#1 - Lily

67 0 0
                                    

"Semua sekali RM9.30. "

Lily memasukkan smartphone Samsung Galaxy J7 ditangannya ke dalam handbag. Kemudian dia mengeluarkan sekeping not RM 10. Not itu bertukar tangan. Selepas memulangkan wang baki, cashier 7-Eleven itu sempat melemparkan satu senyuman simpul kepada Lily.

"Terima kasih." Lily mengambil barang-barang yang dibelinya di atas kaunter dan memusingkan badannya untuk keluar dari barisan pelanggan yang beratur. Di saat itu, matanya bertentang dengan mata seorang lelaki yang betul-betul beratur dibelakangnya. Seorang lelaki bertubuh agak tegap, bersama raut muka yang bengis dan mempunyai parut di pipi kiri. Renungannya cukup tajam tepat ke mata Lily.

Sedikit kaget dengan situasi sedemikian, Lily cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan terus keluar menuju ke pintu keluar premis 24 jam itu. Melalui ekor matanya, Lily dapat perasan yang renungan lelaki tadi masih lagi mengikutinya.

Dalam beberapa langkah kecil Lily di luar premis 24 jam itu, kedengaran bunyi 'ding-dong' - bunyi doorbell tanda pintu premis dibuka. Hati Lily mula rasa tak sedap. Dia menoleh sedikit ke belakang, dan mendapati sebatang tubuh kekar sedang keluar dari balik pintu tersebut, dengan kepala sedikit tertunduk mengelak pertembungan dengan pintu.

Alamak, mamat tadi! Jerit hati Lily. Dia cepat-cepat menoleh ke hadapan semula, membetulkan sedikit letak tudungnya, dan mempercepatkan langkahnya. Janganla mamat tu ikut aku, jangan lahaiiii! Dan dan time ni la aku nak pakai kain ni...kan dah lambat kalau nak lari pun! Harapan dan makian bercampur campur dalam benaknya sambil melangkah.

Tanpa melihat ke belakang, Lily terus menyusuri kaki lima itu. Melalui cermin kedai di sepanjang kaki lima, dia dapat memastikan bahawa lelaki tadi benar-benar mengekorinya. Hatinya semakin berdebar-debar. Dia berkira-kira, laluan biasa ke apartmennya adalah laluan yang agak sunyi. Dia mengambil keputusan untuk menggunakan laluan alternatif yang lebih public, dan ramai orang di sekeliling. Mujur juga dia mahir dengan selok belok jalan di sekitar sini, kalau tak mati akal juga dibuatnya.

Usaha Lily nampak seperti membuahkan hasil, walaupun tidaklah 100 peratus. Ini kerana walaupun lelaki itu tetap mengekori, dia tidak mendekatkan jaraknya dengan Lily. Walau apapun motifnya, mungkin dia tak mahu mencetuskan kekecohan di ruang yang ramai orang itu. Keadaan itu kekal sehinggalah Lily tiba di perkarangan bangunan apartmennya, Apartmen Nusamas.

Lily memasang harapan kepada pak guard untuk menghalang lelaki itu masuk ke kawasan Apartmen Nusamas. Namun nampaknya pak guard telah gagal menjadi harapan. Batang hidung pun tak nampak! Ish pakgad ni la, hilang ni pi isap rokok ke apa lah ni. Lily mengomel dalam hati setelah dikecewakan oleh harapan yang dipasangnya sendiri. Dalam pada itu sempat juga dia throwback mengenangkan pak guard yang sebelum ini, yang setia menanti kepulangan Lily semata mata untuk memberikannya sejambak bunga setiap hari selepas dia pulang dari kerja. Sehinggakan pak guard itu mendapat jolokan Hang Tuah Bunga Lily oleh rakan-rakan Lily.

Sedar dari lamunannya, Lily terus mengorak langkah. Apartmen yang diduduki olehnya terletak di tingkat 11. Dia terpaksa menaiki lif untuk ke atas. Dia membuat beberapa cubaan membelok di ruang legar sebelum sampai ke ruang lif bagi meloloskan diri dari lelaki tersebut. Sesampainya di ruang lif, dengan perasaan yang masih berombak dia mencuri pandang sekeliling. Hatinya menjadi sedikit lega apabila kelibat lelaki itu tidak kelihatan.

Dengan pantas Lily menekan butang lif dan pintu lif terbuka serta merta. Lily memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat, perasaan leganya bagaikan baru diumumkan menjadi peserta yang terselamat dari terkeluar dalam sebuah reality show. Lily masuk ke dalam lif, menekan punat berlabel '11' dan pintu lif pun tertutup --- KLONG! Sebatang tangan muncul mencengkam pintu lif dari tertutup!

Tangan yang kekar itu diikuti oleh sebatang tubuh yang amat Lily kenali - iaitu lelaki stalkernya dari awal tadi. Pintu lif pula kekal terbuka kerana ditahan. Melihatkan tubuh yang agak tegap itu berada beberapa sentimeter sahaja dihadapannya dengan raut wajah yang bengis, darah Lily terasa naik hingga ke kepala. Dia ingin menjerit apabila tangan lelaki itu yang sebelah lagi dihulur ke arah dadanya. Dia memejam mata dan bersedia untuk menjerit sekuat-kuat hatinya.

.......

"Cik? Saya rasa cik tertinggal benda ni tadi kat 7E."

....Ehhh?

Lily membuka sebelah matanya. Lelaki tadi masih kekal tidak berganjak dari kedudukan asalnya. Di telapak tangan yang dihulurnya ke arah Lily terdampar seutas phone strap berbentuk cupcake - dengan tulisan 'L. I. L. Y' di atasnya.

"Err...ini...phone strap saya." ujar Lily selepas membuka kedua-dua matanya.

"Yep, agaknya kot. Saya perasan strap ni jatuh masa cik masukkan fon dalam handbag tadi." Lelaki itu mengoyak sengih. Hilang terus raut wajahnya yang terlihat bengis sedari tadi.

"And...awak kejar saya sebab nak pulangkan strap ni?" Lily menggigit bibir bawah, pandangannya di bawa melihat strap di tangan lelaki itu dan kemudian wajah lelaki itu. Dalam 2 3 kali ulang jugaklah.

"Kejar tu taklah, saya just jalan je...tapi memang nak pulangkanlah ni. Atuk saya cakap kalau jumpa barang orang wajib pulangkan. Cik...Lily?" mata lelaki itu tertancap ke arah tulisan di atas cupcake. Dengan senyuman yang makin dilebarkan, tangannya dihulur sekali lagi ke arah empunya strap.

"T...thanks." Lily menyambut huluran itu dan menggenggam phone strap miliknya itu erat. Lelaki itu menarik tangannya semula ke sisi.

Wajah Lily menjadi merah padam. Dia menjadi malu sendiri atas salah sangkanya terhadap lelaki itu. Eee padan muka kau Ily, paranoid sangat apahal. Kan dah malu ha! suara hatinya bertindak memakinya.

"Um, cik Lily? Boleh saya masuk lif ni? Rasanya dah lama saya berdiri tahan lif ni. Lenguh jugak laa..."

"Huh? Ehh...silakan. Sila." Lily tersedar dari lamunannya. Dia terkocoh mengundur dan mengambil ruang di sebelah kanan, manakala lelaki itu mengambil tempat di sebelah kiri lif, dengan tenang.

Ruang di antara mereka menjadi sepi sebentar.

"...Cik Lily, hancur nanti cupcake tu kalau genggam kuat sangat. Rugilah, nampak sedap tu." Lelaki itu berseloroh menuding ke arah genggaman Lily sambil mengenyitkan sebelah matanya. "Boleh tekankan button tu tak?" sambungnya bersulam senyuman.

"Huh? Err...boleh. Tingkat berapa tadi?" Lily masih tak boleh move on dengan salah sangka sendirinya. Tu yang terpinga pinga semacam je.

"Sebelas. Saya baru pindah sini ngan atuk saya. Selamat berkenalan. Saya Khalid, panggil Kal je." ujar Kal manis, menampakkan barisan giginya yang putih.

"Sebelas?!"

Wajah Lily kembali menjadi merah padam.

TAMAT

Bercakap Dalam CerminWhere stories live. Discover now