Bab 20

20.1K 1.4K 19
                                    

Selesai sahaja salam kedua solat isyak, Furqan, Aqil dan Aqilah terus tidur! Tenaga mereka sudah 0% perlu dicas kembali. Pintu dikunci rapat. Masa untuk berdua-duaan. Tersuka pula Hani dengan Bawal Pucci itu cuma baju perlu ditukar. Terlalu alien untuknya.

“Boleh tanya macam mana tudung pendek tu jadi labuh?” Dalam banyak-banyak soalan itu yang mahu ditanya Irfan.

Hani menanggalkan semula tudungnya demi menunjukkan tutorial melabuhkan tudung bidang 45 kepada Irfan.

Tudung empat segi dibentang. Satu bucu ditarik sekadar lepas paras leher. Kecil sahaja segi tiga yang terhasil. Satu pin diambil dan tudung disuakan ke muka. Bahagian kiri ditarik ke bahu kanan. Bahagian kanan ditarik ke bahu kiri. Bahagian leher diletak jarum peniti sebagai langkah keselamatan agar leher tidak kelihatan.

“Siap!” Hani menunjukkan hasilnya.

“Jom!” Tangan Hani digenggam.

Beberapa kayu dan rumput kering dikumpul. Irfan menghidupkan api dan terhasillah unggun api kecil berhadapan dengan laut.

Hani menemui tempatnya. Bersandar di dalam dakapan Irfan sambil baring mengira bintang.

“Furqan.” Hani hendak memulakan perbualan tetapi Irfan meletakkan jarinya di atas bibir Hani.

Irfan mahu berdua dengan Hani. Masalah dunia, masalah negara atau masalah dalam rumah semua tolak tepi.

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Potongan lirik lagu Tercipta Untukku oleh Ungu Irfan bisikkan ke telinga Hani. Bait lirik itu cukup jelas untuk Hani faham maknanya. Sejak usia enam tahun mereka telah bertemu dan sehingga kini mereka masih bersama. Bersama-sama mereka menapak di jalan kehidupan. Setiap langkah dipenuhi oleh memori pahit dan manis.

“Abang, Hani rasa kesibukan menjadi dewasa ni buat Hani lupa yang Hani pun pernah jadi kanak-kanak. Hani lupa yang Hani rasa apa yang Furqan rasa. Perasaan nakkan perhatian tapi tak mampu nak luahkan.” Hani malu dengan dirinya sendiri. Dia sudah berjanji dengan dirinya untuk cuba faham anak-anak tetapi janji itu kian lupus dari ingatan dan perjumpaan dengan Dr. Cinta telah mengingatkannya kembali kepada janji itu.

“Salah abang juga, Hani sepatutnya jadi rabbatul bait sahaja tapi abang bebankan Hani dengan kerja kedua abang. Uruskan syarikat tu abang tahu bukan mudah dan itu bukan kerja Hani.”

“Abang tak bebankan Hani. Hani yang rela nak bantu tapi Hani tak sedar Hani abaikan tugas hakiki Hani.” Hani cuba menyedapkan hati Irfan.

“Hani sabar, cuma untuk empat tahun je lagi dan abang akan jadikan Hani Rabbatul Bait sebenar-benarnya permaisuri.”

Rabbatul Bait ; Permisuri di rumah

Gelaran untuk seorang wanita Islam yang sudah berkahwin. Anak-anak adalah rakyatnya dan suami adalah rajanya. Tugasnya kepada suami hanya ada dua menurut Al-Quran iaitu taat perintah selagi tidak bertentangan dengan syarak dan menjaga kehormatan diri.

“…Kerana mereka (lelaki) sudah memberikan nafkah dari hartanya, maka perempuan-perempuan yang solehah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga kehormatan diri semasa ketiadaan (suaminya) kerana Allah telah menjaga mereka…”
Surah An-Nisa’ : 34

Tugas sebagai seorang ibu pula memberi pendidikan dan kasih sayang kepada anak-anak kerana wanita lebih lembut jiwanya berbanding lelaki. Pendidikan yang diberi oleh seorang ibu itu sangat berkesan kerana sifat empati terhadap anak-anak sudah terjalin daripada dalam kandungan. Rahim bermaksud kasih sayang dan organ itu dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia bergelar perempuan kerana itu ksih seorang ibu tak akan sama dengan kasih seorang bapa.

“Kalau Hani penat dengan kerja pejabat, boleh je ambil pembantu rumah. Sebab viral haritu yang tugas kerja rumah apa semua tu tanggungjawab suami. Menyediakan kemudahan kepada isteri. Kalau tak viral abang tak tahu sebenarnya.”

Hani memandang Irfan.

“Pembantu rumah? Tak mahulah. Hani lebih selesa cuma keluarga kita je dalam rumah. Membazir duit je. Hani masih mampu buat semua tu. Kalau dengan Hani kemas rumah, masak, cuci pinggan basuh baju semua tu dapat gembirakan abang apa salahnya. Abang tiket syurga Hani. Kebahagiaan abang ialah syurga buat Hani.” Petah sahaja lidahnya menyusun kata.

“Tahu apa beza pembantu rumah dengan suri rumah?” Tanya Irfan.

“Entahlah, yang Hani tahu, Hani suri hati abang.” Ishhh tak malu!

“Ha betul la tu, tapi apa yang Irfan nak cakap, pembantu rumah buat kerja rumah sebab dia dibayar dengan duit tapi suri rumah buat atas rasa tanggungjawab. Tak dibayar langsung. Irfan sangat-sangat kagum dengan full time housewife. Lagi kagum dengan working mummy macam Hani. Dah siap kerja luar nak buat kerja dalam rumah pula.” Jujur Irfan.

“Salah bang, suri rumah tak buat kerja atas rasa tanggungjawab tapi atas dasar cinta dan sayangkan keluarga. Sebab macam abang kata awal tadi, tugas tu tanggungjawab suami bukan kami para isteri. Tapi macam itulah kami balas kasih yang diberi. Nak bahagiakan isteri, cukup dengan beri dia kasih sayang dan perhatian InshaAllah dia akan balas kembali dengan menjadi yang terbaik untuk kelurganya. Hani takut sangat kalau dekat ‘sana’ nanti Hani disoal kenapa tak bahagiakan suami Hani sedangkan abang dah beri kasih sayang yang ekstra untuk Hani.” Terang Hani pula. Semakin kagum Irfan dengan kebenaran kata-kata Hani.

“Hani, sayang abang yang seorang ini sedang mendaki puncak tertinggi bernama Ihsan. InshaAllah syurga buatmu sayang.” Irfan mengucup dahi Hani. 

Daripada Abu Hurairah r.a
Jibril bersoal jawab dengan Nabi Muhammad SAW dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan “kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu”

Hadis riwayat Bukhari & Muslim

“Jom balik. Nanti Aqil meraung lapar. Budak tu memang ikut abang. Lapar tak kira masa.” Usik Hani.

Kembali kepada realiti khidupan. Unggun api kecil dipadam. Dalam perjalanan pulang ke rumah tumpangan, Irfan singgah di gerai makan tepi jalan. Nasi goreng kampung dua bungkus sebagai gabi mereka malam itu.

Plan Diet Sihat #Gagal !

Pintu dibuka dan anak-anak bertiga masing-masing bersila menghadap Nutella dan roti yang dibeli Hani tadi. Lebih menghadap Nutella daripada roti sebenarnya. Pandai dah anak-anak cari makan sendiri. Langsung tak perasan mereka masuk.

“Assalamualaikum ya anak-anak.” Tegur Hani.

Barulah mereka tertoleh dengan mulut masing-masing comot dengan Nutella.

Roti masih tak surut tetapi bekas Nutella nampaknya sudah kosong dikerjakan mereka.

“Apa mama cakap fasal makan roti dengan sapuan?” Hani bercekak pinggang hendak marahpun tak mampu comel sangat mereka bercomot-comot. Sibuk Furqan mengelap mulut Aqil dan Aqilah.

“Makan dengan roti…” Serentak mereka menjawab.

“Tapi mama, kita orang tak salah. Abang bagi roti, seorang dua.” Aqilah menegakkan kebenaran bagi pihak anak.

“Abang agak Aqilah ni jadi peguam bila besar nanti. Ada je yang dia boleh pertahankan.”Bisik Irfan.

“Rotinya dua keping, Nutellanya empat sudu. Iyalah anak-anak.” Hani memicit kepala yang tidak pening.

“Siapa nak makan nasi goreng?!” Irfan masuk menceriakan keadaan.

Bulatan kecil dibesarkan. Irfan membasuh tangan dahulu dan Hani mengeluarkan air mineral.

Setelah basmalah dibaca, Irfan menyuap nasi ke dalam mulut Hani, Aqilah, Aqil, Furqan dan dirinya sehingga habis dua bungkus nasi.

TSK : PermataTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon