Mata jungkook bersinar mengalahkan permata. Wait CEO? omg ni lah yang aku tunggu selama ni. Tapi kahwin? Hm tak kesah sangat lah. Aku takkan sentuh dia entah2 takkan bercakap dengan dia. Nasib kau lah perempuan!

"Okay ma kookie setuju. Ujar jungkook. "Yeay thanku my son. Nanti mama kenalkan anak kawan mama tu kat kookie ye. Tapi bukan awekS kookie kat luar sana tu!" kata puan jeon yang sengaja menekan perkataan 'S'. Jungkook hanya mengangguk sambil tersenyum fake. Dia tahu mamanya nak perli dia. 

Yang penting CEO CEO CEO. Jungkook bercakap dalam hati. Siapa je taknak jawatan CEO tu? Orang gila pun nak wei. 

#TBC 

Author nak mintak maaf kalau ada kurang ke apa ke bcs im new! Xoxo♥



Perfect Together JUNGKOOK BTS [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें