#2 - Hak

25 1 3
                                    

25:00

"Woi budak! Berhenti!"

Mendengarkan pekikan itu, langkahan Zack semakin laju. Jam Casio di tangan kanannya dikerling. Dia berkira-kira sesuatu. Tangan kirinya pula kekal memeluk erat sebuah kotak empat segi. Sebuah kotak yang akan dilindunginya biarpun mati.

23:00

Di belakang Zack terlihat kelibat 4 orang manusia. Jumlah sama yang mengejarnya sedari lebih kurang 10 minit tadi. Zack mengenangkan, apalah malang sangat nasib dirinya. Sejurus sahaja dia keluar dari bangunan tempat kerjanya, dia bertembung pula dengan manusia berempat ni. Kotak milik klien bosnya yang dipeluknya itu masih belum hilang bau tempat kerjanya lagi tatkala dia terserempak dengan wajah-wajah durjana ini. Sungguhpun begitu, Zack nekad. Walau siapa pun klien bosnya, dia berhak mendapatkan apa yang sudah dibayar. Walaupun Zack sedar ianya taruhan yang berbahaya, dia sudah siaga untuk melakukan apa sahaja bagi meloloskan diri dari kelibat-kelibat yang mengejarnya. Kemudian dia akan menyerahkan kotak itu kepada si klien.

20:00

"Celaka budak ni! Laju pulak dia lari!" Komeng menyumpah sambil berlari.

"Kita kena kejar sampai dapat jugak Meng, dia dah tau rahsia kita." Megat mengingatkan, sesekali matanya mengerling ke arah tubuh Zack yang lincah berlari di hadapan mereka.

"Kalau bos tau, mati kita. Kita tak boleh bagi budak tu terlepas. Tak boleh!" sambut Karl yang berlari sedikit lambat di belakang.

"Bos pun satu hal. Dia kenal ngan bos budak ni. Dekat sangat port diorang ngan bos...dah boleh buat kejiranan, rukun tetangga. Patut kasi habis je satu bangunan tu, baru senang kerja kita lepas ni." sambung Lan, tenang dalam larian. Dia nampak seperti kepala bagi kumpulan berempat ni - nampak paling berakal.

"Aku rasa kita kena berpecah. Aku tau beberapa shortcut." Perkataan 'shortcut' yang terpacul dari mulut Lan membuatkan mereka semua berpandangan sesama sendiri.

16:00

Zack menoleh ke belakang setelah melakukan satu lompatan melepasi pagar besi tinggi di sebuah lorong. Yes! Alhamdulillah! Dah tak nampak bayang diorang dah! Jeritnya dalam hati. Jam di tangan kanannya dikerling lagi. Dia mengorak senyuman. Di dalam kepalanya sudah terpeta lokasi yang harus ditujuinya. No. 9, Jalan Kelinci 4. Alamat empunya kotak yang dibawanya. Pelukan kotak di sisi kirinya dikemaskan lagi.

15:00

Belok sini, pastu --- SKREETT!! Zack memberhentikan lariannya. Di hadapannya kini berdiri seorang lelaki bertubuh sederhana besar, berkepala botak dan memegang pisau panjang di tangan kanan.

"Hah budak, kau heran ke kenapa aku boleh muncul kat depan kau ni? Tak payah pening-pening fikir, kau fikir nak mengucap je cemana. Kau akan mampus kat sini! Hahaha!" Komeng menjelirkan lidah, sambil menalakan pisau panjangnya ke arah Zack.

Zack mengundur setapak. Dia tahu, lelaki ini berada di hadapannya kerana menggunakan jalan pintas. Zack mengundur setapak lagi. Dia juga tahu, ugutan yang diterima bukanlah sekadar omong kosong. Dia takkan dilepaskan oleh mereka ini!

14:30

Beberapa tikaman terus Komeng telah berjaya dielak oleh Zack dengan gerakan yang lincah. Namun akibatnya nafas Zack menjadi semakin tidak teratur. Dia mula mengah. Tetapi dalam aksinya mengelak serangan Komeng, Zack telah dapat menganalisis keadaan di sekelilingnya. Lorong sempit, dua dinding bangunan di kiri dan kanan, tangga di dinding sebelah kanan yang bersambung sehingga ke bumbung bangunan, dan tong-tong sampah yang bergelimpangan di lantai. Apa pilihan yang Zack ada?

Berpatah balik? Mungkin tiga orang lagi pemburunya sudah menunggu di belakang. Maka, hanya satu jalan keluar - melepasi halangan di hadapannya ini.

Bercakap Dalam CerminDonde viven las historias. Descúbrelo ahora