Chapter 18

2.3K 186 2
                                    

Seorang pelayan meletakkan hidangan sarapan yang telah dipesan di atas meja pelanggannya sebelum berlalu dari situ. Aira mencapai cawan green teanya lalu dihirup perlahan. Panas dan menyegarkan. Luthfi hanya memerhatikan gadis itu. Serius. Sejak kejadian malam tadi, gadis di hadapannya itu berubah sikapnya 360°. Kegedikkan dan ketidak matangan yang dia selalu tunjukkan pada Luthfi sudah tiada. Apa yang Luthfi nampak sekarang adalah seorang gadis yang matang dan sangat.... Sangat... Cantik... Cantik?

"Ehem.. So, apa yang Cik Aira nak cakap?" Soal Luthfi. Cuba mengalihkan perhatiannya sendiri. Aira meletakkan cawan green teanya lalu memandang Luthfi. Tanpa secalit senyuman pun.

"Let me just go straight to the point.."

"Okay.. What is it?"

"I've been seriously stalking on you for a few days now.. And I found a really shocking truth." Luthfi tersentak. Truth? What truth.

"W-what truth?"

"Jangan berlakon lagi, Encik Luthfi Syakirin. I know who you are.." Sekali lagi Luthfi tersentak. Rahsia dia dah terbongkar ke?

"Apa yang Cik Aira cakapkan ni?" Luthfi tersengih kekok.

"Are you a spy, Encik Luthfi?" Crap! Mata Luthfi terbutang luas. Rasanya dia dah sorokkan identitinya sesulit mungkin. Macammana perempuan ni boleh tahu semua tu?

"Spy? What are you saying? I'm not a spy, Cik Aira! I'm just a bodyguard."

"Yelah tu.. Luthfi.. Don't worry.. you can tell me.. Kalaupun awak tengah siasat pasal papa, saya ok.. Please.. Just tell me the truth.." Aira memandang Luthfi sedalam yang dia boleh.

"Who are you exactly Miss Aira? I know I've been hiding my real identity as confidential as it can be.. How did you know all of this?" Aira tersenyum.

"Banyak yang awak tak tahu pasal saya.. Awak rasa, macammana saya boleh tahu pasal kerja haram papa selama ni?" Luthfi turut tersenyum.

"Okay.. Sebab dah kantoi.. I'll just tell you the truth.. Actually, I'm not a spy.. I'm a private detective. Saya ke sini atas permintaan dari client saya untuk siasat pasal Dato' Zikry Danial. Pasal semua kerja haram dia.. And put a stop to it.." Jelas Luthfi. Lebih baik dia rahsiakan dulu tentang tujuan sebenarnya.

Aira bersandar di kerusinya.

"Are you ok?" Aira mengangguk.

"Tak maksud saya.. Awak ok ke dengan semua ni? I mean, he is your father.." Aira mengeluh perlahan.

"Apa saya boleh buat, Luth. Memang dia ayah saya.. Tapi yang salah tetap salah. Yang haram tetap haram.. I can't afford to fight law."

"Jadi awak ok kalau saya teruskan apa yang saya buat? And kalaulah satu hari nanti, saya berjaya buktikan semuanya dan ayah awak ditangkap, awak takkan benci saya kan?" Aira tersenyum.

"Awak takut saya benci awak ke?" Dia tersenyum penuh makna. Luthfi menggelabah.

"M-maksud saya.. Manalah tahu kot-kot nanti awak nak balas dendam kat saya pulak ke.." Aira tergelak kecil.

"Don't worry about it.. Saya takkan masuk campur dalam urusan awak.. But, I want to warn you.. I still not giving up on you, Luthfi.." Aira menongkat dagunya sambil tersenyum ke arah Luthfi.

"W-what?" Wajah Luthfi tiba-tiba
Memerah. Terus dia mengalihkan pandangannya.

"Em.. Hmm.. Eh! Dah pukul 9.45! Saya kena pergi ambik Dato' Zikry ni.. Emm.. Saya.. Pergi dulu ya.. Cik Aira.." Luthfi bangkit dari kerusinya. Aira tergelak kecil.

"What we discuss just now.. I hope you keep it to yourself.. I trust you with this secret.." Ujar Luthfi sebelum beredar meninggalkan Aira sendirian di kafe. Aira menghirup green teanya yang sudah sejuk. Sepasang cermin mata berbingkai merah jambu dicapai  dari beg tangannya. Dia tersenyum sendiri sebelum memicit-micit matanya disebalik cermin mata.

Setitis demi setitis air mata mengalir keluar membasahi pipinya. Cermin mata dicabut lalu kepalanya ditutup dengan kedua-dua belah tangannya di atas meja. Aira menangis teresak-esak sehingga mengundang perhatian dari pelanggan-pelanggan lain di kafe itu. Mungkin ada yang terfikir gadis itu baru sahaja putus cinta. Aira tidak mempedulikan orang lain. Meja sudah dibasahi dengan air matanya. Dia sedih. Dia sakit. Kenapa ayahnya? Kenapa bukan orang lain? Kenapa?

Revenge Part 2: LUTHWhere stories live. Discover now