chapter 20

2.3K 171 2
                                    

"Bos.. Ingatkan tak nak datang.. Nasib baik aku tak balik lagi.." Elya bangkit dari kerusi lalu mengekori Luthfi ke bilik pejabatnya. Fail hitam yang diletakkan oleh Elya di atas meja kerjanya diambil.

"Macammana kau boleh dapat ni?" Elya tersengih.

"Aku ada member dekat forensik tu.. Mintak tolong dia.. Don't worry bos.. We can trust him." Luthfi menjeling Elya sambil tersenyum.

"Him?"

"Yes.. Him laa.."

"Haha okok.." Fail itu dibelek-belek. Ianya adalah laporan bedah siasat mayat Zacchary. Dah lama dah, tapi, Luthfi menunggu keadaan reda sebelum meminta Elya untuk mencari maklumat itu. Dia tahu yang Elya sememangnya mempunyai ramai pemberi maklumat. Sebab itulah gadis itu diambil bekerja dengannya.

"45 ACP..." Ujar Luthfi.

"Ape bos?"

"Jenis peluru dia.. 45 ACP.. Suspek mungkin seorang yang dah mahir gunakan senjata api. Lagipun, pada badan mangsa langsung tak ada kesan pergelutan. Aku dah periksa kat tempat kejadian, tak ada kesan-kesan peluru yang tersasar." Fail itu ditutup lalu diletakkan di atas meja. Luthfi mengambil tempat di atas kerusi.

"So, that means?" Elya mengambil tempat di kerusi bertentangan.

"That means, suspect already knew he was going to be there that night.. I think, he was followed by someone who really want him dead."

……………………………………………

"Apa kita buat kat sini bos?" Soal Luthfi sebaik sahaja mereka sampai di sebuah bangunan di pinggir Bukit Belimbing. Tempat yang agak tersorok tetapi ramai penghuninya.

"Nanti kau tahulah.." Dato' Zikry melangkah masuk ke dalamnya diikuti oleh Luthfi dari belakang. Tiba-tiba dia berasa seriau masuk ke tempat yang tidak diketahui itu. Sebaik mereka melangkah masuk, bunyi sorakan orang ramai mula kedengaran kuat. Ramai sangat sedang berkumpul mengerumuni satu bulatan yang berbentuk gelanggang. Terdapat bermacam jenis manusia di situ. Yang memakai kot pun ada. Luthfi agak terkejut juga. Apa yang mereka buat di tempat seperti ini?

"Zikry!!" Sapa seorang lelaki melangkah ke arah mereka sambil mendepakan tangannya. Seakan-akan baru bertemu kawan lama.

"Latiff! Lama tak jumpa kau.." Lelaki itu ketawa kuat.

"Itulah.. Kalau aku tak jemput kau ke sini, tak adanya kau nak datang kan?" Mereka berpelukan sambil ketawa.

"Sudahlah.. Ayuh kita ke atas.. Aku nak tunjukkan sesuatu.." Tan Sri Latiff mengiringi Dato Zikry ke dalam lif. Luthfi hanya mengikut sahaja.

Mereka tiba di sebuah bilik betul-betul di atas gelanggang itu. Bilik itu bercermin. Jadi mereka boleh nampak apa yang terjadi di gelanggang di bawah.

"Duduk duduk.." Jemput Tak Sri Latiff. Dia dan Dato' Zikry mengambil tempat duduk yang sudah disediakan di hadapan cermin.

"Kau ada fighter baru ke?" Soal Dato Zikry. Tan Sri Latiff ketawa sambil mengangguk.

Seorang lelaki berdiri di tengah-tengah gelanggang. Tidak berbaju. Hanya memakai seluar pendek paras lutut. Rambutnya seperti orang negro dan diikat kemas. Badannya berketul-ketul.

"Itu Fang.. Aku jumpa dia dekat Perkampuangan orang asli. Dia terdesak, keluarganya miskin. Jadi aku offerlah dia kerja dengan aku sebagai fighter baru aku.. Setakat ni, still tak ada mana-mana pencabar yang boleh kalahkan dia." Tan Sri Latiff ketawa berdekah-dekah. Dato' Zikry mengangguk-angguk.

"Aku nak tengok dia berlawan.." Sekali lagi Tan Sri Latiff ketawa. Serius. Periang betul orang tua ni.

"Okay.."

"Okayy!!! Pencabar kita yang seterusnya!! Sila naik ke gelanggang!" Jerit si pengadil perlawanan.

Tiba-tiba seorang lelaki bersinglet putih berbadan agak sado melangkah naik ke gelanggang. Si pengadil mendekatinya. Kelihatan Fang tersenyum sinis memandang lelaki itu.

"Nama bang?" Soal si pengadil.

"Zack je.."

"Okay!! Next fight!!! Fang versus Zack!! Sila letakkan taruhan masing-masing!" Jerit pengadil itu diiringi sorakan para penonton.

"Alright! Fang! Zack! Sedia? And... Start!!" Tangan dilambai ke tengah gelanggang sebelum dia berlari ke sisi gelanggang. Kepala Fang digerakkan ke kiri dan kanan. Dia tersengih.

Zack meluru ke arah Fang. Tumbukan dihala ke arah Fang. Dengan mudah Fang mengelak. Zack tidak berputus asa. Tumbukan dilepaskan bertubi-tubi. Satu pun tidak mengena. Fang berjaya mengelak semuanya. Dengan satu tendangan pantas di perut Zack, zack tercampak ke belakang sambil memegang perutnya.

Fang melangkah ke arah Zack yang masih terbaring. Perut lelaki itu disepak berkali-kali sehingga lelaki itu mula muntah darah dan akhirnya tidak sedarkan diri. Fang tersengih.

"Dan pemenangnya!! Fang!!!!" Riuh tempat itu dengan sorakan para penonton. Nampaknya, ramai yang menang pertaruhan itu.

Tan Sri Latiff ketawa lagi.

"Tengok! Hebatkan? Hahhaha!" Dato' Zikry tersenyum.

"Okay.. Kalau macam tu.. Aku bertaruh 500 ribu ringgit fighter kau akan kalah hari ni!" Ujar Dato' Zikry. Tan Sri Latiff kelihatan terkejut.

"Kau nak bertaruh? Kau ada fighter ke yang boleh kalahkan fighter aku?" Dato' Zikry tersenyum.

"Of course..."

Revenge Part 2: LUTHWhere stories live. Discover now