Baby 2

3.7K 249 10
                                    

Hari kedua

Petttttttttttttt!

Panjang bunyi wisel.

"Nisa, Bee. Bangun!" Mary berbisik sedikit sambil tubuh teman baru digoyang perlahan.

Badanku terasa digoncang. Argh! Kenapa pulak malaun tengkorak cuit-cuit lengan aku ni?

"Bee! Dah nak pukul 5.30." Suara Nisa.

Aku buka mata juga. Dikesat kelopak mata. Nisa sedang membuka beg dan Mary duduk macam patung cendana. Terkebil-kebil matanya.

Aku tekan jam. Nasib baik jam aku ada lampu. 5:15 a.m. hmm. Aku kembali merebahkan kepala.

"Bee bangunlah. Nanti kena denda kalau lambat." Nisa menggoyang tanganku.

Aku bangun mengejut. "Pergilah sana kalau nak sembahyang! Tak payah kacau aku tidur!" Menengking. Terangkat bahu Nisa. Mary pun sama. Aku kembali merebahkan badan.

"Jom Mary.."

Aku dengar pintu khemah ditutup. Dan mereka berlalu. Fuh! Aman dunia. Aku kembali bermimpi untuk 15 minit.

15 minit. 20 minit. 25 minit.

Aku bangun mengejut. Alamak! Dah 5:40. Tanpa membawa apa-apa, aku pantas keluar dari khemah. Aku nampak kawasan itu lengang.

Adoi! Mati aku kena PT10 lagi!

Aku berlari pantas. Tak semena-mena aku terlanggar seseorang. Degup jantungku makin pantas. Tuan jurulatih ke? Dengan kecut perut, aku angkat kepala.

Malaun tengkorak hemo???

"Dah agak dah. Pergi dewan sana. Before Tuan Haris ngap kau."

Tubuhku ditolak. Aku terkedepan. Hampir tersungkur. Baru nak menoleh belakang, terasa pula belakang punggungku basah. Aku pegang seluar tidurku. Merah? Dan aku nampak malaun tu tengah pegang gelas. Dia selamba seperti selalu.

"WHAT THE HECK ARE YOU DOING!?" marah. Sakit hati. Semua ada. Aku dahla lambat. Cari pasal pulak dia ni!

"Cepat pergi dewan. Dah tau diri tu lambat, sibuk pasal seluar. Lepas head count nanti kau tukar. Go!" Badanku ditolaknya lagi. Malaun tu pula selamba melempar gelas ke tanah dan berlari ke arah lain, bukan ke dewan.

Dengan hati mendongkol marah, aku memaksa diri ke dewan. Seluar yang basah itu aku pegang. Macam ape ntah aku ni! Semua budak tu punya fasallah! Siap kau nanti.


Aku berdiri dari jauh memerhati mereka-mereka yang tak turun solat dan tak turun ke dewan sedang dihukum oleh Tuan Haris. Hukuman mereka: bergolek-golek di jalan tar, tengah panas terik pastinya jalan tar tu panas, golek sampai muntah. Tak kira lelaki perempuan.

Aku telan liur. Kalau tak kerana air sirap simbahan malaun tu tadi, confirm aku dihukum sama. Kalau tak kerana simbahan air itu, mereka tahu aku sebenarnya boleh solat tapi ponteng.

Dan yang paling menyentak hatiku tiba-tiba..

Dalam kalangan 20 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan itu, malaun ada sekali. Pasti dia lambat ke surau sebab cari aku, bertekak dengan aku dan selamatkan aku dari denda. Oh God. Dia dah dua kali selamatkan aku kan? Kenapa kau buat aku rasa serba salah ni?

BABY BOO ✔(TAMAT)Where stories live. Discover now