SEPULUH

182 7 0
                                    

Rayyan berlari ke ward 303.Langkahnya mati di hadapan ward itu. Dia menarik nafas dan dihembus. Cuba bertenang.

Kemudian dia membuka pintu ward. Kelihatan Natasha terbaring lemah. Perlahan-lahan Rayyan menapak ke katil Natasha.

Natasha terus memalingkan muka ke arah lain. Sakit hatinya bila pandang muka tak bersalah Rayyan.

"Mama, Tasha tak nak jumpa sesiapa... "Natasha bersuara perlahan.
"Tasha... "

"Tasha tak nak jumpa abang Ray. Halau dia keluar..! "jerit Natasha kuat.
"Ray... "
"Keluar!!!!! "Natasha menjerit lagi. Rayyan keluar dari ward, dia memanggil doktor.

Seorang doktor masuk ke ward bersama dua orang nurse.
"Maaf encik, puan sila keluar.."
kata nurse itu. Rayyan dan puan Jasmin beredar dari situ.

"Apa yang berlaku, Ray?"soal puan Jasmin.
"Tasha tak cakap apa-apa pada Aunty? "soal Rayyan tanpa menjawab pertanyaan puan Jasmin. Puan Jasmin hanya menggeleng.

"Ray, tell me"
"Ray nak putuskan pertunangan kami. "Rayyan berterus terang. Wajah puan Jasmin berubah. Terkejut.
"Ray nak putuskan pertunangan. Tapi kenapa? "soal puan Jasmin. Rayyan terdiam.
"Tasha tak cukup cantik pada Ray ke? Tasha sangat mencintai Ray. Kenapa Ray sanggup lukakan hati Tasha?"

"Maaf aunty. Ray tak cintakan Tasha. "
"Ray, aunty merayu. Tolong jangan putuskan pertunangan kamu. "rayu puan Jasmin.

Melutut pun dia sanggup. Asalkan Rayyan tidak memutuskan pertunangan dengan Natasha.
"Maaf aunty. Ray tak pernah cintakan Tasha. Ray dah anggap Tasha seperti adik sendiri. Maaf."
Rayyan beredar dari situ.

*****************************
Aishah menolak perlahan pintu kaca kafe Sri Aman. Matanya melilau mencari puan Jasmin.

Pandangan jatuh pada seorang wanita dalam lingkungan 50 an yang duduk di penjuru kafe. Wanita itu mengamit Aishah. Aishah melangkah ke wanita itu.

"Puan Jasmin?"
Puan Jasmin menoleh. Dia terperanjat. Wajah Aishah seiras Alyssa anak tiri yang di benci.
"Err.. have a seat. "pelawa puan Jasmin. Aishah menarik kerusi, duduk bertentangan puan Jasmin.

Puan Jasmin mengeluarkan sekeping cek dari tas tangannya. Dia meletakkan sekeping cek di hadapan Aishah.

"Ini cek kosong. Sudah bertandatangan. Awak boleh isi seberapa banyak yang awak nak. Cek ini bayaran untuk awak tinggalkan Rayyan. "
kata puan Jasmin. Dia tahu orang seperti Aishah perlukan duit. Aishah memandang kosong pada cek itu.

"Saya tak perlukan cek ini. Lebih baik puan dermakan kepada rumah anak yatim. "sindir Aishah. Riak wajah puan Jasmin berubah.

Puan Jasmin mengambil gelas yang berisi air lalu di simbah ke muka Aishah.

"Ini amaran pertama untuk awak. Kalau saya dapat tahu awak masih berhubung dengan Rayyan, awak akan menerima nasib yang buruk! "
ugut puan Jasmin terus beredar dari situ.

Aishah tersentak. Habis muka dan bajunya lencun. Dia tergamam dan bingkas bangun beredar dari situ.

****************************
Mata Aishah melilau mencari kelibat Rayyan. Mana pulak lah Mamat ni duduk. Dia nampak Rayyan yang sedang minum di penjuru kafe itu. Aishah mengatur langkah ke Rayyan.

"Ray.. "
tegur Aishah. Dia melabuhkan punggung di sebelah Rayyan. Rayyan hanya membisu. Dia teringatkan Alyssa. Dia merindui Alyssa.

"Ray, awak ada masalah ke? "
Rayyan menoleh. Dia menatap wajah Aishah.
"Saya rindukan dia. Dia cinta pertama saya. Wajah awak mengingatkan saya pada Alyssa."
Rayyan meluahkan perasaannya. Aishah tersentak. Kenapa tiba-tiba dia rasa cemburu pada Alyssa. Padahal dia langsung tidak mengenali Alyssa.

"Ray, kenapa dengan awak ni?"Rayyan tersedar. Gadis yang berada di hadapannya adalah Aishah. Aishah merasa bosan. Rayyan asyik meratap. Dia bangun lalu keluar dari kafe itu. Lebih baik duduk rumah layan facebook. Rayyan mengekori Aishah. Tangan Aishah di pegang.

"Alyssa... "
panggil Rayyan.
"I'm not Alyssa. I'm Aishah. Awak dah mabuk Ray... "
"Saya tak mabuk. Betul awak tak ingat saya?"tanya Rayyan
Aishah rasa pelik.
"Apa maksud awak?"

"Betul awak tak ingat saya?"Rayyan mengulangi pertanyaannya. Aishah semakin keliru. Mata Rayyan tertancap pada leher Aishah. Rantai itu. Dia teringat kembali dia pernah menghadiahkan rantai itu pada ulangtahun kelahiran Alyssa yang ke 20.

"Rantai itu. Mana awak dapat?"soal Rayyan ingin tahu.
"Rantai ni memang berada di leher saya. Kenapa awak tanya?"soal Aishah hairan. Adakah rantai ini ada kaitan dengan Alyssa. Tak mungkin. Setahunya rantai itu di berikan oleh Nazmi. Rantai itu berbentuk hati. Apabila di pisahkan, ia kelihatan hati yang telah berpecah dua.

"Saya masih ingat. Rantai itu saya hadiah kan pada Alyssa di hari lahirnya yang 20.Saya pernah berjanji pada awak yang kita akan berkahwin selepas saya balik dari Australia. Takkan awak tak ingat?"
Aishah menggeleng kepala. Dia langsung tak ingat kisah silamnya.

"Maaf Ray. Saya langsung tak ingat. "Aishah mengeluh. Rayyan menarik tubuh Aishah rapat ketubuhnya. Dia memeluk erat. Perlahan-lahan Aishah membalas pelukan Rayyan.

I MISS YOU Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt